Siapa yang tak kenal dengan unifi kan? unifi pada asasnya menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM), dan sempena tahun 2018, pihak TM memperkenalkan wajah baharunya, lantas membuka era baharu dalam sambungan, ke arah Mempercepatkan Konvergens dan Pemerkasaan Digital.
Bertuah rasanya dapat sama-sama menyaksikan Majlis Pelancaran tersebut, yang mana objektif utama mereka ingin memperkenalkan wajah unifi yang terbaharu serta penawarannya untuk kediaman, WiFi, mudah alih dan TV.
Para pekerja yang meriah!
Kalau korang yang bingung lagi tentang perkhidmatan unifi atau mungkin kurang pasti yang mana unifi atau tidak, majlis ni adalah lanjutan daripada pengumuman penjenamaan semula unifi mobile (sebelum ini dikenali sebagai webe) pada November 2017, dan perkhidmatan TV (sebelum ini dikenali sebagai HyppTV) kepada unifi TV pada 12 Januari 2018.
Pelancaran penjenamaan unifi telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM dan Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif / Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM; bersama-sama Imri Mokhtar, Naib Presiden Eksekutif, unifi; Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, unifi TV; Moharmustaqeem Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif, unifi mobile serta barisan pengurusan kanan TM.
Imri Mokhtar, Naib Presiden Eksekutif, unifi
Mengulas mengenai pelancaran tersebut, Imri Mokhtar dengan penuh bersemangat berkata, “unifi membuka lembaran tahun 2018 dengan penampilan baharu serta lengkapnya pendekatan jenama tunggal merangkumi penawaran mudah alih dan TV, sebagai tambahan kepada kediaman dan wifi. Dengan perubahan strategik ini, kami kini merupakan satu-satunya jenama di Malaysia yang menawarkan sambungan Internet menyeluruh sebenar di mana-mana sahaja; di kediaman, WiFi awam, perkhidmatan mudah alih serta pelbagai kandungan bertaraf dunia, semuanya di bawah satu bumbung. unifi menyempurnakan pengalaman konvergens untuk membolehkan aspirasi digital pelanggan kami.
Dengan terlaksananya perubahan ini, ia terus mengukuhkan peranan kami sebagai pemacu utama dalam merealisasikan aspirasi Ekonomi Digital negara serta mempercepat penerimaan gaya hidup digital dan Internet of Things (IoT).”
unifi TV
Berpegang teguh dengan janjinya untuk membawakan penawaran yang lebih interaktif dan inovatif, unifi TV (dahulunya dikenali sebagai HyppTV) telah melancarkan permainan interaktif secara LANGSUNG yang pertama di Malaysia, iaitu Teka Tekan, yang membolehkan penonton berinteraksi dengan permainan ini dengan penuh keselesaan ketika mereka berada di rumah dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap hari. Baca lanjut di tonton "Teka Tekan" di unifi TV dan menangi RM20,000 setiap hari!
unifi wifi
Lepas ni jangan risau...Tak payah nak lepak Starbucks lama-lama atau curi WiFi jiran dah sebab korang boleh enjoys WiFi kat mana-mana je! Lepas ni akan ada 9,000 wifi@unifi hotspot seluruh negara..Download je aplikasi i-foundit! untuk gunakan WiFi ni!
unifi mobile
unifi mobile (dahulunya dikenali sebagai webe) telah mempamerkan prestasi yang memberangsangkan semenjak pelancaran pelan kuota tanpa had pada tahun 2016. Perkhidmatan digital sepenuhnya ini akan mencipta satu lagi catatan bagi industri telekomunikasi negara dengan pengenalan unifi mobile #BEBAS – produk pertama yang memenuhi kebebasan kehendak pelanggan dan apa yang mereka mahukan daripada sesuatu produk mudah alih.
Ia bukanlah produk prepaid atau postpaid, sebaliknya ia adalah hibrid yang memberikan kebebasan kepada pelanggan untuk memilih mengikut kemahuan dan keperluan penggunaan data mereka tanpa sebarang kontrak dan komitmen. unifi mobile #BEBAS menampilkan #pilihapasaja #bayarbilabila #kredittakmati; segalanya ada pada aplikasi mudah alih yang baru dilancarkan iaitu mobile@unifi.
Memecahkan norma mudah alih konvensional dan sepenuhnya pada digital, unifi mobile #BEBAS membolehkan pengguna menikmati sambungan tanpa gangguan pada bila-bila masa. Bersempena dengan pelancaran unifi mobile #BEBAS, unifi akan memberikan 1 juta kad SIM 20GB secara percuma kepada rakyat Malaysia! Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih @unifi yang terdapat di AppStore atau PlayStore, dan membuat pesanan. Sally pun dah dapatkan 3 simkad untuk Sally, ibu dan abang..korang bila lagi?
