Macam biasa laa...Sally dengan makanan Korea mmg tak dapat nak dipisahkan...hikhik...Selalu kalau kita tengok drama Korea, snek semasa dorang lepak ke selalunya mesti Ayam Goreng...Jadi kita yang tgk drama ni pun nak tau apa yang sedap sangat..(err...actually Sally yang nak tau)
So, kalau yang malas boleh segera ke KyoChon, dan kalau yang rajin atau yang tgh tunggu gaji macam Sally ni...sila masuk ke dapur dengan segera...Bahan yang paling penting ialah gochujang, sama macam masa Sally buat Bibimbap dulu...Jadinya kalau takde, sila cari dulu okay...nanti tak jadi pulak...
Nampak macam tak sedap kan...? Hehehehe...sebenarnya kena kacau rata tapi sbb Sally malas nak makan sos dia banyak, lumur jela sikit-sikit...
Bahan-bahan (sos untuk lumur ayam):
5 ulas bawang putih
1 (1½") halia
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan gochujang
1½ sudu makan cuka
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan madu
Bahan-bahan untuk ayam:
⅔ cawan tepung kentang (tepung gandum pun boleh)
1 sudu makan tepung jagung
16 kepak ayam, drumet ayam atau bahagian yg banyak tulang (anggaran 1¾ lbs.)
Minyak masak utk menggoreng
Cara nak masak:
Ayam (Campurkan tepung kentang, tepung jagung dengan ⅔ cawan air, lumurkan ayam dan goreng dalam minyak panas [6-8 minit], sampai dah garing, lepas tu toskan, goreng lagi sekali sampai betul-betul garing [6-8 minit], toskan minyak...kalau malas goreng sekali pun dah okay, tapi kena garing laa..)
Sos (Cincang bawang putih dan halia -- Sally tumbuk je, campurkan kicap cair, gochujang, cuka, minyak bijan dan madu, kacau sampai sebati...sos yang sedap mesti kena ada rasa manis, pedas, masin sedikit...so, pastikan kena dengan lidah...kalau takde madu boleh pakai gula perang)
Bila ayam dah siap goreng, lumurkan sos sampai sebati dengan ayam dan dah siap untuk makan! (gochujang ni masin sikit, jadinya jangan la pakai banyak sangat..)
20 Comments
K!!!
ReplyDelete*menangis tepi bucu katil*
ReplyDeletethanks share btw!!! <3 mueheheheheeh
ReplyDeletekalau beli ayam sejuk beku tu boleh jugak kan? xD
ReplyDeleteboleh je Mazni...tapi x sedap sbb tepung dia tak garing sangat..
Deletewehhh menangis tengok. hahahah sedapnyaaaa ^^
ReplyDeleteTeringinnnnnnnnnn! Mana nak dapatkan gochujang ni? ;D
ReplyDeletePasaraya besar selalunya ada...last choice kat kedai jual barangan Korea atau AEON.
Deletewahhhh dapnyeeee!!!! >.<
ReplyDeletefuhhh..menarik dan terliur pepagi ni.nak resepi ek
ReplyDeletetu kat atas mmg dah resepi pun kak :)
DeleteSalam singgah sini dik sally...wahh...makanan korea...sedap ya dik sally...
ReplyDeletedap ermmmmm :)
ReplyDeleteversi tekak melayu la win kan,,haha
ReplyDeletebila free,,, xde apa nak buat... boleh la cuba resepi ni...
ReplyDeletesedapnya. minat ayam2 nie. hehehe :D
ReplyDeleteok tengok ayam pon dah nmpk sedap...sally kite sme la suke tengok korea and makan-makan die...hahaha
ReplyDeleteaa ah betul2.. sikit2 ayam goreng lepas tu sos macam2 jenis.. menggoda sungguh.. honey mustard la spicy la.. huwaaa siap ada gochujang.. =D
ReplyDeletenak belo gochujang tak bebeli lagi... hahaha.. thx for the recipe sally... hahaaha sha memang suka masak2!
ReplyDeleteWah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Resepi Ayam KFC
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!