Kecantikkan tu dah memang sebati dengan wanita. Trend sekarang ramai yang ke salon untuk mendapatkan khidmat kecantikkan seperti manicure, pedicure, hair styling dan macam-macam lagi laa...Sally pernah ke salon untuk menggunting rambut, salon memang dah terbaik dah sebab ada kawasan untuk muslimah tapi sekali yang datang potong tu pondan...no offense la tapi Sally rasa agak terkilan la sebab terasa macam ditipu dan mereka mempermainkan agama....tapi sekarang dah tak risau sebab ada salon yang 100% untuk muslimah; Salon Hairkunst Hijabis.
Hairkunst Hijabis merupakan sebuah salon untuk wanita Muslimah yang terletak di dalam Melawati Mall, tempat yang sangat strategik untuk dikunjungi...yang paling Sally suka sebab di dalam salon ini memang 100% wanita sahaja dan lelaki dilarang sama sekali untuk berada dalam kawasan salon.
Hujung Oktober lepas, Sally sempat menghadiri Majlis Pelancaran Salon Hairkunst Hijabis. Salon ini diusahakan oleh Datin Yuskiahniza Md Yusof dan Bambang Sutrisno Soteto, seorang figura yang terkenal dalam dunia penggayaan rambut di Malaysia.
Kad keahlian Salon Hairkunst Hijabis
Majlis juga turut diserikan dengan persembahan daripada naib juara Gegar Vaganza 4, Liza Hanim...Walaupun sedang berbadan dua, suara dia tetap mantap dan tak rugilah Sally datang ke sini..hehehe
Antara artis ternama tanah air yang sempat hadir serta hos, penyanyi Ezlynn.
Salon ini sudah mula beroperasi sejak Mac lepas menyediakan empat jenis rawatan rambut iaitu rawatan kulit kepala dan detoks, rawatan ‘powermix’ dengan menggunakan teknologi semburan nano, rawatan keratin serta rawatan mandian krim Bali untuk rambut dan kulit kepala.
Selain rawatan rambut rosak, pelanggan juga boleh mendapatkan khidmat menggunting, mencuci, serta mengeringkan rambut daripada penggaya rambut profesional dan juga khidmat solekan.
Salon Hairkunst Hijabis
Unit L2-20 Level 2, Melawati Mall
Jalan Bandar Melawati
Kuala Lumpur
Facebook : HairkunstHijabis
8 Comments
wah baguslah ada salon macam ni
ReplyDeleteWahhj bestnya salon ni..utk kaum wanita sj..terbaiklah..deko dis pun tampak eksklusif
ReplyDeleteBestnya salon dia, sesuai sangat untuk muslimah nak potong rambut. Kan
ReplyDeletecantiklah dekorasi salon ni.. macam selesa je :)
ReplyDeleteJom pergi manjakan diri, dekat dengan rumah dah ni
ReplyDeleteCantik la salon dia. Yang penting 100% untuk muslimah so rasa yakin dan selamat. Nanti nak try tengok info psal tempt ni. Kot2 boleh bawak mak nanti hehehe
ReplyDeletealhamdulillah sekarang kat pekan pun dah ada salon muslimah. usahawan muda belia berani ambil tindakan buka salon muslimah. setuju ngan cik sally, jangan permainkan agama :)
ReplyDeleteWow! that is great! now they have muslimah salon also. Well done.
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!