SEDA ke tak sedar..?

Apa yang SEDA tak sedar nya...?

hehehe...hari ni tajuk kita agak serius...yes, I mean really serious..like seriously serious...hahaha....hari ni sally nak cerita tentang SEDA dan kesedaran...eh, paham ke tak ni..? hehe...

SEDA atau Sustainable Energy Development Authority of Malaysia is a statutory body formed under the Sustainable Energy Development Authority Act 2011 [Act 726]. Maknanya SEDA merupakan badan berkanun yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan dan mentadbir tenaga boleh baharu dibawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 [Akta 725].

Tau tak apa peranan lain SEDA ni..? SEDA ni jugak bertanggungjwab bagi menggalakkan dan melaksanakan objektif dasar kebangsaan bagi tenaga boleh diperbaharui serta menggalakkan, merangsang, memudahkan dan membangunkan tenaga lestari di Malaysia.

http://tbbkt.weebly.com/

Serba sedikit pasal tenaga boleh baharu, rasanya rata-rata daripada korang mesti pernah dengar kan..? selalu kita dengar pasal tenaga solar contohnya...ini jugak salah satu tenaga boleh baharu yang cuba dilaksanakan oleh pihak SEDA Malaysia. Contoh lain tenaga boleh baharu macam biogas, biomas, hidro...yang ni nanti lain kali sally cerita...kalau buka satu-satu...mau sampai lusa korang baca tak habis..hihi...

http://tbbkt.weebly.com/

eh, paham ke tak ni...? Sedar tak sedar, kita sebenarnya penyumbang! penyumbang apa..? penyumbang kepada kekurangan hasil bahan api kita..bahan api fosil kita contohnya gas dan jugak arang batu..dah la bekalan semakin kurang, kos pulak makin lama makin mahal..kenapa...? hah! sebab kita suka membazir elektrik...pasal tu bahan api kita semakin berkurang...perasan tak kita kalau ada kat rumah, dari dapur, bilik air, bilik tidur, ruang tamu...habis semua la kita buka lampu kan..? daripada kita bazir gitu...apa kata kalau kita tutup yang mana yang tak perlu...contohnya, kalau semua ada kat ruang tamu, lampu dapur, lampu bilik tidur, bilik air semua tu tak payah la pasang...mak kita cakap..membazir...hehehe...bukan susah pun kan...?

Lagi satu, masa kita keluar or kita tak tengok TV, lagi-lagi yang pakai ASTRO...selalu kita mesti tinggal dekat stand by mode, tau tak...daripada kita biar kat standby mode, it's better kalau kita off je main switch tu...tau tak, kita boleh jimat hampir RM4 sebulan kalau kita tak biar dekat stand by mode tu! serius! sebulan RM4 x 12 bulan = RM48...

Elektrik ni merupakan sumber tenaga utama yang kita guna...Ye, mungkin korang cakap...

"eh, kitorang bayar la elektrik...suka hati la nak pakai banyak ke tidak!"

Yes! memang kita bayar...tapi tau tak...macam mana kalau bahan api kita cukup untuk lagi 10 tahun je lagi..? mana kita nak cari lagi bahan api ni...? pasal tu sambil kita cari alternatif untuk cari tenaga boleh baharu (Renewable Energy) kan bagus kalau kita boleh kurangkan penggunaan elektrik! mungkin daripada 10 tahun, boleh jadi 15 tahun or mungkin lebih daripada tu..? kecekapan tenaga ni kan bagus!

Kecekapan tenaga! apa pulak ni..? kecekapan tenaga ialah bila mana kita dapat kurangkan bil elektrik, menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar dan jugak mengurangkan sehingga hampir 10% penggunaan elektrik tanpa jejaskan tahap keselesaan kita...means that, kita tak payah la bergelap sepanjang hari sebab nak jimat elektrik...hehe....kita tetap boleh jalankan aktiviti kita macam biasa cuma bezanya, kita guna tenaga tu dengan lebih pintar dan bijak! kan membazir tu amalan syaitan! hihi....



Hehehe...so, dah SEDA ke masih belum sedar lagi..? sally harap korang gunakan apa yang sally kongsi ni...kita yang sediakan masa depan anak cucu cicit kita nanti...kalau sekarang pun kita dah kekurangan bahan api kita...masa depan nanti macam mana la keadaan kita...

Actually sally tulis ni, makan masa hampir 3 hari jugak...sebab takut terbawa ajaran sesat pulak kat korang kan...sally rasa benda macam ni kita kena ambik tau...buat apa kalau negara maju, tapi rakyatnya tak maju dan masih di takuk yang lama....kalau korang ada additional information yang korang nak tambah, korang komen je kat bawah...insyaAllah sama-sama kita jadi rakyat dan manusia yang bijak berfikir dan bijak bertindak!

Maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi SEDA : http://seda.gov.my/

Post a Comment

4 Comments

  1. akak ingat salah eja...rupanya ttg solar ye...

    ReplyDelete
  2. owh tq info sally..baru tau fungsi badan ni..
    perananya utk penghasilan sumber baru..sperti solar good information :)

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum...sally,

    Bagus info nie bukan semua blogger buat pasal entru nie..

    mselim3

    pls: susah sebenarnya kan nak hasikan tenaga . Jadi jgn membazirkan tenaga.

    ReplyDelete
  4. Ingat kak sally tak sedar dah tadi :p ehehehe.
    Yeap. Tq so much kaksally. Jgn bazir letrik wee~

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!