Menu Hari Raya | Tahun ni Sally beraya di KL, jadinya bila ada kat KL, saudara mara sebelah arwah papa dan sebelah ibu yang ada kat KL akan datang beraya. Jadinya raya pertama tu mmg full house daripada pagi sampai malam, lauk pauk pun semua habis.
Mmg awalnya tak jangka nak masak banyak, tapi tak sangka la habis semua..biasanya raya kedua ketiga masih lagi makan rendang, nasi impit kuah kacang bagai..tapi kali ni raya pertama dah habis semua..raya kedua dah goreng bihun dah..hahaha..Jadinya lebihan nasi impit tu, sebab malas nak masak kuah kacang ke rendang baru, kita goreng je.
RESIPI KETUPAT GORENG
Biasanya Sally akan goreng ketupat sama macam goreng mee atau kuey yeow, jadinya bahan-bahan dia sama je lebih kurang.
1 biji nasi impit (besar) / 6 biji nasi impit (kecil)
150 gram ayam cincang, kiub atau udang
1 batang kek ikan, hiris
2 biji telur
2 1/2 camca besar cili kisar
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili tomato
2 camca besar kicap pekat
1 biji bawang besar / 2-3 biji bawang merah, hiris halus
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar serbuk perasa ayam
Taugeh dan daun kucai secukupnya
Cara dia pun mudah je...macam biasa panaskan minyak, tumis cili kisar bersama bawang putih dan bawang besar, lepas tu masukkan kek ikan serta ayam sampai naik minyak, masukkan sos tiram, sos tomato, kicap dan perasa ayam, masukkan nasi impit dan gaul je. Telur tu boleh pecahkan awal atau semasa tgh nak masukkan nasi impit, ikut selera.
Lepas tu taburkan taugeh dan daun kucai dan tutup api. Sally suka makan taugeh yang agak crunchy, jadi Sally biasanya tutup api baru masukkan taugeh supaya tak layu sangat..hehe..ikut selera masing-masing la.
Jangan lupa cuba kalau ada lebihan nasi impit dalam peti sejuk tu!
9 Comments
sdapnya..nnt nak cuba la..:)
ReplyDeleteWah。。dulu rajin makan ni
ReplyDeleteTapi lepas alergik ayam n telur da xmakan. Kena inovasikan ni guna ikan. Haha.. Rindunya nak makan ni
Sally buat guna cili kering ea..klau versi wawa guna cili api.. Hehehe.. Tp nmpk sdpla .nk try la resepi sally ni..
ReplyDeleteDah, jarang orang buat ni. Mesti nanti ramai nk try ni. Rasa lapar pula
ReplyDeleteYes! when i saw your posting i plan to try this recipe. Really looks sedap and also easy to prepare. Thanks for sharing ya.
ReplyDeletemcm sedap je tgk
ReplyDeleteawak kite tingin nak makan tupat goreng ni wakkkkk.. awak masakkan please untuk kite =P
ReplyDeletetahun ni xdan nak terjah rumah Sally la.. kalo x dah lama sampai =(
ReplyDeleteNampak cam sedap.. Nk try la.. Semalam ter rebus byk plak nasi impit. Pdhal makan utk 2 org je..
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!