Buffet Ramadhan 2017 | Felda D'Saji


Buffet lagi dan buffet lagi...hehehe...Sally pertama kali dapat mencuba buffet Ramdhan oleh D'Saji ni..Kalau korang masih mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan...Sally mmg suggest la makan dekat buffet mereka ni sebab buffet Ramadhan D'Saji ada di 5 kawasan yang berasingan dan semuanya menu mmg mantop!


Macam yang Sally bagi tahu kan...tahun ni ada 5 lokasi harian untuk buffet Ramadhan dan 5 lokasi tersebut adalah:

→ Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak
→ Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa, Tasik Titiwangsa
→ Kajang Perdana Avenue, Kajang
→ Red Carpet Avenue, Strand Mall Kota Damansara
→ Orchard Villa, Jalan Gombak

Untuk majlis korporat pulak, Felda D'Saji ada menawarkan 6 venue yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai untuk majlis yang lebih privasi dan tertutup. Antara 6 venue tersebut adalah:

→ Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney
→ Dewan Besar Tun Rahah, Jalan Bukit Bintang
→ Dewan Rafflesia, Tasik Titiwangsa
→ Dewan Banquet Menara FELDA, Persiaran KLCC
→ Dewan Gemilang Kelana Jaya
→ Ideal Convention Center, Shah Alam

Suka Sally nak ingatkan yang setiap lokasi harganya berbeza tau, kena check kat mana lokasi yang menjadi idaman hati nak berbuka untuk harga buffet Ramadhan dan buat tempahan mengikut kesesuaian.



Pada tahun ni, Felda D'Saji membawakan masakan tradisi daripada pelbagai pelusuk negeri di Malaysia yang dipilih mengikut zon, ada pelbagai menu daripada Zon Utara, Zon Timur, Zon Selatan dan Zon Barat. Contohnya macam Zon Timur, mereka menyajikan Nasi Kerabu yang sangat popular di negeri Kelantan.

Selain daripada tu...Chef Ismail Jaafar, yang merupakan pakar dalam menu masakan melayu juga turut menyediakan masakan secara terus (live) menggunakan konsep warung dan masakan bakar yang berkonsep BBQ.

Buah-buahan tempatan.

Pelbagai jenis pilihan sup, Italian Corner, Aneka Bubur dan pelbagai jenis makanan lain ada kat sini...kadang-kadang rasa macam sedang berjalan di pasar malam atau bazaar Ramadhan...sebabnya kat sini ada semua jenis makanan yang kita selalu idamkan ada..Pisang goreng, apam balik..antara menu yang menjadi pilihan Sally kalau kemana-mana..yang lagi best sebab semuanya dibuat panas-panas depan mata kita.

Laksa Asam
Pisang Goreng & Jemput-Jemput/Cucur

Di Restoran Terapung D'Saji Ttiwangsa, Cempaka Lake Villa di Bandar Baru Bangi dan Orchard Villa di Gombak, mereka menawarkan menu timur, barat, mediteranean serta "Seafood Galore"...So, kepada peminat makanan laut...this is your place people!

Kat buffet Ramadhan D'Saji...ada menyediakan "shell-out" tau...jadi makan jela sepuasnya! Sedap pun sedap...Masa blogger Ida Baharum makan, Sally manjang ambik daripada pinggan dia...satu-satu Sally kutip...lagi-lagi bila nampak banyak siput pepahat dalam tu...fuhhh...terliur haaa menaip sambil nak cerita kat korang..hahahaha!

Sotong Raja Goreng
Senarai harga buffet & nombor untuk dihubungi:

Dewan Perdana Felda
Dewasa : 78+ | Kanak2 : 45+
Nombor untuk dihubungi:
Pn. Emilda : 017-2886920
Cik Azizah : 019-2822933

Kajang Perdana Avenue
Dewasa : 49+ | Kanak2 : 29+
Nombor untuk dihubungi:
En. Azan : 014-3388794
Pn. Nadia : 019-2956232

Red Carpet Avenue
Dewasa : 39+ | Kanak2 : 23+
Nombor untuk dihubungi:
Cik Hidayu : 012-9214691
Pn. Nurul : 0192424775

Restoren Terapung Titiwangsa
Dewasa : 79+ | Kanak2 : 39+
Nombor untuk dihubungi: 03-40210098

Orchard Villa
Dewasa : 37+ | Kanak2 : 22+
Nombor untuk dihubungi: 03-40210098

Apam Balik

Kat mana-mana pun, menu kambing golek mmg menjadi tarikan...dan tahun ini sekali lagi kambing golek menjadi tarikan dalam menu buffet Ramadhan di D'Saji. Masa preview pun beratur panjang orang nak makan kambing...Sally ni pulak jenis malas nak beratur kalau bab makan ni..tapi kalau kambing, daripada malas pun terus jadi rajin! hahaha!

Sebenarnya ada banyak lagi menu yang spesial kat buffet Ramadhan Felda D'Saji, tapi Sally highlight kan benda yang sedap pada tekak Sally dan yang patut korang cuba kat sini...mmg takkan keluar dengan perut lapar la cerita dia...dan berita baik untuk warga emas dan warga OKU, sepanjang bulan Ramadan ni, ada potongan istimewa yang ditawarkan untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan golongan OKU.

Yang istimewa, jangan risau tentang masa solat...sebab ada disediakan surau dan juga imam untuk solat terawih semasa berlangsungnya buffet tu...Jadi, lepas berbuka boleh terus ke surau untuk solat dan sambung makan..pasal parking pulak, jangan risau sebab mmg ada banyak parking untuk korang.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 03-2698 8302 atau email je pertanyaan korang ke salesdsaji@felda.net.my.

Post a Comment

4 Comments

  1. Macam-macam ada Sally. Terlintas apa nak makan terus ambil..
    Seronok yang amat, mengugat iman LZ..
    Deco pun cantik..

    ReplyDelete
  2. Wah semuanya nampak memyelerakan .. semua sedap2 tuu

    ReplyDelete
  3. Dekat semua tempat ad kambing golek jgk ke?

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!