Nasi Dulang, menu istimewa di Melur and Thyme sepanjang Ramadhan 2017.



Sebut pasal Melur and Thyme, makanan di sini memang membangkitkan nostalgia tentang menu-menu masakan yang spesial, dengan mengetengahkan makanan daripada Timur dan Barat dengan sentuhan asli selera Malaysia yang moden.

Untuk Ramadhan kali ni, Melur and Thyme membawa kita menghayati set Nasi Dulang yang akan mula dijual bermula 27 Mei sehingga 24 Jun 2017 di semua outlet mereka. Apa yang istimewanya pasal set Nasi Dulang di Melur and Thyme, korang boleh memilih untuk set 2 orang atau 4 orang dan ada dua pilihan lauk yang boleh dipilih; Dulang Set A dan Dulang Set B.


DULANG SET A
Ketam Masak Lemak Cili Api
Terung Masak Sambal
Ayam Goreng Berempah
Telur Masin
Pajeri Nenas
Daging Bakar Air Asam
Ulam-ulaman (Daun Selom, Timun , Kacang Panjang) dan Sambal Belacan
Nasi Putih


DULANG SET B
Sambal Udang Masak Petai
Terung Goreng Berlada
Ayam Masak Cili Hijau
Telur Masin
Pucuk Paku dan Ubi Keledek Masak Lemak Putih
Daging Dendeng
Ulam-ulaman (Daun Selom, Timun , Kacang Panjang) dan Sambal Belacan
Nasi Putih


Setiap set didatangkan dengan kurma, pilihan kuih muih melayu, dan pencuci mulut (pilihan mengikut hari), dan juga air (pilihan mengikut hari). Harga bermula RM70++ (2 PAX) dan RM130++ (4 PAX)

Maklumat lanjut:
Website: www.melurandthyme.com
Facebook: Melur and Thyme
Instagram: @melurandthyme
Email: sh.diyana@melurandthyme.com

Post a Comment

3 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!