Ke Beranang Ke Kita..?

Khamis lepas Sally ke Beranang...

Beranang..?

Tau tak kat mana...?

Hahahahaha...Beranang ni ada kat tengah-tengah antara Nilai dan Kajang, berdekatan dengan Semenyih...

KPM Beranang, tempat Sally menimba ilmu untuk segulung diploma, sedangkan tempat jatuh lagi kita kenang...takkan la tempat jatuh bangun kita selama 3 tahun tak ingat pulak kan....Sally saje datang ke Beranang untuk berjumpa dengan kaunselor, kakak dan mentor yang paling kenal Sally...Puan Adzrina :)

Kalau dah baca entry berjimba di Taman Botani, Kuala Lumpur, korang akan kenal la sebahagian daripada manusia yang akan ada sepanjang entry ni nanti..hehehe...kami mmg rapat daripada zaman kolej dan Puan Adzrina pun dah kenal sangat dengan kami...kalau kami datang je ke KPM tu, mau bergegar!


Seawal pukul 7.30 pagi lagi Sally dah bergegas keluar rumah sebab nak jumpa Syifa' dan Iera sebelum ambik Dayah kat rumah kakak dia...what a perfect day! I am truly damn happy! Ingat lagi entry pasal jam tangan yang sedondon yang Sally beli..? Mereka-mereka ni la owner kepada jam tangan tu...tapi lupa pulak nak request kat dorang suruh pakai..hehehe...

Sampai je Beranang, terus culik kaunselor dan Puan Shikin (Pegawai Kokurikulum)...mmg rapat dengan dorang sebab bilik kaunselor dengan bilik pegawai kokurikulum ni dekat....Jadinya kitorang selalu melepak kat bilik dorang ni..hahahaha


Yang tudung purple tu Puan Shikin, lagi satu tu Puan Adzrina, kaunselor kesayangan kitorang...


My buddies, my love.
Syifa' -- Dayah -- Iera -- Sally


Ada beberapa orang dalam gambar tu junior Sally masa kat kolej, ada yang dah nak habis, yang baru habis..kebetulan dorang ada jugak jadinya angkut jela sekali bawak g lunch!



Overall, happy sangat sebab dapat jumpa semua orang...lepas ni nak kena pergi KPM lagi sekali sebab nak decorate bilik kaunselor...haihhh...guess what, bilik yang Sally tinggal sejak tahun 2011 sampai sekarang masih sama...dah pudar warna, dah suram jadinya...takde pulak orang baru yang tolong kaunselor...lastly, ahkak Sally la kena pergi deco lagi sekali...

err...ni bukan alasan nak g sana lagi sekali...hahahahaha...

“Love is that condition in which the happiness of another person is essential to your own...”

Post a Comment

20 Comments

  1. wohaaa. seronok lah mengimbau kenangan dulu dulu plus jumpa kengkawan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! mau tak seronok...rasa nak joget-joget je ni..hehehe

      Delete
  2. kawan saya pun ada lecterur kat sana..mengajar budak2 nak gi jepon tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh...yg tu bukan KPM itu KKTM skrg dah tukar nama pun..

      Delete
  3. wahhhh..bestnya kamcing ngan lecturer smp begitu sekali..bagus2

    by the way, saya tag kamu dlm satu segmen..hehe.. just utk cukupkan syart. jgn marah ok :-)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu...mmg kitorang rapat dengan lecturer sebab masing-masing kepala gila kan :D

      Delete
  4. mesti kak sally glamour masa kat sana dulu kan? hehehe :p ramai je kawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrr....mana ada la mazni..hehehe...biasa je meyh! :)

      Delete
  5. best klau rapat dengan lec, segala tok nenek ilmu nnti dia turunkan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...itu juga salah satu sebab kenapa perlu berbaik :)

      Delete
  6. hehehe down memory lane ye Sally ^^
    seronok sekali skala lepak ngan kengkawan lama and jenguk tempat study.. memacam kenangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat...rasa terharu pun ada..sedih tapi gembira!

      Delete
  7. Wahh seronoknyer jumpa kengkawan ...

    ReplyDelete
  8. akak first baca ingat Sally gi berenang tadi..hehe

    ReplyDelete
  9. Seronok ya kak Sally. Mengenang kembali memori lama.

    ReplyDelete
  10. meriah betul tengok gambar dalam kereta tu..excited ni

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!