Menjadi seorang yang berbadan besar mmg tak mudah nak cari baju yang sesuai...lagi-lagi lambakkan butik baju kebanyakkannya menjual baju untuk mereka yang bertubuh langsing sahaja...Jadinya macam mana dengan kami yang chubby ni? yang plus-size ni macam mana? Takkan tak boleh nak bergaya kan?
Jangan risau...ni Sally nak kongsikan dengan korang, koleksi Raya 2017 Plus Size di Mis Claire, khas untuk si chubby macam kita! eh..salah...macam Sally..hahahhaa....Kalau korang nak tau, Sally mmg dah lama menjadi pelanggan di Mis Claire...dan overall, mmg sangat berpuas hati dengan material dan setiap koleksi yang mereka keluarkan...
So, tahun ni...Sally nak semua yang berbadan besar macam Sally bergaya di hari lebaran yang akan datang ni...sebabnya ada macam-macam jenis koleksi yang mmg wajib ada dalam wordrobe korang untuk raya ni...
Kenapa Mis Claire? Sebab reka bentuk pakaian dari Mis Claire tertumpu kepada gaya yang kemas dan anggun, serta pemilihan material yang terperinci bagi memastikan keselesaan wanita plus size seperti Sally ni..dan yang penting sekali ada saiz daripada 2XL sehingga 7XL, dengan pelbagai corak, gaya dan warna yang menawan!
Koleksi Minimalistik
Dalam koleksi ni semuanya minimalistik! Less is more...hanya dengan menggunakan renda, potongan yang pelbagai...baju-baju ni nampak cantik dan sopan...yang penting sekali nampak lembut dan ayu bila dipakai.
→ SET KEBAYA MINIMALISTIK
→ KURUNG MODEN RENDA
→ KURUNG MODEN STAIL “NEELOFA”
→ PEPLUM BERSILANG
Koleksi Noir
Koleksi ni sesuai untuk mereka yanhg sukakan sesuatu yang tradisional..dan nak back to basic..Baju kurung, baju kebaya dengan tenunan keemasan yang memberi efek unik, klasik dan anggun! Baru la boleh feeling macam wanita zaman dulu-dulu...
→ KEBAYA RIAU
→ KURUNG PAHANG
Koleksi Garland
Koleksi ni sesuai untuk mereka yang ceria dan sukakan kelainan pada reka bentuk baju..Koleksi Garland diinspirasikan dari corak floral yang unik dan romantik. Rekaan dan potongan koleksi ini membuat pemakai nampak lebih langsing walaupun dengan corak bunga yang padat.
→ KURUNG MODEN EMPIRE
→ KURUNG MODEN PEPLUM
→ JUBAH
Koleksi Floral
Ini antara koleksi yang menjadi pujaan Sally...Selain sebab mmg tgh hot design yang macam ni...Koleksi ni bertemakan floral dan dalam masa yang sama masih mengekalkan tema minimalistik kepada design mereka.
→ KURUNG MODEN BABYDOLL
→ KURUNG MODEN PEPLUM
→ KEBARUNG FLORAL
So, kepada kakak-kakak, adik-adik yang chubby kat luar sana...walaupun kita berbadan besar...comel dengan isi terlebih ni...masih ada ruang untuk kita melawa, untuk tampil anggun macam orang lain...yang penting kena la usaha cari...untuk korang yang berminat dengan koleksi daripada Mis Claire..korang boleh jengah website mereka di www.misclaire.com, Sally yakin korang takkan menyesal.
Untuk lebih berpuas hati, boleh juga ke Bilik Pameran Mis Claire
Selasa - Sabtu : 10am - 5pm
35- first floor, Jalan ss 23/15, Taman SEA, Petaling Jaya, Selangor.
WAZE : “MIS CLAIRE”
03 - 7887 6008 *sila hubungi mereka untuk temu janji sebelum datang*
Haaa...dah, g beli sana...dan buat yang dah bergaya dengan koleksi dari mereka jangan lupa #hashtag mereka di #misclaireraya2017 dan #iwearmisclaire. Untuk yang nak tengok lebih banyak pilihan dan informasi terkini sila ke Facebook dan Instagram Mis Claire okay?
Jom beli baju untuk raya!
5 Comments
Cantik2 baju
ReplyDeleteKoleksi Garland cantiklah Sally..dulu susah nak cari yang mesra wudhu dan bf,,sekarang dah banyak,,sama juga yang bersaiz 2xl...alhamdulillah semakin banyak yang mengeluarkan saiz sebegini..
ReplyDeleteNampak classy corak Dan fesyen dia. Best tak Tu mama ni pun gempal juga ni
ReplyDeleteCantiknyaa! Nak terjah jap website dia orang.
ReplyDeleteyeay semakin banyak pilihan skrang nak melawa =)
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!