Kalau korang masih ingat dalam entri macam mana korang asingkan sampah di rumah?, korang mesti akan ingat pasal sistem 'Waste To Energy' yang ada Sally ceritakan dalam tuu...di Malaysia kita baru ingin membina loji 'Waste To Energy' untuk menyelesaikan masalah sisa pepejal di Malaysia.
Sebenarnya teknologi Waste To Energy ni dah lama diamalkan dinegara-negara diseluruh dunia...ianya bukanlah perkara yang baru..Dinegara-negara lain seperti Singapura, Taiwan, Jepun, Jerman dan lain-lain lagi teknologi ini telah diguna secara menyeluruh bagi mengawal masalah sisa pepejal dinegara mereka...Ini kerana mereka memahami yang masalah sisa pepejal boleh membawa banyak kemudaratan kepada penduduk dan kepada ekosistem negara.
Apa yang bagus tentang loji 'Waste To Energy' ni eh?
Seperti yang korang tau, di Malaysia kita menggunakan bahan api fosil
sebagai contoh arang batu untuk menjana kuasa. Malaysia juga terpaksa
mengimport bahan api ini dari luar yang semakin lama bekalannya makin
susut dan ini membuatkan kos untuk memiliki bahan api ini makin
meningkat...Jadinya dengan adanya loji "Waste To Energy", pihak
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara di bawah Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan akan menjadikan sisa pepejal yang
dikumpul, diproses untuk dijadikan tenaga yang boleh digunakan..
Perbezaan antara Loji "Waste To Energy" dengan tapak pelupusan yang sedia ada...
Bermula 1 SEPTEMBER 2015, pihak kerajaan telah mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat. Pelaksanaan ini adalah berdasarkan peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang berkuatkuasa di negeri-negeri dan wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah..Walaupun Selangor, Kelantan, Terengganu dan beberapa negeri lain masih belum dikuatkuasakan, tidak salah rasanya kalau kita mempunyai sedikit kesedaran dengan turut sama menyertai kempen pengasingan sisa pepejal isi rumah.
Secara umumnya, proses pengasingan sisa pepejal isi rumah ini melibatkan pengasingan sisa pepejal mengikut komposisi sisa seperti sisa kitar semula, sisa baki dan sisa pukal/kebun. Sisa yang diasingkan ini akan dikutip setiap minggu mengikut jadual yang ditetapkan.
KENAPA KITA PERLU MENGASINGKAN SISA PEPEJAL DI PUNCA?
Ramai yang tidak setuju tentang tapak projek Loji WtE ditapak stesen pemindahan sisa pepejal TAMAN BERINGIN, KEPONG kerana ada yang berpendapat loji ini terlalu dekat dengan kawasan penempatan...Namun harus diingatkan tapak stesen pemindahan sisa pepejal ini telah pun beroperasi sejak 2002 dimana sampah-sampah sebanyak 3000 tan sehari telah dihantar ke sini setiap hari dan dalam pengurusan sisa pepejal, pelaksanaan pengurusan sisa pepejal yang efektif, prinsip “proximity” adalah sangat penting untuk meminimakan kos dan impak kepada alam sekitar. Menurut "Proximate Principle", sisa perlu dirawat di dalam kawasan penghasilan sisa pepejal. Dalam erti kata lain, bahan buangan yang dihasilkan dari Kuala Lumpur perlu dirawat di Kuala Lumpur.
Kerajaan telah menjalankan beberapa kajian kesesuaian tapak bagi menentukan kawasan yang bersesuaian di dalam kawasan tapak, keluasan yang diperlukan, serta kaedah-kaedah/teknik-teknik yang sesuai untuk menyediakan tapak bagi membina loji.
Bagi Sally, setiap sesuatu yang ingin diadakan di Malaysia mahupun disegenap pelusuk negara, akan ada kebaikkan dan keburukkan mereka yang tersendiri...Sally tidak la kata loji WtE ini sangat bagus tapi dengan ada loji ini...masalah sisa pepejal di Malaysia mampu diselesaikan...Kita hidup mungkin tidak lama tapi kita masih perlu fikirkan kelansungan hidup untuk generasi akan datang...Nasihat Sally, cubalah berfikiran terbuka dan menerima perubahan dengan hati yang terbuka...Jika bukan kita yang mulakan...siapa lagi..?
Website : wte.kpkt.gov.my
Facebook : Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN)
Twitter : @jpspn_kpkt
#Asingkan
NOTIS PEMBERITAHUAN (PREMIS BERTINGKAT)
Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 September 2015, semua isi rumah di negeri-negeri* yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) adalah diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing mengikut kategori berikut: Sisa Baki (sisa dapur, sisa makanan, lampin pakai buang dan bahan-bahan kotor lain) – dimasukkan ke dalam tong komunal yang telah dibekalkan; dan Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula – dibungkus ke dalam beg plastik dan diletakkan di dalam bekas yang dibekalkan mengikut kategori berikut: Plastik; Kertas; dan Lain-lain (contoh: tin, kaca, seramik)
Jika Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula tidak diasingkan dari sisa baki, tindakan ke atas Badan Pengurusan Bersama (JMB) seperti berikut akan diambil: Amaran akan diberikan oleh SWCorp sehingga 31 Mei 2016;
Kompaun akan dikenakan mulai 1 Jun 2016: Bagi kesalahan pertama – RM100.00; Bagi kesalahan kedua – RM200.00; dan Bagi kesalahan berikutnya – RM500.00.
