Selera Malaya di The KL Journal, Kuala Lumpur.




Buffet Ramadhan 2018 - The KL Journal, Kuala Lumpur | Sebenarnya Sally suka dengan hotel ni. Sebuah hotel yang sangat "Instagrammable", means hotel ni sangat banyak tempat untuk ambil gambar..hahahaha..untuk korang yang kaki Instagram, this is for you!

Hotel The Kuala Lumpur Journal ni mula dibuka pada tahun 2015 dan terletak di Jalan Beremi, Jalan Sultan Ismail...dekat sangat dengan station Monorail Bukit Bintang. Kalau malas nak drive menghadap jammed masa nak berbuka, boleh ke berbuka kat sini.



Kelainan yang ditunjukkan oleh The KL Journal, Kuala Lumpur adalah mereka menyediakan hampir 30 jenis "LOK LOK" yang disertakan dengan kuih kacang. Fuhhh...memang lain daripada yang lain, sebab susah nak jumpa hotel yang menyediakan makanan tepi jalan yang sukar kita nak jumpa masa bulan Ramadan.

Macam Yong Tau Foo, tapi ada beza sedikit daripada segi kuah dia.


Ayam Percik


Kari Ikan

Sally memang suka gila dengan Kari Ikan di The KL Journal..Kari dia memang pekat dan mantap. Sesuai sangat dengan selera Sally yang tak suka makan Kari Ikan sangat..tapi yang ni memang serius up to my taste.

Selain daripada Kari Ikan, ada juga menu pilihan lain seperti Rendang Daging, Nasi Tomato, Asam Pedas Ikan Pari, Ayam Kapitan, Ayam Percik, Kambing Masak Kurma, Soto Ayam, Tom Yam Makanan Laut dan Otak-Otak Muar.

Yang best makanan kat sini, makanan dia semua mmg kena dengan selera rakyat Malaysia...menu dia tak terlalu berat dan tak jugak terlalu ringkas...


Soto Ayam



Kalau dah tema Selera Malaya, haruslah ada kuih-muih kebangsaan kita. Di Bufet Ramadan Selera Malaya, korang boleh rasa kuih muih tradisi dan Rojak Buah, Pasembor, Aneka Keropok, Sate Ayam dan Daging. Sate dia memang salah satu menu yang korang tak boleh tak cuba, antara sate yang paling sedap dengan kuah kacang yang paling pekat..fuhhh~

Jangan lupa Teh Tarik, Nescafe Tarik, pelbagai jenis minuman sejuk, ABC dan Cendol. Aneka bubur sebagai pemanis mulut juga ada disediakan di sini.




Cucur Udang




Chocolate Fountain

Pendek kata, dengan harga yang ditawarkan iaitu hanya RM118 net (Dewasa) dan RM59 net (Kanak-Kanak 6-11 tahun) memang sangat la berbaloi. Kanak-Kanak dibawah umur 5 tahun makan secara PERCUMA!

Berita baik, kalau korang menempah sebelum 17 Mei 2018, korang akan dapat 30% diskaun untuk dewasa dan 50% untuk kanak-kanak!
Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 03-21102211 atau email kE fbm@kljournal.com . Sila layari laman web rasmi The Kuala Lumpur Journal di www.kljournalhotel.com.

The KL Journal
No. 30, Jalan Beremi, Off Jalan Sultan Ismail, 50200 Kuala Lumpur.
Tel : 03 - 2110 2211 | Fax : 03 - 2110 1100
Email: inquiries@kljournal.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/thekljournal
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/thekljournal

Post a Comment

2 Comments

  1. Kita tak pernah sampai hotel ni lagi tapi kita pun rasa hotel ni sangat Instagrammable :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius hotel ni best Farah...lokasi dia pun dekat je dengan MRT..ade infinity pool :D

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!