Harriston Signature Outlet; coklat kita, wajah Malaysia kita! - Bengkel membuat coklat.


Harriston Signature Outlet, Malaysia | Bercakap pasal coklat, Sally rasa semua orang teruja..lagi-lagi kalau coklat tu ada identiti dan kelainannya yang tersendiri..Selain daripada keychain, fridge magnet..makanan pun sering menjadi salah satu pilihan untuk dijadikan cenderahati dan yang paling best mestilah coklat! Kalau tak, takkan la keluar daripada perut kapal terbang, ada siap duty free utk coklat kan?


Harriston - Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin juga tidak..Actually Harriston merupakan satu jenama produk keluaran Malaysia, yang menyediakan produk berasaskan coklat dalam pelbagai jenis rasa dan bentuk!

Memulakan perniagaan dengan outlet kecil di Jalan Imbi, dengan visi ingin mengetengahkan coklat dengan identiti Malaysia, Harriston telah membuat lebih daripada 150 jenis coklat. Kini mereka mempunya 5 buah outlet di Malaysia, salah satunya di MATIC Jalan Ampang.


Sedikit sebanyak sejarah coklat..Kalau korang yang tak tau, coklat asalnya daripada biji koko, dan kemudian diproses untuk dijadikan coklat. Kat Harriston Signature Outlet korang boleh baca pasal step nak membuat coklat ni daripada awal.


Dalam dunia ni ada 3 jenis coklat; colat susu, coklat putih dan coklat pahit. Ketiga-tiga coklat ini dihasilkan mengikut kandungan yang berbeza tetapi secara amnya coklat dihasilkan daripada likur koko, lemak koko, gula dan susu. Selain daripada coklat biasa, juga kita boleh dapat dapat bentuk serbuk; serbuk koko.

Mohd Shahrel bin Mohd Yusoff; Sales & Marketing Executive

BENGKEL MEMBUAT COKLAT BERSAMA HARRISTON

Teruja gila Sally bila dapat buat coklat..hahaha..tak salah la bila orang cakap, manusia ni boleh jadi gembira kalau dapat makan coklat. SETUJU!

Tujuan utama bengkel ni dijalankan, supaya rakyat Malaysia khususnya, lebih peka dengan produk buatan Malaysia dan lebih menghargai barangan tempatan. Kualiti coklat kita setanding coklat luar negara tau!


This is my favorite! Kalau disuruh pilih antara 3 jenis coklat; coklat susu, coklat putih dan coklat pahit, Sally punya favorite tetap coklat pahit (dark chocolate). Pada Sally, coklat susu dan coklat putih tu sangat manis, tapi coklat pahit mmg just nice dengan selera Sally dan yang paling best, coklat keluaran Harriston ni, komposisi coklat pahit dia 80% okay! Pahit tapi sedap!


Sebelum bengkel mula, kami disajikan dengan beberapa jenis coklat..termasuklah 3 jenis coklat; coklat susu, coklat putih dan coklat pahit keluaran mereka. Ikut hati nak makan banyak-banyak tapi nnt sugar rush pulak..LOL

Bengkel ni dijaga oleh beberapa orang staf Harriston yang sangat helpful, sabar betul dorang melayan kerenah mengarut masing-masing..hehehe


Inilah antara hasil coklat yang sempat Sally buat...ada biskut coklat, lolipop coklat, dan macam-macam lagi..Memang ralit tak ingat apa masa buat, nasib baik ada ibu yang tolong ambilkan gambar..Kalau tak mmg sayu dan sendu la blog Sally nak cerita dengan korang!

Harga untuk kelas/bengkel membuat coklat:
Express DIY - RM8/pax (15 min)
Premium DIY - RM35/pax (60 min)
Offiste Premium DIY -RM70/pax (until event over)


SESI LAWATAN SEKITAR HARRISTON SIGNATURE OUTLET



Sesi lawatan ni yang paling Sally tunggu-tunggu..hahaha..sebabnya kita boleh rasa pelbagai jenis coklat yang ada..Kalau korang nak tau, Harriston Signature Outlet ni terkenal dengan coklat yang pelbagai.

Antara perasa yang ada mestilah coklat inti Durian (guna DURIAN D24) okay..dan ada juga pelbagai jenis lagi macam coklat berperisa cili, coklat berperisa halia, coklat Tongkat Ali dan coklat berperisa kari!!



Seronok betul dapat makan coklat seharian walaupun kat luar tu hujan bukan main lebat. Sally memang happy gila dapat join bengkel ni dan dapat makan coklat yang pelbagai tu..Terima kasih kepada Encik Mohd Shahrel bin Mohd Yusoff; Sales & Marketing Executive Harriston dan Racheal Loh, pengasas Foodilifecious & drLife sebab anjurkan bengkel & lawatan ni..


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, korang boleh layari Facebook Official Page ataupun berhubung terus dengan Encik Mohd Shahrel di +60 17-697 8123

Kalau korang mencari idea hadiah untuk diberikan kepada yang tersayang, korang boleh dapatkan di Harriston Signature Outlet. Nak hamper, nak bakul hadiah..semuanya ada kat sini!

HARRISTON SIGNATURE OUTLET
10 & 12, Jalan 13/91, Taman Shamelin Perkasa,
Jalan Cheras, 56100, Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603 9281 5122 / +603 9282 5122
Website: www.harriston.org

Post a Comment

6 Comments

  1. seronoknya dpt belajar buat coklat.. dah la fara hantu coklet... huwaaaa :(

    ReplyDelete
  2. Satu pengalaman yg best kan dpt sertai bengkel ni kan sally.. Perempuan mana yg tak gila dgn coklat aummm hehehe..

    ReplyDelete
  3. Yes kita geng..k.el pun suka coklat pahit

    ReplyDelete
  4. Wah seronoknya Sally dpt menimba ilmu dan belajar buat coklat

    ReplyDelete
  5. Wah, coklat perisa macam2 tu yang rare sangat tu. Siap ada durian dengan tongkat Ali? Terbaik. Bestnya bengkel macam ni. Have fun sambil gain knowledge..

    ReplyDelete
  6. oh emi ingat nama dia harrison. rupanya harriston eh. emi nowadays kurgkan makan coklat.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!