Buffet Ramadhan 2016 : Sajian Ibunda Ramadhan di Vivatel, Kuala Lumpur.


Buffet Ramadhan...kali ni Sally kongsikan menu yang ada di Vivatel...Vivatel ni sebenarnya sebuah hotel yang terletak di kawasan Jalan Loke Yew, sangat dekat dengan pusat membeli belah KWC...Di Vivatel, pihak pengurusan telah menggunakan tema "Sajian Ibunda Ramadhan" sebagai tema kepada Buffet Ramadhan mereka.

"Sajian Ibunda Ramadhan" telah disediakan oleh Chef’s Ashar Daud, yang mewarisi bakat memasak daripada ibunya sangat terkenal dengan menu masakan melayu terutamanya..Beliau baru menyertai Vivatel Kuala Lumpur dan pernah bekerja di beberapa buah hotel seperti Parkroyal, Legend, Regent, Westin, Mandarin Oriental dan Sheraton Imperial, Brunei.



Apa yang menarik di Vivatel Kuala Lumpur..?





Mestilah sebab ada kambing golek kan! Lepas tu kat bahagian bakar, korang boleh dapatkan satay, ikan bakar, dan macam-macam lagi...syok padankan dengan dengan nasi panas-panas...fuhh~





Macam biasa, akan ada pelbagai jenis pencuci mulut terdiri daripada puding, jeli, kek, kuih muih tradisi, bubur dan lain-lain lagi...Sally suka makan bubur yang pelbagai tu...ada bubur cha cha, bubur pulut hitam dan banyak lagi laaa...dan kalau sempat, korang kena cuba "BANANA KATAIFI"...antara menu yang korang takkan jumpa ditempat lain...hihihi...Sago Gula Melaka, Tapai Pulut, Lompat Tikam Dengan Pulut Merah, dan Dodol pun ada!!





Jangan lupa makan buah-buahan semasa berbuka nanti!



Kepada peminat Kari Kepala Ikan, kat sini mmg terbaik! Rasa kari dia mmg mengancam betul...Walaupun Sally bukan peminat kepala ikan, tapi kuah kari dia mmg sedap, cukup segalanya...dan yang pasti mana ada tempat lain yang bg korang makan kepala ikan nalaaaaaaaa punya kawww kan!





Kalau korang yang suka makan sup...kat Vivatel ni ada pelbagai jenis sup yang tersedia..yang penting dihidangkan panas setiap hari...antara pilihan sup yang ada ialah...Sup Gear Box, Sup Urat Keting, Sup Belut, Sup Ekor, Sup Ayam Kampong, Sup Perut, Sup Berbola Daging, dan Sup Berbola Ayam.

Dan yang paling menjadi idaman kolbuuu Sally, mestilah IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK! Sebenarnya ada banyak lagi masakan yang special kat sini...kalau Sally tulis semua, boleh jadi buku men dah nanti..hahahaha...



Ada juga disediakan Gulai Kawah, Ayam Golek, Dalca Tulang Rawan, Asam Pedas ikan Jenahak, Ayam Gulai, Ikan Kembung Percik dan Daging Rendang....Semua masakan mmg mengikut tema "Sajian Ibunda Ramadhan"

Di gerai-gerai yang tersedia juga ada beberapa menu mi untuk mencipta sedikit kelainanan...ada pilihan seperti Mee Rebus, Vietnamese Beef Noodle Soup, Laksa Johor, Mee Kari dan macam-macam lagi...Sally yakin korang takkan jemu untuk makan...



Bertempat di Retro Cafe, "Sajian Ibunda Ramadhan" akan bermula pada 6 Jun - 4 Julai 2016.

"Sajian Ibunda Ramadhan" di Vivatel Hotel Kuala Lumpur menawarkan harga buffet RM98nett untuk dewasa dan RM68 nett untuk kanak- kanak, istimewanya korang boleh dapatkan promosi RM880 (10pax) dan dapatkan 1pax percuma, sambil berbuka sambil berjimat...Syok kan?

Untuk maklumat selanjutnya boleh hubungi :-

Tel : 03 9205 8888
Email : enquiry@vivatel.com.my


Alamat :
Vivatel Hotel Kuala Lumpur
No 85, Jalan Loke Yew
55200 Kuala Lumpur

www.vivatel.com.my

Post a Comment

4 Comments

  1. nyums!~ sedap nyer dik ! ;) pilihan pun bnyk.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap! Teringin juga nak makan buffet. Cuma takut tak berbaloi sbb makan sikit je. Hihi

    ReplyDelete
  3. Boleh Tahan kan pilihan yang ada..Sambal udang galah Dia buat akak terkenang kenang

    ReplyDelete
  4. nape mewah sgt ni kak sally oi T_T bestnyaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!