Sekiranya kompaun tidak diselesaikan, tindakan mahkamah akan diambil dan denda maksimum RM1000.00 boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.
- Mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula
- Mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan
- Mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa pepejal
- Merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) jika tidak mengasingkan sisa
Ramai yang tidak setuju tentang tapak projek Loji WtE ditapak stesen pemindahan sisa pepejal TAMAN BERINGIN, KEPONG kerana ada yang berpendapat loji ini terlalu dekat dengan kawasan penempatan...Namun harus diingatkan tapak stesen pemindahan sisa pepejal ini telah pun beroperasi sejak 2002 dimana sampah-sampah sebanyak 3000 tan sehari telah dihantar ke sini setiap hari dan dalam pengurusan sisa pepejal, pelaksanaan pengurusan sisa pepejal yang efektif, prinsip “proximity” adalah sangat penting untuk meminimakan kos dan impak kepada alam sekitar. Menurut "Proximate Principle", sisa perlu dirawat di dalam kawasan penghasilan sisa pepejal. Dalam erti kata lain, bahan buangan yang dihasilkan dari Kuala Lumpur perlu dirawat di Kuala Lumpur.
Kerajaan telah menjalankan beberapa kajian kesesuaian tapak bagi menentukan kawasan yang bersesuaian di dalam kawasan tapak, keluasan yang diperlukan, serta kaedah-kaedah/teknik-teknik yang sesuai untuk menyediakan tapak bagi membina loji.
Bagi Sally, setiap sesuatu yang ingin diadakan di Malaysia mahupun disegenap pelusuk negara, akan ada kebaikkan dan keburukkan mereka yang tersendiri...Sally tidak la kata loji WtE ini sangat bagus tapi dengan ada loji ini...masalah sisa pepejal di Malaysia mampu diselesaikan...Kita hidup mungkin tidak lama tapi kita masih perlu fikirkan kelansungan hidup untuk generasi akan datang...Nasihat Sally, cubalah berfikiran terbuka dan menerima perubahan dengan hati yang terbuka...Jika bukan kita yang mulakan...siapa lagi..?
Website : wte.kpkt.gov.my
Facebook : Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN)
Twitter : @jpspn_kpkt
#Asingkan
NOTIS PEMBERITAHUAN (PREMIS BERTINGKAT)
Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 September 2015, semua isi rumah di negeri-negeri* yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) adalah diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing mengikut kategori berikut: Sisa Baki (sisa dapur, sisa makanan, lampin pakai buang dan bahan-bahan kotor lain) – dimasukkan ke dalam tong komunal yang telah dibekalkan; dan Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula – dibungkus ke dalam beg plastik dan diletakkan di dalam bekas yang dibekalkan mengikut kategori berikut: Plastik; Kertas; dan Lain-lain (contoh: tin, kaca, seramik)
Jika Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula tidak diasingkan dari sisa baki, tindakan ke atas Badan Pengurusan Bersama (JMB) seperti berikut akan diambil: Amaran akan diberikan oleh SWCorp sehingga 31 Mei 2016;
Kompaun akan dikenakan mulai 1 Jun 2016: Bagi kesalahan pertama – RM100.00; Bagi kesalahan kedua – RM200.00; dan Bagi kesalahan berikutnya – RM500.00.
Sekiranya kompaun tidak diselesaikan, tindakan mahkamah akan diambil dan denda maksimum RM1000.00 boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.
11 Comments
baru tauu :)
ReplyDeletemenarik!! tp masyarakat sekarang adalagi yg tak tawu kepentingan usaha mcm nih.. huhuh..
ReplyDeleteHarap kita semua akn lebih terbuka dgn perkara mcm.ni ^_^
ReplyDeleteya.
ReplyDeleteramai yang tidak tahu juga tu.
Tp syg, diorg tak sediakan satu tong sampah khas untuk asingkan sisa pepejal. Diorang cuma sediakan satu tong dan yg lain3 letak tepi tong tong je utk asingkan .
ReplyDeleteSebenarnya ada, cuma kerajaan nak memudahkan pebgguna...so, mereka akan letakkan semua di satu tempat instead of bawa kesana kesini...
DeleteAhaaa ni lah yg #ASINGKAN tu!!! :D
ReplyDeleteTerima kasih kak Sally :) Everyone should know abt this hmmm
wohooo.. baru lah tahu. eh, bukit payung johor ?
ReplyDeleteain orang johor pun baru tahu ade tempat tu.
bagusnya...bru tahu ada certain negeri yangd ah start dengan pangsingan sampah....kita suka sgt asing sampah, semenjak kita duduk jerman ni... sebab sampah plastik bila sing dri sampah makanan, sampah plastik tuh tak berbau... sampah kertas pon mcm bersih, xgeli pon nak pegang dengan tangan....serius bgus sgt buat cmnie.. lgpon dia hasilkan tenaga kan..
ReplyDeletekita ada tulis arituh tentang pengurusan sampah di jerman:
http://jindrisska.blogspot.de/2015/12/pengurusan-sampah-dan-sisa-di-jerman.html
Akak baru tahu juga ni dik Sally...dengan adanya loji waste to Energy sisa pepejal mampu di selesaikan...
ReplyDeleteKeladi baru tau..
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!