Promosi Iftar di Kedai Kopi Journal, The Kuala Lumpur Journal



Iftar di Kedai Kopi Journal, The Kuala Lumpur Journal | Mungkin ada yang pernah dengar dan ada yang tak pernah dengar hotel ni kan...Hotel The Kuala Lumpur Journal ni mula dibuka pada tahun 2015 dan terletak di Jalan Beremi, Jalan Sultan Ismail...dekat dengan station Monorail Bukit Bintang.

Diinspirasikan daripada tema "tiffin" atau mangkuk tingkat, promosi iftar di The Kuala Lumpur Journal memberikan kita lebih masa dengan keluarga..Pilihan makanan yang disediakan mmg sama macam masakan kat rumah...dan semua ahli keluarga akan duduk dan makan bersama..Kelainannya sebab di The Kuala Lumpur Journal bukan makan secara bufet tapi secara hidang. Promosi The Kuala Lumpur Journal bermula daripada 28 Mei sehingga 24 Jun 2017.


Ada 2 pilihan set yang boleh dicuba dan setiap set didatangkan dengan menu pilihan yang berbeza. Promosi ni disediakan untuk 5 orang dengan harga RM298 satu set, dan sesuai untuk mereka yang nak makan dengan keluarga dan rakan-rakan.

Yang best makanan kat Kedai Kopi Journal ni, makanan dia semua mmg kena dengan selera rakyat Malaysia...menu dia tak terlalu berat dan tak jugak terlalu ringkas...semua menu memang kena sangat dengan nasi.



Untuk Set A:
Pembuka Selera
Acar Jelatah, Keropok, Kurma

Menu Utama
Chicken or Beef Satay, Green Curry Spring Chicken, Kambing Bakar & Nasi Tomato

Pencuci Mulut
Kuih Muih Tradisional Melayu, Cendol, Air Sirap Bandung



Untuk Set B:
Pembuka Selera
Kerabu Betik, Keropok, Kurma

Menu Utama
Otak-Otak, Rendang Daging, Kari Ikan dengan Sayuran & Nasi Putih Kukus

Pencuci Mulut
Kuih Muih Tradisional Melayu, Cendol, Air Sirap Bandung



Walaupun agak awal, tapi pada 10 dan 11 Jun 2017, bermula pukul 11am sehingga 6pm, Hotel The Kuala Lumpur Journal akan mengadakan bazar sempena Hari Raya Aidilfitri yang dinamakan sebagai "Pelita Hati". Bazar ni akan menjual pelbagai jenis barangan seperti pakaian lelaki dan wanita, pakaian kanak-kanak, tudung, beg, kasut, wangian peribadi dan macam-macam lagi laa...Jangan lupa jengah ke sana tau!



Untuk maklumat lanjut dan untuk tempahan, boleh ke laman web www.kljournalhotel.com

Post a Comment

7 Comments

  1. Sedapnya satayy tu!! Cantik pula menengokkan suasana tempat, nampak romantik gitu

    ReplyDelete
  2. Geram plak tengok makanan kat atas. tak sangka dah nak ramadan pasni

    ReplyDelete
  3. Hi kak, saya datang melawat sini.. :) waw! sedapnya menu.. hehe

    ReplyDelete
  4. first impression tgk view td lawanyaaa... pastu tgk makanan tu... sedapppp nyaaaa!!!!!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!