Chilli Rush Challenge x Mamee Cool Tea & Nuffnang


Siapa suka makan pedas..?

Orang melayu kalau tak makan pedas tuu benda yang pelik...hehehe...walaupun ada je segelintir tapi rata-rata mmg suka makan makanan pedas...Sally sendiri mmg suka makan pedas sampai kena warning dengan doktor sbb usus perut makin nipis katanya...hahahaha...

Chilli Rush Challenge

Korang pernah dengar tak pasal Chilli Rush Challenge? Chilli Rush Challenge ni sebenarnya mmg signature competition yang ada di Chilli Rush Restaurant yang terletak Jaya One...For your information, in this competition, you'll be served with signature Chilli Rush Chicken Wings which comes in 10 different spice levels, the 10th being almost non-human...hot enough?

Thanks to kak +Anil Wanina yang ajak Sally kesini..hihihi



Sesampai je korang ke Chilli Rush, korang kena cuba signature drink dorang ni tau..hihihi...air cili padi..which is so good actually...sedap walaupun ada pedas sedikit...dan nak lebih umphhh...cili padi yang dok berenang tu tolong la kunyah...then, you'll feel the hotness and the freshness at the same time! Hihihi...

Mamee Cool Tea & Nuffnang

Mamee Cool Tea dengan kerjasama daripada Nuffnang telah menganjurkan Chilli Rush Competition ni bersama blogger..Kalau korang pernah baca entri Sally masa Sally hadiri Majlis pelancaran Mamee Cool Tea! Lagi Cool, Lagi Best!, korang sure dah tau tentang Mamee Cool Tea yang mmg berkesan untuk hilangkan rasa pedas dan panas badan.

Sedikit info tentang Mamee Cool Tea ni, ianya mempunyai gabungan 8 ekstrak herba yang terdiri daripada Mesona Chinensis, Daun Teratai, Bunga Kekwa, Daun Mulberry, Liquorice Root, Selfheal, Honeysuckle Flower, dan Grosvenor Momordica.

Kesemua herba ni terkenal dalam untuk mengeluarkan haba dalam badan. Korang yang mana panas badan akibat makan makanan terlalu pedas, BBQ, makanan bergoreng, atau kerana membuat aktiviti luar ataupun berada di bawah matahari yang panas, korang kena pastikan korang ada stok minuman di kat rumah... Lagi Cool Lagi Best! apee...hahaha



Malam tuuu kami dibahagikan kepada 5 orang dalam satu kumpulan... Setiap kumpulan akan diberikan sedozen kepak ayam yang kepedasan dia ditahap 10...yang mana perlu dihabiskan dalam masa 60 saat...dan siapa yang dapat habiskan ayam paling banyak akan move on to final challenge..Hehehe...Kalau tgk kat atas tu dah tentu laaa Sally yang menang kan..hikhik...

Yup...as predicted, Sally dapat makan 2 ketul sahaja dalam masa 60 saat...sebenarnya masalah dia bukan sebab pedas tapi sebab panas..melecur tekak kot nak telan! aishh!



HAHAHA...nampak tak betapa seriusnya...Sampai kena isi borang okay untuk menunjukkan betapa peraduan ni boleh buatkan kita gila atau buatkan kita stress..hahahaha...tapi anything will do as long as you know your own capabilities, yeay?

Left : Bowie, Kak Mimi, Sally, Hafiz & Mahadi



Haaa...ini la muka-muka yang dapat masuk ke final...Masing-masing senyum...padahal dalam hati dah takut teruk...Siap kena guna sarung tangan eh kali ni sebab takut pijau tu melarat...hahaha...untuk pusingan akhir, kami dapat satu dozen Chilli Rush Chicken Wings setiap seorang yang level kepedasan dia melebihi 100 kali pedasnya cili padi...Cili yang digunakan dibawa khas daripada India..Okay, masa ni rasa macam nak tarik diri pun ada tapi rasa nak jugak masuk..hahahaha...



Penuh pipi simpan ayam...hahaha...Jujur kata ada la sikit rasa kesal sebab tak tarik diri tapi mmg pedas gila ayam nii weh...sumpah tak tipu...Walaupun diberikan masa 4 minit untuk habiskan satu dozen ayam tu untuk mendapat tempat di hall of fame Chilli Rush...tapi Sally tak mampu..makan 5 ketul pun dah terasa macam nak pitam...pedas dia bukan kat lidah tapi pijau kat leher meresap sampai ke mata..dada jangan cakap laa kan...

Nasib baik jugak la ada Mamee Cool Tea, walaupun pedas tu tak hilang secara sekaligus tapi masih dapat melegakan badan panas...dan kurangkan rasa pijau yang meresap ke segala segi...hihihi...ni bukan entri bodek Mamee okay tapi mmg berkesan...Thank You Mamee Cool Tea! Korang boleh dapatkan Mamee Cool Tea di mana-mana outlet 7-Eleven, AEON, Tesco, The Store, Giant, Aeon Big, Econsave, KK Mart, Shell dan Mydin.

Sally dapat tempat kedua...dapat la menang "Ice Cream Maker"..hihihi...lepas ni sejuk la kat rumah asyik makan aiskrim je..hihi...Overall, terima kasih kepada Chilli Rush Restaurant, Mamee Cool Tea & Nuffnang sebab buat aktiviti ni...ramai jugak blogger yang baru Sally kenal...Walaupun menderita perut sekejap tapi atleast, I've done the Chilli Rush Challenge, you?

Nak tahu lebih lanjut pasal produk Cool Tea ni korang boleh klik kat bawah ni...

Facebook : www.facebook.com/mameecooltea
Instagram : www.instagram.com/mameecooltea

Post a Comment

11 Comments

  1. WUHUW!!!
    SO PROUD OF U KAK SALLY GOGOGOOOO
    HIHIHIHI

    ReplyDelete
  2. Untung jugak tak tarik diri dapat bawak balik Ice cReam Maker satu. Hehehe. Bila nak jamu homemade ice cream ni :P

    ReplyDelete
  3. ya Allah..kalau murni memang tak sanggup & tak berani (tak boleh makan pedas sebenarnya) tahniah ya cik Sally.. tiba2 teringat kartun monyet&kura2 yg monyet makan cili pastu kuar asap kot telinga tu...hahahahaha

    ReplyDelete
  4. Challange makan cili padi tak lama sebelum ini TV3 pun ada buat
    Pedas ni sebenarnya boleh melawan cancer tau Sally. Tapi kakak tak tahan kalau pedas sgt mahu asyik keluar-masuk bilik keciklah jawabnay hihi..

    ReplyDelete
  5. Pedas giler ka Sally..Akak ni pengemar pedas gak..agaknya kalau akak makan la..dapat tahan tak..huhu

    ReplyDelete
  6. Fuhhh! Nasib baik tak keluar asap ikut hidung dan telinga kan, Sally :)

    ReplyDelete
  7. Oh lupa pulak, congrats dapat tempat kedua! :)

    ReplyDelete
  8. Saya baca entri ni pun dapat rasa kepedasannya, kak Sally! Cayalah kak Sally, gagah betul :D

    ReplyDelete
  9. Tahniah dapat tempat kedua sally.. memang nampak gigih sally makan chicken wing pedas..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!