Hujung bulan Julai yang lepas, Sally dan beberapa orang blogger telah ke Johor bagi menghadiri Majlis Pelancaran Karnival 'DesaStay' Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di Kampung Parit Tengah, Batu Pahat.
Macam yang kita semua tahu, salah satu industri paling pesat membangun, paling cepat bertumbuh dan mempunyai potensi besar untuk berjaya pada masa hadapan ialah industri pelancongan. Hotel butik, ‘Air A&B’, rumahinap, ‘couchsurfers’ malah pelbagai
produk penginapan lain mula muncul. Sekaligus menjadikan penginapan
bukan lagi satu masalah besar dan memakan kos yang tinggi. Tourism Johor telah mengambil inisiatif ini dengan memperkenalkan 'DesaStay' sebagai salah satu medium bagi memperkenalkan lagi Johor dimata dunia...
Majlis pelancaran dan perasmian Karnival 'DesaStay' ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor. Mmg terserlah diwajah semua penduduk perasaan gembira bila dapat bertemu dengan menteri yang telah banyak berusaha bagi membangunkan negeri kesayangan mereka.
Dalam projek 'DesaStay', sebanyak 31 buah kampung yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India di seluruh daerah Johor telah dikenalpasti sebagai ‘DesaStay’ yang berpotensi untuk dimajukan. 'DesaStay' merupakan program inap desa yang ditambahbaikan syaratnya berbanding Homestay dan Kampungstay untuk memberi satu ruang yang lebih besar supaya industri ini dapat diperkembangkan secara meluas lagi.
YB Datuk Tee Siew Kiong & Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor |
Kami juga sempat dibawa melihat salah satu rumah yang sudah siap dibaik pulih, iaitu Inap Desa Teratak Selari Bonda di Kampung Parit Tengah, Batu Pahat. Memang cantik...Tak salah lagi kalau Sally katakan, lepas ni akan ada banyak lagi pelancong yang mencari inap desa daripada hotel-hotel yang berhawa dingin...Kadang-kadang, suasana tinggal di desa dan kampung, lebih dekat dengan hati kita...
Inap Desa Teratak Selari Bonda di Kampung Parit Tengah |
Selain mempelbagaikan bentuk kemudahan
penginapan kepada para pelancong, 'DesaStay' bermatlamat utama untuk
mempromosikan cara hidup dan kebudayaan masyarakat setempat kepada
pelancong. Pelancong akan didedahkan dan diberikan pemahaman mengenai
adat resam seperti upacara perkahwinan, pakaian tradisi, permainan
tradisional, kraftangan, aktiviti sosio-ekonomi seharian, makanan dan
cara menyediakan makanan serta lain-lain yang beridentitikan Johor.
Menerusi
program 'DesaStay' ini, adalah dialu-alukan konsep inap desa yang
menekankan kepada elemen warisan dan berunsurkan suku etnik diwujud dan
dibangunkan seperti DesaStay Banjar, Jawa, Bugis untuk Melayu; Hokkien,
Teochew, Hakka untuk Cina; Telugu, Malayalam, Sikh untuk India dan
setentunya masyarakat Orang Asli di Johor.
Diharapkan, dengan adanya program 'DesaStay' seperti ni akan dapat membantu masyarakat tempatan untuk meningkatkan ekonomi mereka dan sekaligus memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri keindahan negara Malaysia. Lepas ni dah takde alasan kalau nak kata tiada tempat untuk bercuti..!
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang Program DesaStay ini, boleh lah follow : https://twitter.com/desastayjohor
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!