Kalau korang peminat drama Korea...mesti tau kan dengan tradisi mereka yang akan makan sup rumpai laut atau seaweed untuk meraikan harijadi mereka...Jadinya sempena tahun baru ni...Sally pun buat la sup jugak..takde nak rai birthday sesape pun...saje je terasa nak masak...Sup ni juga selalu dimakan oleh ibu-ibu yang menyusukan anak...dengar kata boleh jadi "milk booster"..
Sup Seaweed Stail Korea
Sebenarnya, nak masak sup ni mudah je...mmg tak guna banyak bahan pun...tapi untuk bagi tekak ni seronok makan...boleh je nak campur benda lain pun...ikut laa...asalkan makan sedap, hati senang..
Seaweed ni Sally beli masa kat Jeju Island haritu...banyak jugak la beli...Dah banyak kali kena marah dengan ibu sebab seaweed ni belum guna...jadinya Sally masak la sup ni...Kat Malaysia ni Sally tak pasti ada atau tidak jual seaweed kering macam ni...nnt korang cari la ye kalau nak cuba...
Bahan-bahannya:
50gram rumpai laut kering
100gram daging lembu
2 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan kicap cair
2-3 ulas bawang putih (Dicincang)
6 cawan air / 1 liter air
Garam
*5-6 ekor ikan bilis (optional)
Cara-cara nak masak:
1. Rendamkan rumpai laut tu...bila dah lembut, toskan dan potong menjadi hirisan yang kecil (2inci).
2. Panaskan periuk, masukkan daging, minyak bijan, kicap cair dan garam sedikit, masak dalam 1 minit.
3. Masukkan rumpai laut tadi dan kacau lagi.
4. Masukkan 2 cawan air, *ikan bilis dan biarkan reneh seketika.
5. Masukkan bawang putih yang dicincang dan baki 4 cawan air lagi.
6. Slow kan api dan biar reneh dalam 20 minit, agak-agak sampai rumpai laut tu lembut, masukkan garam.
Resepi asal sebenarnya agak flat daripada segi rasa...pasal tu Sally masukkan ikan bilis sebagai rencah la selain daripada daging tadi...dan rasanya lebih sedap pun..hehe...Jangan lupa cuba dan share dengan Sally nnt okay?
7 Comments
Rumah kakak dah selalu buat Sally tapi versi anak kakak siap ada udang dan kentang lagi:)
ReplyDeleteSalam singgah sini dik Sally...wahh...nampak macam sedap jak dik..
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2017 dik sally
ReplyDeleteMacam sedap aje ni :)
ReplyDeleteOk nnt kita try tpi ikut ank tekak la ya kn hihi
ReplyDeleteSalam sis nk tnye kicap cair tue sis gune soy sauce cair ke? Sos mcm kite mkn dengn sushi tue ke?
ReplyDeleteWslm Fatin..aah...soy sauce yg biasa kita makan dgn sushi atau telur stgh masak tuu...yg tuu laaa
DeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!