Selera Warisan di Swiss Garden Hotel & Residences, Kuala Lumpur.


Buffet Ramadhan 2018 - Swiss Garden Hotel & Residences, Kuala Lumpur | So, kembali kepada review bufet Ramadan untuk hotel Swiss Garden Hotel & Residences, Kuala Lumpur. Untuk korang yang tak tau, hotel ni terletak berhampiran dengan tren Monorail Hang Tuah dan LRT Plaza Rakyat. Jalan dalam 500-600 m dah boleh sampai..kalau takut jammed nak hadap petang la.



Kambing Golek

Tahun 2018, Hotel Swiss Garden Hotel & Residences, Kuala Lumpur memilih tema "Selera Warisan" sebagai tema menu berbuka puasa mereka yang disediakan oleh Chef Othman Abu Baker, selaku Eksekutif Chef yang mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam bidang masakan dan lebih 20 tahun dalam bidang penyediaan makanan hotel yang bertemakan Melayu dan juga Eropah.



Sate Ayam dan Daging

Swiss Garden Hotel & Residences, Kuala Lumpur menyediakan hampir 150 jenis juadah untuk bufet Ramadan. Kalau korang nak menunaikan solat Maghrib dan Isyak pun tiada masalah sebab ada surau yang disediakan di tingkat 3 hotel ni. Selain daripada tu, korang juga boleh memilih untuk pakej "Ramadan Stay and Dine" dengan harga RM250 (Single) dan RM320 (Double), pakej sekali sahur dan juga berbuka puasa. Syok kan?



Aneka Bubur

Sebagai seorang yang sukakan menu pencuci mulut, Sally suka betul dengan seleksi yang ada kat sini..ada pengat, jeli, puding, kuih muih nyonya, cendol pulut tapai, dan lain-lain lagi.



Kuih Muih Warisan Melayu, Kurma



Makanan kat sini terdiri daripada pelbagai jenis menu, termasuklah kerabu, aneka sup, Kambing Golek, makanan Arab, cucur udang, kuey teow sup.



Pelbagai jenis Kerabu



Aneka Sup (Ayam, Perut, Daging)



Air Batu Campur (ABC)





Nasi Kerabu



Asam Laksa



Selain daripada tu, lauk pauk tradisi pun ada untuk korang yang sukakan masakan asli Melayu..antaranya Rendang Tok, Kerabu Udang, Siput Sedut Tumis Berlada, Masak Lemak Pucuk Paku dan macam-macam lagi laa..tak terkata banyak menu dia..hahaha

Kalau korang jenis suka makan fresh seafood, jangan lepaskan peluang rasa Ikan Bakar dan makanan-makanan lain...ada udang, dotong...huihhh...mmg semua terbaik lah menu makanan laut dia.





Sepanjang Ramadan juga, akan ada persembahan Ghazal secara langsung untuk menghiburkan korang sepanjang masa berbuka tu..Best kan?

Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur

Early Bird : RM82.00 nett (tempahan bermula 17 Mac sehingga 6 Mei 2018)
Harga Biasa (17 – 20 Mei & 11 – 14 Jun 2018) : RM95.00 nett (dewasa)
Harga Biasa (21 Mei – 10 Jun 2018) : RM118.00 nett (dewasa)
Harga untuk Kanak-Kanak dan Warga Emas : RM60.00 nett (17 Mei – 14 Jun 2018)

Untuk Maklumat Lanjut & Tempahan
Tel : +603 2785 1111 ext. 1157/1159 | Fax : +603 2141 5555
Website : www.swissgarden.com
Facebook : https://www.facebook.com/swissgardenhotel&residenceskl
Instagram : https://www.instagram.com/swissgarden_kl
Alamat : 117, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur

Post a Comment

1 Comments

  1. Makin membuak-buak perasaan rindu dekat makanan Malaysia lepas baca post ni T__T

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!