Prof Dr Muhaya kongsi 10 Ucapan Paling Beracun Seorang Pelajar


Sebagai seorang pelajar...macam biasa la...benda-benda macam ni kadang kala tu mmg terjadi...artikel ni kawan sally share di group e-PJJ UiTM di facebook...group tu agak besar la...nak kata kawan rapat tu tak la...tapi tak salah kan kalau nak share...


1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. 

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. 

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut.  Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Tambahan tips, benda yang kita belajar..kita kena ulangkaji dalam masa 24 jam supaya makin mudah ingat...sebab lepas 24jam selalunya kita takkan ingat dah..

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. 

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.


Ni adalah ringkasan...sally mudahkan ayat supaya tak terlalu susah kita nak faham...basically ada 2-3 daripada ni yang sally kerap buat...terutama yang study sambil berbaring...huhu...lepas ni nak kena bersila pulak, meja kecik masa study kat Beranang dulu pun masih ada...daripada simpan bawah tangga, baik guna kan..??

Post a Comment

14 Comments

  1. Ohh.. Memang selalu cakap macam tu xD Nice sharing kak sally.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so, lepas ni cuba elakkan ye...kak sally pun tgh nak mencuba :D

      Delete
  2. masa belajar dulu, selalu study last minute.. hehe.. :p

    ReplyDelete
  3. Nice sharing.. ;)

    ReplyDelete
  4. sangat berguna ayat-ayat ni..mohon share ya

    ReplyDelete
  5. akak masa belajar dulu mesti study last minute.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...akak bijak...tu yg bole..sally kalau study last minute...gamaknya repeat paper Iaa

      Delete
  6. tu lah.. ada 2-3 jugak la yg selalu buat. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya yg bergelar student takkan boleh lari daripada ni... -_-'

      Delete
  7. suka dengar kalau ada slot dr muhaya ni....rasa mcm best je dengar dia punya ceramah...n yang disenaraikan tu..memang dilema2 sebagai pelajar..miahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...sebab prof kalau bg contoh...dia suka bg yg dekat dgn kita... :)

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!