Korang suka makanan Jepun? Makanan Jepun mmg salah satu rangkaian makanan yang paling Sally minat...Kat KL ni sebenarnya banyak makanan Jepun dan tak salah kalau Sally kata, kalau kita sebut makanan Jepun mesti akan ingat sushi je...tapi korang tau tak sebenarnya ada banyak variasi dan Sally nak share dengan korang antara menu terbaru daripada restoran Jepun, Minori.
Minori terletak di The Royale Chulan Damansara, yang mana pasa Sally sangat la sesuai dan strategik bagi penggemar makanan Jepun. Minori sendiri bermakna "tuaian" dalam bahasa Jepun dan mempunyai chef yang sangat arif dalam bidang masakan Jepun iaitu Master Chief – Takahiro San.
Di Minori, ada pelbagai makanan yang sangat popular antaranya Fish Sperms, Foie Gras Chawanmushi, dan menu pencuci mulut, Fish Collagen Mochi..Semuanya macam pelik kan..hahaha..tapi terima la yang sebenarnya ada banyak makanan yang lebih eksotik boleh korang dapatkan di Minori.
Okay, Sally nak share dengan korang antara menu terbaru yang ada kat restoran ni...
Yum Tofu and Grilled Seasoning Eggplant with Crab Sauce Ginger Fervor with Mountain Kaviar
Fuhh nama, ini antara pilihan pembuka selera...Sally suka sangat dengan tofu keladi yang ada selain daripada "gravy" dia yang mmg sedap...Paling istimewa mestilah yang berwarna oren tuu...
Steamed Egg on the Organic Wasabi Leaf and Asari Shell "Ohitashi" Yuzu Orange Flavour
Selain daripada Chawanmushi, Sally rasa menu ni sangat kena dengan tekak Sally...Sedap, telur yang di stim tu pun berbeza dengan menu "Chawanmushi" yang pernah Sally makan...
White Miso marinated Butter Fish "Saikyo Yaki" served with Vinegar Tomato, Wasabi Lotus Roots with Sweet Potato
"Saikyo Yaki" mmg sangat sedap...Sally rasa makan ikan ni sangat best dan kena dengan selera Sally...Terung, tomato ceri dan keledek tu sangat kena dengan sebagai kombinasi yang sesuai dengan ikan tu..
Tender Steamed Beef Tongue with Special Sauce
Okay, yang ni Sally rasa kalau ada yang tak pernah cuba makan, kena wajib rasa...Menu lidah lembu ni jarang kita jumpa..Kalau kat kampung, ada la jugak makan kan...tapi bagi Sally lidah lembu ni sangat sempurna, tiada sedikit pun rasa pelik atau janggal nak makan..dan yang penting sekali sangat lembut dan macam cair kat lidah...
Scallop Porridge Minori Style with Fried Cherry Blossom Prawn
Ini bubur nasi istimewa resepi daripada Minori...dalamnya ada kekapas dan yang paling Sally suka ialah taburan udang kecil yang dinamakan sebagai "Fried Cherry Blossom Prawn"...Antara yang paling menjadi kegemaran Sally...
Sesuai dengan kreativiti mereka, Minori telah memegang Malaysia Tatler Best restaurants, bagi tahun 2014 dan 2015 dan telah muncul dalam Malaysia International Gourmet Festival 2015, dan makin dikenali bersama-sama dengan pemiliknya, Dato’ Jessie Yow seorang pengusaha muda yang sangat mementingkan warisan makanan Jepun.
Sesuai dengan kreativiti mereka, Minori telah memegang Malaysia Tatler Best restaurants, bagi tahun 2014 dan 2015 dan telah muncul dalam Malaysia International Gourmet Festival 2015, dan makin dikenali bersama-sama dengan pemiliknya, Dato’ Jessie Yow seorang pengusaha muda yang sangat mementingkan warisan makanan Jepun.
Kalau korang nak mencuba makanan Jepun yang asli, korang boleh mencuba Restoran Makanan Jepun, Minori.
MINORI JAPANESE RESTAURANT
The Royale Chulan Damansara Hotel
1st Floor, No. 2 Jalan PJU 7/3 Mutiara Damansara 03-7959 9099
https://www.facebook.com/MinoriRestaurant/
10 Comments
Singgah pagi...
ReplyDeleteakk makanan jepun,x berapa sgt...
wahhhh mengancam sangat nie!
ReplyDeleteSalam singgah pagi jumaat dik sally...nampak semua menu jepun tu memang menyelerakan....Tapi akak tak pernah lagi makan menu jepun ni....tak tau ngam k dengan anak tekak akak....hihi
ReplyDeleteBaru nak sebut nama dish dia pun dah terbelit lidah kakak ni sally hihi...
ReplyDeleteTempat kakak yg macam ni macam tak adalah kalau sushi mana-mana banyaklah..
Assalammualaikum Sally...kalau makanan jepun ni menu yang pernah makan tak lain tak bukan sushi jelah..hehe...
ReplyDeleteDapnyaaa oi !
ReplyDeletewah..menariknya sally..
ReplyDeletewahh, fatin tak pernah lagi makan makanan jepun tapi tengok gambar ni macam sedap je, kena try nanti macam ni hehe :D
ReplyDeleteSiqah pernah makan sushi jela. Hihi. Rupanya ada pelbagai lagi makanan jepun selain sushi..
ReplyDeleteGulp, telan liuq. sedapnye! hehe thx sharing
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!