Setelah mendaftar, pelanggan boleh mendapatkan kad SIM mereka di mana-mana cawangan TMpoint di seluruh negara atau memilih untuk dihantar ke rumah masing-masing dengan bayaran hanya RM10.60 (termasuk GST). Untuk maklumat lanjut mengenai unifi mobile #BEBAS, layari www.unifi.com.my/mobile atau laman sosial unifi mobile di www.facebook.com/unifiMobile.
unifi home
unifi telah memperkenalkan “The unifi Perfect Squad” atau lebih dikenali sebagai ‘Skuad Sempurna unifi’ #pasangsekarang (#installnow). Ini merupakan lanjutan daripada kempen Promosi Akhir Tahun yang telah memperluaskan jangkauan kami ke kawasan-kawasan yang masih mempunyai banyak port unifi sedia ada di seluruh negara.
‘Skuad Sempurna unifi’ diaktifkan bagi mendekati isi rumah yang berada dalam radius optimum port sedia ada untuk membolehkan mereka menikmati pelbagai pakej istimewa seperti unifi Advance dari hanya RM139 sebulan. Skuad ini akan datang ke kawasan-kawasan yang berpotensi untuk mendaftarkan pelanggan baharu dan membuat temu janji bagi anggota pemasangan datang ke kediaman mereka dan melengkapkan proses bagi mengaktifkan perkhidmatan tersebut.
Pakej ini turut hadir dengan beberapa pilihan pek unifi TV, peranti dan pelan panggilan. Untuk maklumat lanjut mengenai unifi, layari www.unifi.com.my atau kunjungi laman social unifi di www.facebook.com/weareunifi (dahulunya Everyone Connects), www.twitter.com/unifi (dahulunya @TMCorp) dan www.twitter.com/HelpMeunifi (dahulunya @TMConnects), serta unifi.com.my/youtube.
TM akan terus menawarkan kepada para pelanggannya penawaran-penawaran konvergens yang relevan menerusi 5 teras iaitu Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Komuniti Pintar dan Negara Pintar – membawakan pengalaman digital menyeluruh dan penyelesaian perniagaan bersepadu bagi memenuhi keperluan komunikasi perniagaan dan gaya hidup – ke arah menjadikan “Hidup Lebih Mudah”.
18 Comments
Memang guna unifi lite di rumah..
ReplyDeleteharap2 servis pun berwajah baru yg memberi manfaat pada pelanggan
ReplyDeleteItu mmg harapan setiap pengguna unifi sekarang :)
DeleteHarap2 nya jangan wajah je baru. Servis pun biarlah tip top kan. Hehe
ReplyDeleteWah..wajah baru... Tp tu la..sygnya tmpt kita unifi slow line... Tp kalau kuo je dr kg mmg laju.. Hehhee.
ReplyDeleteWahh percuma simkad yang ada data 20gb! Officemate Cik Rose ada yang dah dapatkan simkad tu..
ReplyDeleteyup Kak Rose...boleh mintak dah...min je topupnya punnn :D
Deletekat tempat sy ni baru masuk unifi..alhamdulilah merasa la jugak
ReplyDeletewow ada contest best..menangi RM20K setiap hari..wow
ReplyDeleteOkey, tak unifi ni, banyak kali juga dengar kat radio
ReplyDeleteItu mmg harapan setiap pengguna unifi sekarang..hopedully la okayyyy
DeleteAkak baru je pasang unifi kat rumah.nak apply simkad tu akak pkir 45juta kali tau perlu ke x apply. .Hahaha
ReplyDeleteHope line pon ok gak. Cik en pon nk tukr unifi sbnrnya.. tp blom kesempatan lg
ReplyDeleteKalau unifi mobile tu okay, nak tukar la. kat rumah pakai unifi, setakat ni memang tak pernah mengecewakan. hehehe
ReplyDeletetry laa tengok...Sally baru je apply satu...nak buat guna kat laptop :D
DeleteWajah baru okla..harap kuat juga dia punya line..hehe..tapi nad punya tempat unifi slow..siapa pakai unifi bolehla cuba ni..
ReplyDeleteDuk kat kauters kem ni xde maknanya la blh pkai unifi bagai. Haha.
ReplyDeleteTm pun xde port. Haha..
Akk pakai unifi skrg dekat umah...
ReplyDeletesgt best dan berbaloi...utk org cm akk ni..rajin online..hahaha
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!