Tahun 2017, dah masuk tahun keempat untuk Kempen Masakan Pensonic Chef’s Like! Wahhh...diam tak diam dah masuk 4 tahun kan...korang yang peminat masak-masak mesti dah biasa dengan produk 'Pensonic Chef’s Like' di dapur kan...macam-macam aktiviti telah dijalankan seperti Kempen memasak beramai-ramai, Peraduan ‘Cook with Celebrity bersama Dato’ Chef Haji (DCH) Ismail’, peraduan di Instagram dan macam-macam lagi.
Tahun lepas, penganjuran acara memasak beramai-ramai di West Boulevard, One City telah berjaya mengumpul 500 orang peserta memasak bersama-sama dengan Dato’ Chef Haji (DCH) Ismail semasa demonstrasi masakan yang diadakan secara langsung.
Tahun 2017 pula, Pensonic juga telah menyambung Kempen Kembara Memasak Chef’s Like Musim Keempat (2017) yang telah dijalankan bermula bulan April hingga Julai 2017. Kali ni konsepnya sedikit berbeza kerana kempen ini memberi ganjaran kepada para pengguna yang telah menyokong peniaga-peniaga sehingga kini. Dato’ Chef Haji (DCH) Ismail, akan mengadakan kelas dan demonstrasi masakan di lokasi-lokasi terpilih.
Berikut adalah senarai para peniaga yang terlibat dalam promosi Kempen Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017)
• Ban Huat Electrical Sales and Services, Pulau Pinang (29 April 2017, 11.00 pagi, Sabtu).
• CY Cash & Carry, Kedah (5 Mei 2017, 11.00 pagi, Jumaat).
• Wah Lee Group, Penang (5 Mei 2017, 4.00 petang, Jumaat).
• HK Home Enterprise, Kedah (6 Mei 2017, 3.00 petang, Sabtu).
• AEON BiG Bukit Rimau, Selangor (20 Mei 2017, 2.00 petang, Sabtu).
• Tesco Mutiara Damansara, Selangor (15 Julai 2017, 1.00 petang, Sabtu).
• Giant Kota Damansara, Selangor (16 Julai 2017, 9.00 pagi, Ahad).
• Chan Furniture & Electrical Store, Sabah (29 Julai 2017, 2.00 petang, Sabtu).
• Bright Scott Electrical Sdn Bhd, Sabah (30 Julai 2017, 12.00 tengah hari, Ahad).
• senQ, Sabah (30 Julai 2017, 4.00 petang, Ahad).
Kunjungi kedai-kedai terpilih untuk mengetahui bagaimana cara untuk menyertai Kempen Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017).
Peraduan “We Want You To Be On TV” Pensonic.
Tahun ni peraduan “We Want You To Be On TV” Pensonic yang dijalankan di Facebook Rasmi Pensonic, dan Sally telah menjadi salah satu daripada 7 orang yang bertuah untuk masak bersama rancangan memasak “Chef Mail Masak Bersama Pensonic”
“Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017” terdiri dari 8 episod kembali dengan barisan selebriti ‘hot’ antaranya Mark Adam, Ezuwan Ismail, Amy Mastura, Kilafairy, Kaka Azraff, Azad Jasmin, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Raja Afiq, Emily Lim, Alan Yun dan Amber Chia. Sally punya episod masak bersama dengan Kilafairy. Tahun ni rakaman telah dirakamkan di 8 lokasi menarik yang menampilkan 7 restoran dengan masakan yang berbeza. Setiap restoran ini mempunyai kepakaran dalam masakan yang berlainan iaitu Korea, Arab, Nyonya, Bali, Jepun dan India.
Jangan risau kalau korang tak terpilih untuk masak bersama sebabnya penonton juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik dengan menyertai peraduan “Tonton & Menang” selepas menonton rancangan ini. Pastikan ke laman Facebook mereka tau!
Bermula dari 8 Mei, 8 episod akan disiarkan di TV3 setiap hari Isnin dari jam 6.00 petang hingga 6.30 petang. Episod terakhir rancangan ini akan disiarkan pada 3 Julai 2017. Siaran khas juga akan dipaparkan di halaman Facebook Pensonic setiap hari Isnin pada jam 10.00 malam di bulan Ramadhan. (pssst...Sally punya episod akan keudara pada 29 Mei 2017 😆)
Sebenarnya memasak ni sangat seronok tau dan dengan bantuan peralatan dapur Chef’s Like Pensonic di rumah korang, akan memudahkan lagi dan sesiapa pun boleh menjadi seorang chef pakar di rumah seperti yang ditunjukkan oleh Dato’ Chef Haji (DCH) Ismail dalam rancangan masakan beliau.
Nikmati makanan yang sungguh lazat dan detik-detik indah bersama orang-orang yang tersayang dengan peralatan gaya hidup Chef’s Like Pensonic di rumah! Maklumat lanjut boleh ke Facebook Pensonic Malaysia.
2 Comments
admire dengan Air Fryer tu.. hukhuk.. tapi harga boleh tahan jugak.. hehe
ReplyDeleteYeayyy taksabaaar nak tengok Sally memasak! Heheh
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!