Hoyeahhh...tekak Korea memulakan perjalanan mencari makan lagi..kekeke...Semalam rasa macam boring sangat..kebetulan Ain ajak keluar cari makanan Korea katanya...ingat nak ke Gomonae, tapi macam dah hafal makanan kat situ...so, kami pun cuba la kedai Korea yang baru, Gangnam Gimbap.
Lokasi dia adalah kat Tingkat 4, Pusat Beli Belah Ampang Point...Senang je nak cari...naik je escalator sampai atas sekali...terus akan nampak kedai dia...kawasan dia agak tenang, bersih...yang penting...makan sedap!
Menu dia agak terhad la...tak banyak choice pun...mungkin sebab nama pun kedai Gimbap kan...so, mmg banyak choice Gimbap dia selain daripada makanan-makanan Korea macam Kimchi-jjigae, bibimbap, udon, tteok-guk, pelbagai choice guksu dan yang penting ada Tteokbokki dan Rabokki..hehehe...
Antara menu yang ada...
Semalam Ain minum air anggur yang kami pernah minum masa pergi berbuka puasa kat Mr. Dakgalbi dan Sally amik hot green tea je sebab Sally tak sihat sangat...malas nak minum ais dan sebagainya....
Benda pertama masa Sally masuk kedai ni...Sally nampak dekorasi pokok belakang tu...hahahaha...terus cakap dengan Ain, weh...aku nak amik gambar jugak...kekeke...segan punya segan tapi layan kan jela...
Side dish dia semalam...eh, kimchi dia kat sini sedap..serius! Yang semalam ada timun, white radish, dengan labu serta kimchi kobis...hehehe...
Semalam Ain cuba Tteokbokki...sebab dia stress tak dapat rasa Tteokbokki kat The Cup Stylish Korean Food Rice & Noodles @ Publika, Solaris Dutamas weekend lepas..kira sesi balas dendam la ni...hahaha...kesian pulak tengok punya la dia mengidam kan...hehehe...
Semalam Sally cuba Beef Gimbap...sedap la jugak...fresh..inti banyak...padat...sedap....overall Sally berpuas hati la dengan restoran ni...masakan dia mmg sedap...orang yang tak kuat peas elok la datang sebab kita boleh mintak nak pedas ke tidak...so, ikut selera...Sape yang nak g cuba...ajak la Sally ye..kekeke...kita orang Ampang je :P
15 Comments
sedapnyaaaaa! choice dia pun mcm banyak je. tpi jarang pegi ampang, paling jauh pun pegi mid je :(( tak penah mkn kimbap lagi
ReplyDeleteSedapppppnya. Teringin nak makan makanan korea T_T
ReplyDeletebila la nk dpt merasa mkn korean food ni..adoii
ReplyDeletewowww. kimchii kimchii hhehehe
ReplyDeletejom2..teringin nk mkn kimhi jigae..hehe
ReplyDeletefuyoo makanannya.. jadi lapar ni. hehe
ReplyDeleteAssalammualaikum... sally,
ReplyDeletemselim3 tak pernah cuba makanan korean nie... sedap agaknyer kan..
mselim3
bibimbap..hahaha, teringat full house
ReplyDeleteAbe tak pernah try lagi makan korea.. Lepas ni kena amek peluang pergi try..
ReplyDeleteakak xpernah try makanan korea nih
ReplyDeleteKak ROs belum pernah try mana-mana masakan korea tau. so tak tahu bagaimana rasa dia..
ReplyDeleteBanyaknya kedai yg jual Korean food kat kl.. Bestla..
ReplyDeleteBtw,nampak sedap je,hihi..
baru try tadik..hehe sedap! btw, sally da try yg kat subang? The street cafe? yg tu pon daebak! ahaha
ReplyDeleteThe Street Cafe belum sampai lagi sebab takde yang bawak..hahaha...tapi InsyaAllah, one day akan sampai jugak :)
DeleteHuhu... macam mana ye nak contact Sally?? hahahha ai is teringin gilossss nak makan since aritu nampak kedai ni... tapi fulus is zero maka kenyit2 mata je depan kedai...
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!