Seharian belajar flay-lay di Butterfly Flatlay Tea Party.

Teknik flat-lay | Cerita je pasal flat-lay, mesti semua orang akan terbayang gambar-gambar Instagram yang cantik, letak produk...baik makanan, pakaian, minuman, barang...eh pendek kata kalau buat flay-lay memang semua suka.

Actually Sally dah lama sangat tak join aktiviti dengan Butterfly Project, kekangan masa dan kadang tu ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Masa nampak iklan untuk join aktiviti ni, memang berharap sangat terpilih sebab Sally nak enhance skill photography Sally, bukan setakat ambil gambar biasa tapi nak tau teknik yang betul dan aplikasi yang sesuai untuk editing.



Honestly memang teruja habis, tapi at first macam risau jugak la sebab ada 15 orang sahaja yang akan terpilih...but Alhamdulillah, sebab Sally dapat tempat dalam 15 orang tu...dapat email pun teruja dia lain macam...hahahaha...anyway, a big thank you for Butterfly Project sebab anjurkan bengkel ni dan sponsor tea break untuk kami.

Butterfly Project | @butterflyproject.my ~ www.butterflyproject.my



Thank you jugak Delectable Su, Glasshouse Seputeh sebab buat pastri yang comel dan cantik...hahahaha...sedap tu dah satu hal, cantik pulak tu nak buat props untuk flatlay...korang baca sampai habis nanti korang akan nampak semua kek dan pastri ada dalam props kami.



Again, thank you to Emi Goto from @avantgardeblooms sebab bawa bunga-bunga segar untuk digunakan sebagai props dan untuk semua dekorasi. Kenya Roses, Chamomile, Eucalyptus...Haihhhh...semua comel, semua cantik!



Before Sally share tips untuk flatlay, Sally nak kenalkan korang dengan Teacher Azrin...hehehe...dia la yang ajar apa yang boleh buat dan apa kesalahan yang selalu kita buat bila arrange flaylay. Bukan setakat ajar, props pun dia bawa untuk kami cuba. Ya Ampun, seriously Sally terkedu gila sebab kadang tu kita rasa macam susah gila nak susun atur untuk dapatkan sekeping gambar, padahal sebenarnya di sekeliling kita ada banyak benda boleh guna...contohnya paper clips, frame, biskut, coklat, pinggan, cawan....eh banyak laaa...Korang boleh usha IG Teacher Azrin untuk tgk hasil kerja dia.

Teacher Azrin | @_from_the_top



Masa bengkel, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan...jadinya setiap kumpulan ada 3 orang, jadi lebih mudah Teacher Azrin nak ajar dan kongsikan ilmu yang dia ada. Sally join Rawlins dan Mek Onie, sebab dorang selalu sangat buat flatlay untuk Instagram feed, terutamanya Mek Onie. Jealous tau sebab mata dan tangan dorang sama seni, pegang apa pun jadi...

Kami guna nama ROSÉ; actually gabungan nama Rawlins, Onie dengan Sally...kalau ROS kan kampung sangat nampak, kita guna la ROSÉ (read as: roseyyyy)...HAHAHA!




Maafkan muka gigih Sally tu...hahahaha...nampak tak dia punya excited nak belajar...hikhik...by the way, thank you Eros (www.fishmeatdie.com), untuk gambar-gambar yang cantik ni...biasa la bila sibuk belajar semua benda dia lupa, nasib ada Eros yang gigih ambil gambar sepanjang bengkel. Thank you!!



Sempat ambil gambar dengan Teacher Azrin sebelum bengkel mula. She's way too humble and a great teacher indeed, tak lokek ilmu, tak ada diskriminasi. Dia pun baru-baru ni menang peraduan yang dijalankan oleh T2Tea, jenama teh daripada Australia...Bukan biasye-biasyeeeee...Hopefully boleh korek lagi ilmu dia in the future!

