Pernah tak korang terfikir kalau la boleh bawa balik mesin kopi yang ada dekat kafe tu supaya senang nak buat kopi sentiasa di rumah? Sally selalu fikir macam tu, kan best kalau ada mesin kopi dekat rumah dan boleh minum kopi bila-bila masa tanpa perlu ke kafe!
Dan, permintaan Sally dimakbulkan bila Philips melancarkan rangkaian mesin kopi terbaru mereka yang menawarkan pengalaman ala kafe yang segar dan mudah di rumah iaitu siri mesin espresso automatik penuh (FAEM) bagi membolehkan kita menikmati kopi gaya kafe yang segar dan mudah dibancuh dalam keselesaan rumah sendiri dengan hanya satu sentuhan butang. Rangkaian ini termasuk model Saeco PicoBaristo, Philips 5000 Series LatteGo, Philips 2200 Series, Philips 3100 Series dan yang terbaru; Philips 3200 Series LatteGo.
Ianya direka buat pencinta kopi, mesin espresso automatik penuh ini memperkenalkan mesin khusus gred profesional untuk kediaman. Hasilnya adalah pengalaman kopi yang berkualiti tinggi hanya dengan proses yang mudah, lalu menawarkan pengalaman biji-kopi-ke-cawan dengan cepat, senang dan segar kepada para pengguna. Pilih sama ada ingin menikmati Espresso, Black Coffee, Americano, Cappucino, atau Latte Machiato.
Ada banyak faktor yang memberi kesan kepada kualiti secawan kopi – daripada kualiti panggang, saiz kisaran dan suhu kepada cara ia dibancuh. Semakin banyak faktor ini diambil kira dan dikawal, semakin lazat rasa kopi. Ciri pintar ini ada dalam rangkaian mesin Philips, yang memberikan kita kebebasan untuk bereksperimen bagi mendapatkan kopi yang sesuai dengan selera kita.
Bagaimana ianya berfungsi?
Biji kopi yang segar
Di dalam mesin kopi ini mempunyai pengisar seramik, yang mana kita tau seramik tahan lebih lama dan lebih mudah dijaga berbanding besi. Biji kopi segar dikisar lembut tanpa risiko terlebih panas, mengekstrak perisa dan aroma yang terbaik bagi memberikan rasa kopi premium. Aroma Seal pula terletak pada bekas biji kopi, memastikan aroma asli biji kopi kekal buat jangkamasa lebih panjang, dan pada masa sama mengurangkan bunyi pengisar.
Disesuaikan dengan rasa
Ciri dandang Thermoblock berprestasi tinggi memanaskan air sehingga suhu optimum untuk setiap cawan. Sistem Aroma Extract pula mencapai keseimbangan optimum antara suhu membancuh dan pengekstrakan aroma dengan mengekalkan suhu air antara 90 dan 98°C, dan pada masa sama, mengawal selia kadar aliran air.
Sistem susu LatteGo yang terkini menentukur suhu optimum untuk memanaskan stim dan menghasilkan buih susu (susu dan udara diadun pada kelajuan tinggi dalam bekas buih untuk menghasilkan buih untuk kopi yang berasaskan susu)
Setiap mesin hadir dengan tetapan fleksibel, kita boleh pilih tahap kopi, susu dan gaya minuman mengikut selera, dengan fungsi ingatan terbina-dalam untuk merekod penetapan itu supaya pengguna boleh menggunakannya lagi dengan mudah. Terdapat juga Opsyen Serbuk untuk membancuh kopi tanpa kafein yang lazat pada bila-bila masa.
Penggunaan dan pembersihan mudah untuk kenikmatan setiap hari
Mesin ini turut memaparkan sistem penapisan air AquaClean yang dipaten dan pertama dalam industri yang memastikan penyahkerakan sehingga 5,000 cawan dengan penggantian penapis yang kerap. Ianya direka untuk memperbaiki kualiti kopi dengan penapisan air, ia turut mengekang jadinya kerak dalam saluran air mesin.
Sementara itu, sistem susu LatteGo terkini, yang direka dalam dua bahagian tanpa tiub, boleh dileraikan dengan mudahnya dan dibilas bersih di bawah air paip mengalir dalam hanya 15 saat, lalu menjadikannya sistem susu dengan pembersihan terpantas.
Untuk lebih memudahkan, sistem susu, dulang lelehan dan bekas sisa bancuhan kopi LatteGo juga selamat dicuci dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk. Ciri lain yang membantu pembersihan mudah termasuk bahagian pembancuh kopi (brew group) yang boleh diceraikan sepenuhnya untuk pembilasan yang mudah di bawah paip air.
Philips 3200 Series LatteGo (EP3246/70) dijual pada harga (RRP RM4,599), dan boleh didapati di rangkaian runcit terpilih. Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Philips di Malaysia, sila layari laman www.philips.com.my.
1 Comments
Syok kan ada mesin kopi ala gaya kafe nie satu kat rumah
ReplyDeleteHeheh... heheee
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!