Pelicana Chicken : Ayam Goreng Korea (Yangnyeom Chicken)


Kalau sebelum ni Sally pernah bercerita tentang KyoChon, harini Sally nak kongsi dengan korang restoran lain yang boleh korang boleh cuba kalau nak rasa ayam goreng Korea yang asli...Mungkin korang tak tau, tapi kalau yang mana peminat drama Korea...korang sure perasan majoriti mereka suka makan ayam goreng...

Pelicana Chicken ni bukannya baru di Korea...Mereka mula bertapak dalam tahun 1982...dah hampir 33 tahun dalam bidang ni...tapi sekarang kalau korang teringin nak makan...Tak payah nak mengada nak beli tiket flight nak g Korea bagai, pergi je ke branch terbaru mereka yang dah sedia dibuka di Malaysia ni...


Sebelum Sally cerita lanjut pasal range jenis ayam yang ada kat sini...Sally nak kenalkan menu terbaru mereka, Pelicana Garlic YangNyeom...Yangnyeom ni sebenarnya ayam goreng berperisa...Kalau yang original tu selalunya menggunakan gochujang je...Tapi bila kita nakkan kelainan, tu yang ada orang invented pelbagai jenis perisa tu...antaranya macam dekat Pelicana Chicken ni laa...

Garlic YangNyeom Chicken

Yang special dengan yangnyeom ni...sebab sos dia sebenarnya dan cara mereka salutkan ayam tu...Selalunya setiap ketul ayam tu akan disapu rata setiap satunya...macam dalam gambar kat bawah ni...


Ayam dia rangup...tapi sayangnya tak melekat secara rata dengan isi ayam tu...Jadinya bila kita makan tu ada possibilities, kita makan kulit/kerak dulu baru sampai ke ayam...harap-harap lepas ni bertambah baik lagi..hihihi...sape tak suka makan ayam kan...? Upin Ipin pun hari-hari makan ayam...tapi yangnyeom ni jangan la melantak setiap hari..hihihi

Okay, now kita check menu Yangnyeom Chicken yang lain...

From left : Spring Onion YangNyeom Chicken (spring onion on top), Garlic YangNyeom Chicken (garlic on top),
Charcoal BBQ YangNyeom Chicken (lettuce on top), Original YangNyeom Chicken (parsley garnish) & Hot Spice YangNyeom Chicken (Chilli on top)
Charcoal BBQ YangNyeom Chicken
 Overall, favorite Sally kat sini ialah Spring Onion, Hot Spice dan Charcoal BBQ...Kalau korang suka, Sally mmg highly suggest korang rasa Hot Spice tu...tapi Sally bagitau awal-awal eh...mmg sangat pedas!

Price : 4pcs RM9.50 8pcs RM18.90 14pcs RM32.90

Selain daripada ayam...Pelicana Chicken pun ada sajikan menu lain, tetap ada selit ayam jugak la...macam yang ni... Pelicana Ramen...Rasanya a bit creamy, ada rasa cheese dan disajikan dengan isi ayam goreng..

Pelicana Ramen (RM13.90)
Kalau korang yang tgh diet ke atau tak rasa nak makan yang heavy, boleh cuba Pure Chicken Breast Salad...Salad dia sangat rangup, fresh dan sisajikan dengan sos kuning Pelicana...haaa...itu yang special tau! Sos tu tak dapat kat mana-mana...kat Pelicana je yang ada....

Pure Chicken Breast Salad (RM12.90)

Kalau korang nak cuba, boleh ke branch Pelicana Chicken

Pelicana Chicken Malaysia
Atria Shopping Gallery
T 23 A, Jalan SS22/23, Damansara Jaya
47400 Petaling Jaya.
Tel: 03 - 7733 4300

Facebook : Pelicana Chicken Malaysia
Twitter & Instagram : @pelicanamy
Hashtag: #pelicanamy

Post a Comment

19 Comments

  1. nampak macam pedas, nampak macam manis...nampak macam menarik...

    ReplyDelete
  2. woah,,,, sedapnyaa!!!!
    tp yg bawang tu, rasa bawang kuat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawang mana? Bawang putih? Tak pun...sbb kalau ikutkan dia tabur je...takde la rasa sangat...sos dia ye

      Delete
  3. yummy! I suka sos salad pelicana tu. mmg sedap! :D

    ReplyDelete
  4. yummy! I suka sos salad pelicana tu. mmg sedap! :D

    ReplyDelete
  5. Tergoda... rasa nak grab gambar dan makan :(

    ReplyDelete
  6. Telan air liur saya masa saya baca entri ni.

    ReplyDelete
  7. yummy.. nampak sedap ayam goreng tu sally.. :)

    ReplyDelete
  8. wahhhh sedapnya sally!! terliurism!!

    ReplyDelete
  9. CT suka yang so so tak pedas sngt hehe.. alaa baru satu eh outlet dia..
    kat mana tu pun tatau =P ke Acik Ly nak ajak itew dating sana ?

    ReplyDelete
  10. Best gilar ayam ni
    Nak makan lagi lar

    ReplyDelete
  11. Dapnya.. K.eyza suka yang Spicy tu.. terangkat..

    ReplyDelete
  12. My best dishes are the Spring Onion YangNyeom Chicken & Garlic YangNyeom Chicken!

    ReplyDelete
  13. Pelicana Chicken is best memang sedap sekali

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!