Lepak di Flight Club, KLIA


Flight Club, KLIA | Hammmboiii sangat kan tajuk dia, bukan main...tak nak dah cafe hispter yang merata kat KL ni...terus ke Flight Club, KLIA untuk melepak...Hahahaha...tak laaa...Sally gurau je...Sebenarnya nak bagitau kat korang, kalau korang ke KLIA dan tak tau nak makan kat mana, atau korang nak isi perut sebelum naik flight...Korang boleh singgah ke Flight Club...ada pelbagai jenis makanan yang korang boleh cuba kat sana...

Flight Club sangat mementingkan makanan yang sihat, dan restoran ni sebenarnya diinspirasikan daripada "Herbs" & "Seeds"..Kalau yang mana selalu ke KLIA, korang mesti akan perasan ada satu lounge yang memberikan kita kawasan rehat yang selesa sebelum menaiki penerbangan ke destinasi kita..Lounge tersebut milik Plaza Premium Group, dan kali ni mereka membawakan Flight Club pulak.



Kawasan sekitar restoran ni sangat tenang dan selesa, mmg sesuai untuk fine dining dan merehatkan diri sebelum penerbangan yang panjang...Flight Club ni terletak dihadapan Plaza Premium Lounge yang berada di Mezzanine Level di Bangunan Satelit (International Departure) di KLIA.

Basically makanan yang disediakan disini merupakan makanan western dan international, supaya selari dengan keberadaan mereka di International Departure...Kebanyakkan menu mereka mmg sihat dan dilengkapi dengan pelbagai herba macam oregano, rosemary, chia seed dan macam-macam lagi laa...Sally dah cuba hampir 55% menu yang ada dan semuanya sangat sesuai dengan selera Sally...

Home-grown Farmer Tomatoes

Hydroponic Baby Cos "Caesar's Style"

6°C Fresh Cameron Highland Tomato Soup (Not the original serving portion)

Tropical Fruit Cocktail

4 menu diatas ni merupakan starter..Kalau korang jenis yang suka course by course meal, korang boleh cuba starter yang sihat ni...Sally sejak mula makan secara sihat ni...dah biasa makan salad mentah macam tuu...walaupun kadang tu rasa macam kambing pun ada tapi bila fikir yang badan ni nak guna dalam masa yang lama lagi...So, kita kena makan secara sihat...Soup tu pulak mmg sangat sejuk..hihihi...Sally tak gemar makan makanan yang sejuk..sengal gigi ooo...tapi untuk peminat tomato mmg kena cuba..

Ambil appetizer boleh mengurangkan kadar craving-sens kita sebelum sampai makanan yang utama...Jadinya kita takkan makan secara berlebihan...Lagipun makan buah sebelum makan kan mmg dah mmg terbukti baik untuk usus dan perut kita...

Charge Me Up - Grapefruit, Pineapple, Lemon, Lime & Lemongrass

Timeless - Apple, Orange, Turmeric & Ginger
The C Booster - Orange, Grapefruit, Pineapple, Ginger & Chia Seed

Disebabkan Flight Club ni mementingkan makanan yang sihat, jadinya kita cuba jus dia...Jus yang ada kat sini semuanya diperah menggunakan slow juicer, tanpa campuran air atau ais...mmg rasa sangat sedap dan fresh...setiap satu jus yang ada kat sini ada peranan mereka yang tersendiri tau...

Macam The C Booster (penuh dengan kebaikkan vitamin C daripada buah-buahan), Charge Me Up (morning re-fresher when you land) dan Timeless (fighting jetlag)...So, nanti masa nak pilih jus, pilih ikut keadaan semasa korang yer...hahahaha...kalau tak nak pun takpe je, boleh je cuba Mix and Match ikut keperluan korang...

Untuk main course dia, ada banyak pilihan...dan yang Sally dah cuba ada hampir 11 jenis main course...semuanya sedap dan sihat...Sihat kat sini bukan bermaksud takde kalori atau carbo, tapi lebih kepada sihat dalam campuran bahan-bahan masakan dia..

Squid Ink Pasta

Ini antara menu yang paling Sally suka...entah kenapa bila makan tu rasa tak boleh nak berhenti...kalau korang tak percaya, korang boleh cuba sendiri...cukup rasa, sotong pun banyak, fresh dan mmg kena dengan tekak Sally..Ianya dimasak dengan tomato julienne, cilantro dan virgin coconut oil...Pasta ni yang mampu Sally habiskan sepinggan tau..hikhik...

Angel Hair Aglio e Olio

Another choice of pasta, aglio olio kat sini agak berbeza sedikit...sebab rasa fusion masakan Malaysia..Pasta ni ada sedikit pedas sebab dimasak dengan cabai burung (cili padi) dan udang kering "Sapatang"...dan diserikan lagi dengan potongan ikan sungai...perghh! Kampung habis kot!!

