Fuhhh! Lama betul Sally tak ke Broga, masa zaman kat kolej dulu pernah la jugak jejak kesana, lepas habis diploma je dah tak ada la rajin nak buat aktiviti macam tuu...Semasa cuti Hari Wesak yg lepas, Sally sempat la jugak bersama-sama dengan beberapa orang blogger dan Mamee melaksanakan Projek Smiles : Sharing Smiles with Mamee.
Seawal jam 5.00 pagi, kaki Bukit Broga sudah dipenuhi dengan ratusan warga kota yang bersedia untuk menakluk puncak paling popular di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur tu, walaupun hujan tapi masih tidak membantutkan rancangan kami untuk berkongsi produk Mamee kepada rakyat Malaysia.
Sally betul-betul bangga sebab dapat berkongsi kegembiraan dengan
mereka...Awalnya ramai yang agak pelik dengan kehadiran kami dan menolak snek yang diberikan, tapi
akhirnya mereka sendiri faham dengan kempen yang kami cuba jalankan...
Projek Smiles, satu program sosial dan kemasyarakatan membawakan
perkongsian produk halal Mamee hingga ke puncak Broga untuk diagihkan
secara percuma kepada semua pendaki. Usaha pasukan Projek Smiles membawa
hampir 10 karton makanan dari kaki bukit hingga ke puncak Bukit Broga,
bukan satu yang mudah.
Pendakian ke puncak Bukit Broga kali ini
berbeza dari sebelumnya kerana,kali ini lebih dari 500 orang pendaki
Bukit Broga dikejutkan dengan kehadiran maskot Mamee Monster dan juga
Mister Potato di atas puncak Bukit Broga. Blooggers Media sebagai
penganjur dengan kerjasama penaja utama Mamee Double Decker (M) Sdn
Berhad serta Neffos Malaysia, kali ini membawakan sesuatu kelainan di
puncak Broga.
Bukan setakat itu, TP-LINK Neffos Malaysia juga turut menaja 3 set telefon pintar Neffos untuk Cabutan Bertuah. Satu dari smartphone hebat ini diberikan percuma kepada Pemenang Bertuah di puncak Bukit Broga sebagai salah satu sokongan mereka untuk warga kota dalam aktiviti sihat
seperti ini..Bertuah sungguh mereka yang ke Bukit Broga kan...?
seperti ini..Bertuah sungguh mereka yang ke Bukit Broga kan...?
Diharapkan akan ada lagi aktiviti sihat seperti ni lain kali...terima kasih kepada Mamee Double Decker, TP-LINK Neffos Malaysia dan Santai Travel kerana berkongsi senyuman dengan rakyat Malaysia.
Terima kasih juga kepada semua rakyat Malaysia yang mendaki pada hari tersebut kerana menyokong aktiviti yang dilakukan oleh kami...Semoga berjumpa lagi..!
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!