Buat Rawatan Skin Rejuvenation Laser di Laco, Berjaya Times Square.


Perempuan dengan kecantikkan mmg tak dapat dipisahkan.

Sally pun termasuk la jugak dalam golongan perempuan yang suka cantik tu...hahahaha...kalau dulu, tak kisah la muka macam mana...abaikan betul...tapi lately ni tengok muka sendiri pun takut..hahaha...gila ekstrem kot perbandingan.


So, minggu lepas, Sally ke Laco Aesthetic Clinic...Basically klinik ni menawarkan servis macam pembedahan plastik surgeri contohnya double eyelid surgery, eyebag remover surgery, lip augmentation, rhinoplasty, chin augmentation, breast implant, liposuction, threadlifting, etc.


Selain daripada pembedahan surgeri, ade juga rawatan lain macam Laser Skin Revujenation, Skin Tightening, Botox dan macam-macam lagi laa...Sally ni bukannya nak mencari kesempurnaan pun cuma nak membetulkan dan perbaiki kulit muka je...Lagipun penggunaan teknologi 'laser' adalah alat rawatan, manakala mencari kecantikan wajah adalah matlamat. Fiqh melihat alat dan objektif rawatan kecantikan secara berasingan.


Kebetulan minggu lepas, Sally jumpa salah satu branch terbaru LACO AESTHETIC kat Berjaya Times Square, tapi yang ni kecik jela tak macam yang kat Kepong dengan Puchong...Lepas bincang dengan Beauty Consultant Sally; Euky...Sally memilih untuk buat rawatan Skin Rejuvenation Laser.

Apakah Rawatan Skin Rejuvenation Laser?
Rawatan ni pada dasarnya untuk menyingkirkan pigmentasi, kulit tidak sekata, sebum degil, parut jerawat dan ketidaksempurnaan lain. Sambil buat laser ni juga kolegen dalam kulit kita akan terangsang dan boleh la sel-sel tu semua buat kerja dorang balik..hihi


Buat rawatan laser ni tak sakit pun tau...rasa macam ade la kena semut-semut sikit...kebas sikit tapi overall Sally okay je masa buat rawatan ni..Sally mmg ada masalah parut jerawat...sebab Sally suka sangat picit jerawat, lepas tu tinggal la parut kat muka ni haa...So, korang jangan ikut macam Sally tau...pastikan tangan tu bersih bila nak sentuh kulit muka..

Masa Euky bersihkan muka dan seharusnya hidung Sally, banyak gila weh bintik-bintik hitam...semuanya dia picit supaya cahaya laser tu boleh sampai hingga ke lapisan yang sepatutnya...Sakit jugak la masa picit tu...tapi, beauty is pain! Haha!


Haa! Yang ni la mesin laser tu...Sally tak tau sangat la pasal mesin ni...macam mana fungsi dia tapi best la senang kata..hihi...Teknologi mmg bagus kan...Menghilangkan jeragat pada wajah termasuk Hajiat, yakni ia bukan mencantikkan wajah tapi menghilangkan aib dan keburukan pada wajah dan mengembalikan wajah kepada bentuk yang asal. Maka rawatan menghilangkan jeragat adalah harus kerana ia umum dari hadith yg memerintahkan rawatan.


Rawatan Skin Rejuvenation Laser ni bagus sebab sinaran laser boleh sampai ke lapisan bawah kulit kita dan baiki daripada punca bukan hanya buat pada dasar kulit. Laser kan mensasarkan kawasan dimana kita ada masalah kulit dan perbaiki kulit supaya dapat kulit baru yang lebih baik, kurang parut dan kurang lain seperti kedutan, dan bintik hitam. Dalam gambar tu, korang boleh tengok yang warna kulit tak sekata Sally jadi lebih baik.


Haa...yang ni Beauty Consultant Sally, Euky...Dia yang tolong bagi penerangan dan buat rawatan kat muka Sally...overall, Sally mmg berpuas hati la dengan servis yang diberikan..Pakar kat Laco ni semuanya berpengalaman tau dan seharusnya semuanya diiktiraf...Jadi jangan risau dengan kepakaran mereka tau...

So, kalau korang nak buat jugak rawatan laser atau yang lain-lain, boleh hubungi mereka ni tau...

LACO (DARE TO PERFECT)
02-26, 2nd Floor Berjaya Times Square,
No 1 Jalan Imbi, Kuala Lumpur
012-3533146 / 012-2353367
Website : www.daretoperfect.com.my
Facebook : facebook.com/dare2perfect

Post a Comment

4 Comments

  1. wah kemain cantik lagi lah sally pas ni ek

    ReplyDelete
  2. It was a very good post indeed. I thoroughly enjoyed reading it in my lunch time. Will surely come and visit this blog more often. Thanks for sharing. Website

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!