Fettuccine alla Carbonara

Basically, sama macam mana-mana fettuccine carbonara yang lain, dimasak dengan krim sos keju Parmesan, chicken ham, bawang dan butter..Sesuai kalau korang makan masa betul lapar laa...

Singapore Curry Noodle

Kalau korang rindu nak makan makanan dari Singapura, boleh cuba Singapore Curry Noodle ni...kuah dia pekat tapi tak memuakkan..ni antara kari laksa yang Sally suka makan..Recommended to those who craving for local dish..

Prawn Risotto

Prawn Risotto ni pada Sally takde yang istimewa sangat...tapi Sally suka makan risotto dia yang mmg creamy sebab ada Parmesan cheese dan yang paling penting udang yang fresh tuu...sedap tapi cepat muak sikit..

Traditional Sheperd's Pie & The Englishman's Fish & Chips

Another western choices...I'm not a fans of Sheperd's Pie, but this one is okay...the gratin mashed potato, stuffed with lamb stew and slowly cooked in tomato concasse that infused with thyme and basil...Simply delicious!

The Englishman's Fish & Chips is a river fish fillet that coated with multigrain seed batter, deep fried and been served with a classic apple cider vinaigrette and tartar sauce..Simple but enough to full you tummy!

Orzo Pasta 'Mac N Cheese

Orzo Pasta 'Mac N Cheese ni menggunakan pasta organik yang dikar dengan sosej, tomato ceri dan jugak tiga jenis cendawan...Kalau makan masa panas mmg sedap...cheese dia sangat banyak dan mmg mengenyangkan...Agak berbeza sikit bila ada gabungan cendawan dalam menu ni...

Lamb Stew

Lamb stew ni merupakan menu kedua yang paling Sally suka kat Flight Club ni...sebabnya stew dia sangat pekat dan daging kambing cincang dia sangat banyak...Ianya dimasak dengan jus rosemary dan didatangkan dengan salad dan juga tortilla..

Vegetarian Fried Rice ala Flight Club

Untuk mereka yang vegetarian atau sedang berdiet tak nak makan daging ke kan...korang boleh jugak cuba nasi goreng ni...apa yang menariknya...walaupun ianya menu vegetarian, yang mmg pada dasarnya akan ada banyak sayuran, tapi nasi goreng ni sangat special...sebabnya ada banyak superfoods seperti chia seed, pine nut, sunflower seed, sesame seed, pelbagai jenis sayuran dan yang paling membangkitkan selera, ada kismis..hihihi...Entah kenapa, Sally rasa nasi goreng ni mmg sangat best walaupun tiada daging atau ayam didalamnya..

1824 Beef Cheek

Lastly, Sally nak suggest antara menu best seller kat sini...1824 Beef Cheek...kalau daripada nama pun korang dah boleh agak kan...Menu ni menggunakan daging lembu pada bahagian pipi sahaja, sosnya menggunakan miso gravy..Daging ni turut sama dimasak dengan stok mirepoix & bouquet garni (sejenis sayuran dan herba yang membangkitkan rasa dan bau yg sedap)..Mmg lembut tapi Sally tak suka bau yang agak kuat tu..hihi

Untuk pencuci mulut...ada beberapa jenis pencuci mulut yang ada kat sini...antara yang mesti korang cuba ialah Double Valrhona Chocolate Lava Cake dan Beetroot Ice Cream with Cheese Cake..Dua-dua ni mmg signature dessert kat sini...

Double Valrhona Chocolate Lava Cake & Beetroot Ice Cream with Cheese Cake

Untuk yang mana minat aiskrim, kat sini semuanya aiskrim dia buat sendiri...Sally nak suggest korang cuba la aiskrim beetroot, cempedak dengan sesame...Rasanya agak pelik sikit tapi overall mmg best...ada kelainan daripada aiskrim yang biasa kita makan...


Lepas makan, kita boleh bergelak ketawa sambil tengok kapal terbang yang nak pergi tinggalkan kita..hahahaha...okay tak..ni saje nak letak gambar candid..Nak tunjuk kawasan sekitar Flight Club ni...kita boleh tengok runway flight international dan jugak MAS.


Thank you all..!

Flight Club
Location : Mezzanine Floor (Level 2), Satellite Building, KLIA
Operation hours : 24 hours
Tel : 03-8776 1538
Fax : 03-8776 1539
Email : kliaflightclub@plaza-network.com

Facebook : facebook.com/flightclubmy
Instagram : @flightclubmy

Post a Comment

2 Comments

  1. Baru buka ke? Hari tu balik macam tak nampak pun tempat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la baru...bulan 10 tahun lepas lagi dah bukak ni Farah :)

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!