Assalamualaikum...rasa sedih...sampai mengalir air mata sally bila binatang yang lemah diperbuat macam ni...apa dah takde benda lain yang dorang nak jadikan hiasan...memang manusia yang dilaknat Allah dorang ni!
Terdapat seorang Jepun di New York sedang
menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai ‘Kucing Bonsai’. Apa yang
orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam
balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.
Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu
melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan
dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan
satu lagi utk mengeluarkan najisnya.
Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz
balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis
dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk
mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian
makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.
Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan?
Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah
lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa.
Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya
di dalam balang itu?
Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.
Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak
dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain
yang boleh dikormesialkan… Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak
kucing itu!
Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan
secepat mungkin. Jika ‘kucing bonsai’ seperti ini menjadi trend baru dan
setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan
lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia
itu sendiri.
4 Comments
Kejamnya~ tak mati ke kucing tu.. Manusia yang sgt tak berhati perut :'(
ReplyDeletekejam..huhu
ReplyDeletekejam2...buatlah soft toys dan sumbat dalam tu ke...kot ye pun...
ReplyDeletekenapa kejam sangat diaorang ? no wonder lah kalau negara dia kena bala .
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!