Di mana nak jimat beli barang dapur?




SEGI FRESH | Di rumah mmg Sally yang uruskan semua perbelanjaan, jadinya kalau nak cakap pasal jimat tu mmg perkara pertama la yang Sally kena ambil kira. Ye la, punca pendapatannya satu je, jadinya terpaksa la Sally berfikir macam nak nak jimat. Kalau Sally lebih suka beli dalam kuantiti yang banyak tapi dengan harga yang murah...



Sally tak pasti sama ada korang pernah dengar ke tak pasal SEGI Fresh, Sally mmg suka beli barang dekat SEGI, salah satu sebab dekat dengan rumah, tak sampai 700m pun dah sampai dah...jalan kaki je selalu, tapi sebab yang paling utama ialah semua bahan-bahan kat sini segar dan harga berpatutan.

Dengan menggunakan tagline 'Pilih Fresh, Pilih SEGI', SEGI ni macam pasar basah cuma lebih selesa, walaupun takde la fancy macam korang ke shopping mall atau pasaraya, tapi kat sini masih lagi selesa nak membeli barangan dapur.

Segi Group telah beroperasi lebih dari 20 tahun dan fokus mereka ialah sentiasa memastikan pelanggannya berpuashati dengan kualiti dan kesegaran barangan mereka walaupun harga yang dijual lebih murah berbanding di tempat lain. Sini mmg berbaloi la kalau korang jenis keluarga yang besar, nak buat kenduri, open house, atau korang peniaga pasar malam, peniaga nasi lemak dan sebagainya sebab kat sini korang boleh dapat kuantiti yang banyak dengan harga yang murah.





Sebagai contoh, satu guni kentang ni baru berharga RM6.90, untuk 5kg tau...kalau kita beli dekat luar, contohnya macam dalam pasaraya lain, kadang tu RM2-3 baru sekilo, yang ini dah jimat banyak laa...tapi harga ikut harga tempatan juga, cuma yang Sally nak tekankan tentang penjimatan kalau korang beli di sini.



Selain daripada barangan basah, SEGI Fresh juga ada menjual produk kering juga. Disebabkan disini mereka menjual dengan harga borong, jadinya untuk kita ni walaupun beli dalam kuantiti yang sedikit masih lagi dapat menikmati harga yang sama.

SEGI Fresh juga ada produk mereka sendiri contohnya macam mee kuning dan kuetiau. Biasanya kalau kita beli sepaket yang setengah kilo tu mesti dalam harga RM 1 lebih, tapi Sally beli kat sini, jenama mereka BERKAT tu baru RM 0.49 sepeket. Untuk Sally, kuantiti dan kualiti harus selari. Sally suka memasak, suka makan...hahahaha...jadinya kena la sentiasa ada bahan-bahan yang segar dan lengkap.



Alhamdulillah, ni la sebahagian daripada barang yang sempat Sally, almaklum la dah nak puasa ni...kena siapkan bahan-bahan mentah ni...sebenarnya ada banyak lagi tapi ni sebahagian la daripada yang Sally beli di SEGI Fresh.

Kambing, ayam, ikan, daging, sotong, udang, telur, sayur-sayuran...fuhhh...mau cukup la untuk 2-3 minggu...paling-paling awal Ramadan tu takde la struggle nak kena pergi pasaraya nak membeli barang. Nak masak untuk sahur pun mudah. Macam tu je la Sally jimat beli barang dapur, beli dalam kuantiti yang banyak tapi harga borong. RM150 yang berbaloi!

SEGI Fresh ada lebih 32 cawangan tau, Sally pulak memang area Ampang dan Cheras jela menjadi pilihan...tapi korang boleh cuba tengok lokasi lain yang berhampiran dengan lokasi korang tau, boleh layari laman web mereka di segifresh.com

Facebook : www.facebook.com/Segifresh
Instagram : @segifreshmarket

Post a Comment

13 Comments

  1. suka laa ibu ye sopin barang dapur nak puasa sookkk

    ReplyDelete
  2. Baguslah dapat kitchen supply yang murah dan segar

    ReplyDelete
  3. Ermm. Rasanya dulu masa duduk gemas ada pergi kt gemencheh. Rasa mcm segi fresh. Dlm 1/2jam la kalau nk kE situ. Tapi rasa mcm dh tutup. Kalau kt mersing x jumpa segi fresh pulak..

    ReplyDelete
  4. Bestnya bila time mood masak datang, bahan lengkap cmni. Nak cari segi jugakla untuk stock up brg masak pasni. Beli skli banyak. Dkt fb pun tgk byk org share cara simpan bahan masak bagi tahan lama hehe

    ReplyDelete
  5. Wahh nampak fresh brang2 mentah kt segi ni..byk juga pilihan..ada x branch kt penang

    ReplyDelete
  6. Wahhh banyaknye pilihan lauk kat sini.. seronok shopping kat sini..

    ReplyDelete
  7. syoknya banyak pilihan. nampal fresh-fresh. kalaulah dekat, memang kak Rose dah terjah.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah dgr nama segi fresh ni. Mungkin popular kat kl je.. Sbb kt johor xde lagi rasanya.. Tgk mcm2 pilihan ade nye

    ReplyDelete
  9. Tak oernh lagi pergi ke segi fresh ni.. Tengok ni terus rasa nnak ajak suami pergi.. Macam mirah je.. Bayk plihan..

    ReplyDelete
  10. kalau ada kat area umah tb nak jugak pi. best tengok barang masak yang fresh2 ni kan..lebih2 lagi orang yang suka masak

    ReplyDelete
  11. SEGI yang paling dekat dengan rumah kita SEGI TPG. Tapi tak pernah pergi pun sebab jarang ikut parents pergi grocery shopping.

    ReplyDelete
  12. Ramai pulak orang duk up pasal Segi Fresh nie.. Nasib ler takde dekat2 sini huhu

    ReplyDelete
  13. Wah best la kalau nak borong barang basah kat sana, semua ada and murah juga.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!