Syurga makanan, itu Malaysia.
Tapi siapa yang boleh menolak makanan Thailand kan? Sally sendiri penggemar makanan Thailand, daripada Tom Yum sampai la kepada pelbagai jenis snek yang ada..itu belum masuk lagi Teh Susu Thai tuuu...aduh kalau fikir je pun dah kecur air liur ni.
Kepada korang peminat makanan Thai, boleh la ke Sabai-Sabai Thai Food Festival 2018 di Berjaya Times Square atau di 24 cawangan HeroMarket dari 3 - 5 Ogos 2018. 3 hari sahaja untuk peluang mendapatkan makanan yang dibawa terbang terus daripada Thailand!
Pesta ini dianjurkan bersama Kementerian Jabatan Perdagangan Promosi Antarabangsa Thailand (DITP), HeroMarket dan HPG Marketing (M) Bhd. Kalau korang nak tau, Sabai Sabai bermaksud rasa bahagia, santai atau selesa, dengan sempurnanya merangkumi budaya dan gaya hidup Thai.
Dengan tema ini, pesta ini akan menampilkan pelbagai produk makanan Thai dan makanan ringan yang akan dijual di HeroMarket seluruh negara. Selain itu, terdapat banyak tawaran-tawaran istimewa untuk produk Thailand terpilih.
Korang juga berpeluang untuk menyaksikan tarian tradisi daripada penari-penari yang dibawa terus daripada Thailand dan juga perlawanan Thai Boxing sepanjang pesta di Berjaya Times Square.
Majlis pembukaan telah diadakan di Berjaya Times Square dan dirasmikan oleh H.E. Narong Sasitorn, Duta Thailand ke Malaysia. Sepanjang 'Sabai-Sabai' Thai Food Festival 2018, untuk setiap pembelian produk Thai RM5 di HeroMarket dari 3 hingga 31 Ogos 2018, pengguna layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.
Pemenang hadiah pertama akan menerima dua tiket penerbangan pulang ke Phuket dengan penginapan untuk 4 Hari 3 Malam, manakala pemenang hadiah kedua berpeluang memenangi dua tiket penerbangan pulang ke Hua Hin, dengan penginapan untuk 3 Hari 2 Malam. Pemenang hadiah ketiga akan menerima hamper bernilai RM500, hadiah keempat hamper bernilai RM300 dan hadiah kelima hamper bernilai RM200.
Selain itu, dari 16 - 18 Ogos 2018 pengguna boleh melawat Desa Tebrau Johor Bahru dan menikmati lebih banyak persembahan kebudayaan Thailand bersama perayaan makanan Thai dan pesta antarabangsa. Pengguna-pengguna yang membelanjakan lebih daripada RM30 di HeroMarket Desa Tebrau akan mendapat perkhidmatan urut Thai istimewa selama 15 minit dari Thai Odyssey secara percuma.
Untuk maklumat lanjut mengenai 'Sabai-Sabai' Thai Food Festival 2018, boleh layari www.facebook.com/myheromarket atau www.facebook.com/thinkthailandmy.
1 Comments
Perghh, macam menarik, lama dah tak ke Times Square
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!