29 Mei 2017 - Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, Hotel Dorsett Putrajaya antara organisasi yang mengambil peluang untuk meraikan anak-anak yatim sempena Ramadhan dan hari lebaran yang bakal tiba dalam program Program CSR #BismillahRamadan bersama Rumah Nur Hikmah, Kajang.
34 orang anak-anak terpilih yang berusia dalam lingkungan 18 bulan sehingga 18 tahun telah dibawa bergembira dan berbuka puasa di Hotel Dorsett Putrajaya yang terkenal dengan lebih 500 jenis menu makanan yang pelbagai dalam bufet Ramadhan mereka. Selain daripada berbuka puasa, mereka sepatutnya dibawa menaiki belon panas tetapi nasib tidak menyebelahi kami sebab cuaca tidak menentu dan hujan lebat, sebagai balasan mereka telah dibawa bermain disekitar kawasan tersebut.
Selain daripada menaiki belon panas, sebenarnya ada banyak sponsor yang telah bersama-sama dengan Dorsett Putrajaya untuk meraikan anak-anak istimewa ni...antara sponsor ialah Sky Ride Putrajaya, Pearly Shell (pengangkutan), butik pakaian online Zayyan.Co, Mamee Sdn Bhd (Mamee Monster Biskidz dan Mister Potato), Tectic Blocks – the next hot blocks after Lego, Suria Putrajaya Mall’s tenants – Le Glamouriz Collections Boutique, Primadonna Boutique dan Pets Wonderland.
Semua sponsor ni telah menyumbang pelbagai jenis barangan bagi memberikan mereka senyuman di hari lebaran ni..antaranya, semua mendapat baju raya, duit raya, sejadah mini, permainan pendidikan, alat tulis, buku-buku dan semestinya barangan daripada Mamee Sdn Bhd (Mamee Monster Biskidz dan Mister Potato) berupa makanan yang sesuai dimakan sepanjang bulan Ramadan.
Anak-anak ni turut menyumbang untuk membuat pertunjukkan pasa malam tersebut dengan menyampaikan 2 buah lagu nasyid...teserlah wajah kegembiraan mereka dengan usaha yang telah dilakukan oleh Hotel Dorsett Putrajaya.
Terima kasih untuk semua sponsor dan terima kasih juga buat Dorsett Putrajaya kerana berkongsi kegembiraan kepada anak-anak yatim ni...Sally harap bukan hanya bulan Ramadan baru ada aktiviti seperti ni...seharusnya aktiviti ni perlu diteruskan dalam jangka masa yang lama bukannya berkala.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.dorsetthotels.com
3 Comments
Program bersama sama anak yatim memang boleh menginsafkan...
ReplyDeleteAktiviti amal yang bagus
bulan ramadan ni ramai yang bersedekah kpd anak2 yatim kan
ReplyDeletewalaupun semua perkara itu tak dapat membyar kerinduan kepada kedua ibubapa mereka...
ReplyDeletesekurang-kurangnya dapat memberi sedikit kegembiraan..
bagus program bersama anak yatim seperti ini
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!