By the way, Sally nak kongsikan dengan korang beberapa tips untuk flatlay yang dikongsikan oleh Teacher Azrin. This is the basic on what you should and shouldn't do in flaylay :)

Before Sally share, saje la nak kongsikan dengan korang definasi flatlay ni...Flaylay ni basically gambar yang kita ambil daripada kedudukan 90 darjah dan ada simetri yang tertentu. Tak ada spesifik gaya atau kedudukan yang kena buat, as long as cantik pada mata korang, kena dengan tema...flaylay is doneeeeeee~



FLATLAY TIPS! 😃

1. Think of your "thing"
Ini yang paling penting, korang kena tau apa fokus korang, produk, tema, warna kombinasi...itu semua korang kena tau. Daripada situ korang akan tau props apa nak guna dan yang tak sesuai guna.

2. Lay down your background
Pilih background yang sesuai, either outdoor or indoor, natural or not.

3. Pop your props
Walaupun ianya props, ianya sama penting dengan produk yang kita nak shoot...jadinya tips yang ini, Teacher Azrin suruh kita pilih rona warna yang kita nak, kalau dah agak puas hati...boleh mula susun!

4. Change and arrange
Hmmm...ini part yang ramai jadi malas...buat flaylay ni bukan susun je dah siap, kadang tu kita kena rearrange mengikut ratio dan macam mana kita nak outcome gambar tuu...So, jangan malas! Change and rearrange sampai la korang puas hati...jangan lupa tengok daripada 90 darjahhhh~

5. Dating with the 'handsome' lighting
PENTING! Hahahaha...pencahayaan kena elok, as natural as possible, as many as possible too! Tapi jangan risau, kalau korang guna additional pencahayaan pun takde masalah, atau kalau suram jugak...pun jangan risau, kita ada aplikasi yang sesuai nak guna.

6. Keep it simple and neutral
Yes! Jangan terlalu serabut sampai tak nampak fokus yang perlu (produk)

7. Have loads of fun!
Jangan stress, buat flaylay dan fotografi kena happy dan tenang, baru kita boleh nampak apa yang "cantik"



Ini antara cubaan Sally edit guna aplikasi. So far guna Lightroom dan VSCO je...kadang-kadang guna Photoscape, itu kalau bukak kat laptop. So, ok ke tak ni?



Hujung-hujung, lepas dah belajar semua...ada exam pulak! Lagi sekali Sally pertaruhkan gambar diatas ni, hasil susunan Sally, Rawlins dengan Onie. Fokus utama adalah "tea-time" dan dalam masa yang sama kena letak A'Bloom Baby and Giant Meringue Puff daripada Althea Korea sebagai penaja goodie bag dan hadiah untuk pemenang masa bengkel.

Althea Korea ~ @altheakorea | www.althea.kr



and surprisingly but alhamdulillah, kumpulan kami menang! Tak sangka gila sebab rasa kami punya yang paling simple, but remember tips no #6? Keep it simple and natural!

Jangan salah sangka tau, kumpulan lain pun sama hebat, sama kreatif, cuma untuk kumpulan Sally, Rawlins dan Onie, kami menang sebab tema dan pemilihan props yang simple tapi mencapai tujuan yang sebenar dan dapat mengetengahkan produk sampingan.



Finally a big thanks untuk our beloved founder of The Butterfly Project Malaysia; Tammy Lim sebab anjurkan bengkel ini, banyak sangat benda Sally belajar dan masih lagi cuba praktikkan dari semasa ke semasa. Hopefully akan ada lagi banyak aktiviti macam ni. Thank you fellow Butterflies, sebab bagi komitmen and sharing thoughts and Leonard; our MC 😍

💭 Nota kaki : Korang boleh tengok lebih banyak gambar flatlay dekat Instagram Sally (@sallysamsaiman)

Post a Comment

6 Comments

  1. Wah..menariknya...akak nak join gak hari tu..tapi tak sihat..setahun dah tak sihat ni...ntah bila dapat join event lagi..

    ReplyDelete
  2. cantiknya..thanks for the tips. lepas ni boleh lah try..

    ReplyDelete
  3. cantik gambar, kalau tau teknik dan be creative sikit mesti gambar boom! :)

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaa dapat join kelas macam ni.. Teringin pula ena

    ReplyDelete
  5. Mmg cantik sgt2... Kt Penang hri tu ada hotel Royale Chulan buat flatlay photography ni.. Tpi tak Dapat nak join.. Hrp2 next year ada rezeki nk join

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!