Kalau ke Melaka...makan malam kat Medan Ikan Bakar, Muara Sg. Duyung mmg menjadi salah satu itinerari penting...Selain daripada makanan seafood yang fresh sebab duduk di tepi muara tuu...angin malam kat tepi muara tu yang buat syok nak makan...
Kebelakangan ni Sally dengar banyak respon negatif pasal Medan Ikan Bakar, Muara Sg. Duyung ni...tapi sebabkan malas nak dengar kata-kata orang...kami datang jugak makan kat sini...dan alhamdulillah jugak la takde masalah...cuma yela agak lama jugak tunggu...sebab hujung minggu + ramai orang kan...
|
Siakap Stim |
|
Siakap Bakar, Siakap Bakar Sambal |
|
Butter Prawns |
|
Ketam Masak Sambal |
|
Sotong Celup Tepung |
Haaa...incase kalau korang tertanya-tanya...Sally pergi dengan geng kakak-kakak masa kat Jeju tahun lepas...hahahaha...geng kitorang masa jumpa kat Jeju tu bersambung sampai ke Melaka ni...Itupun kebetulan ada dua kakak yang memang menetap kat Singapore datang ke Melaka...jadinya terus buat reunion laaa...padahal bukannya lama sangat tak jumpa tapi rindu!
|
Abang Amad + Kak Syaz + Kak Ana |
|
Kak Dee + Kak Lisa + Hidayah (Takde dalam gambar : Kak Ada, Kak Aida, Kak Ian) |
Overall Sally suka la dengan masakan kat sini cumanya tak minat dengan air yang disediakan..hihihi...Bagi Sally air dorang macam terlalu cair dan macam tak ikhlas pun ada jugak...Selain Medan Ikan Bakar, Muara Sg. Duyung...Korang boleh jugak makan seafood di Kedai Ikan Bakar Umbai ataupun di Seri Muara Alai Hj. Nasir...Sedap jugak kat sana...
Diharap kedai-kedai ni akan kekalkan kualiti makanan mereka bukan hanya pentingkan kuantiti dan cas yang mahal...barulah rakyat Malaysia nak jalan-jalan dalam negara sendiri kan? 😄😄
8 Comments
makan sedap (^_^).
ReplyDeleteSedapnyaaa siakap stim tu :)
ReplyDeleteGambar ikan steam tu menjadi penarik.. lapaq! Scroll lagi... memang mengundang. -_-
ReplyDeleteSally... Kt situ ikan bakar best haji musa... Nanti try la... Serius best..
ReplyDeletepernah dtg sini..mmg puas hati
ReplyDeletesedap2 semuanya
ReplyDeleteikan steam tue sedap
ReplyDeleteisk lapar heh tetiba tengok gambar makanan..
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!