Kebaikkan Produk Tenusu Diamalkan Dalam Bulan Ramadan bersama Fonterra.


Bulan Ramadan merupakan antara bulan yang menjadi bulan yang ditunggu-tunggu umat Islam seluruh dunia. Di Malaysia, kita perlu menahan lapar hampir 14 jam sehari dan masih perlu meneruskan kehidupan seperti biasa...Bulan Ramadan bukan hanya mengajar kita untuk menahan lapar tapi juga dapat menjaga dan memperbaiki sistem dalaman badan yang bekerja tanpa henti 11 bulan sebelumnya.

Mengamalkan produk tenusu semasa berpuasa merupakan salah satu amalan yang tak dapat disangkal lagi yang ternyata sangat bagus. Hanya dengan segelas susu pun kita dah boleh mendapat nutrien yang cukup dan kekal bertenaga sepanjang hari.


Dan...bersempena dengan Ramadan, Fonterra Brands Malaysia, syarikat pemakanan tenusu terkemuka daripada New Zealand, telah berkongsi beberapa tips dan cara untuk mereka yang berpuasa dan berkongsi tentang kebaikkan produk tenusu didalam diet pemakanan seharian.

Anlene, Anchor, Fernleaf dan Chesdale merupakan antara produk tenusu yang sudah memang sebati dalam kehidupan kita, dan disebabkan tu juga...pihak Fonterra Brands Malaysia berkongsi beberapa resepi menggunakan produk mereka dan tips yang sesuai diamalkan semasa bulan Ramadan.


Yang manis bertudung biru tu, Puan Manisya Ismail (Co-operative Affairs Manager and Chairman of Halal Committee at Fonterra Brands Malaysia) dan sebelah dia tuu, Puan Nurul Aziah Musa (consultant dietician). Mereka berdua ni banyak berkongsi tips untuk bulan puasa dan semestinya la beberapa menu spesial untuk bulan Ramadan.

Untuk resepi boleh klik kat:
(FONTERRA) CHICKEN AND POTATOES MINI PIZZAS
(FONTERRA) RENDANG TOK
(FONTERRA) OVERNIGHT OATS WITH KURMA
(FONTERRA) CULTURED MANGO TANGO SMOOTHIE


Beberapa tips yang boleh diamalkan sepanjang bulan Ramadan:

1. Susu dan produk tenusu adalah sumber protein dan kalsium, yang penting untuk penyelenggaraan tisu badan dan beberapa fungsi fisiologi semasa Ramadan dan terdapat banyak pilihan dalam antaranya susu, yogurt, keju dan krim.

2. Pilih karbohidrat kompleks seperti bijirin dan biji seperti barli, gandum, oat, kacang, kacang, tepung gandum penuh yang mampu membebaskan tenaga secara perlahan-lahan semasa waktu panjang puasa.

3. Memilih makanan yang kaya dengan serat seperti bran, bijirin, bijirin gandum, sayur-sayuran dan hampir semua jenis buah-buahan.

4. Kurangkan makanan yang berkarbohidrat tinggi dan berlemak, bergoreng serta makanan yang diproses serta makanan segera.

5. Kurangkan minuman berkafein, seperti teh, kopi dan minuman bergas.

6. Makan secara bersederhana semasa berbuka dan juga semasa bersahur. Berbuka dengan buah kurma dan jus atau susu sebelum solat Maghrib dan selepas tu boleh la makan seperti biasa...Ingat, bersederhana!

Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling sesuai untuk mengubah rutin pemakanan kepada rutin pemakanan yang sihat. Ia adalah penting, memilih makanan dan minuman yang sesuai semasa sahur dan Iftar setiap hari, bagi membantu kita kekal sihat dan bertenaga sepanjang masa.

Post a Comment

3 Comments

  1. Tips yang ohsem.. Calcium tu memang feveret anak-anak Sha..

    ReplyDelete
  2. Bagus tip yg cik sally bg.baru lepas beli butter anchor 2 ketul kt tesco sebab murah.ingat nk buat biskut raya

    ReplyDelete
  3. sedap ke overnight tu???????? byk nestum kat rumah tu haa.. boleh try la nnt..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!