Sesi manjakan kaki dekat Toscana Beauty and MediSpa!



Pedicure, Manicure at Toscana Beauty and MediSpa | Sejak balik umrah, kaki Sally mmg agak teruk la...berkerah, melepuh dan kering sangat. Selalunya dekat rumah, Sally akan pakai foot mask je tapi macam tak berkesan sangat. Kebetulan Sally temankan blogger Zulhilmi buat facial dekat sini, sementara tunggu dia Sally cuba buat pedicure dekat sini jugak...Sambil menyelam kita minum air la kan...hahahaha

Toscana Beauty and MediSpa baru dibuka kurang daripada sebulan, kalau korang nak dapatkan rawatan estetik boleh ke branch mereka dekat Publika, yang ini dekat Petaling Jaya, memfokuskan lebih kepada kecantikkan dan penjagaan diri. Selalunya Sally memang akan buat pedicure atleast setahun sekali la sebab dekat rumah pun selalu je skrub kaki.



Kenapa kena pentingkan penjagaan kaki?

Selalunya kita agak leka kalau berkait dengan kaki, mungkin sebab anggota badan ini kurang diteliti oleh orang tak macam muka, rambut dan sebagainya. Sebenarnya daripada kaki la kita boleh tau tahap kebersihan seseorang tau dan tau tak korang yang masalah kaki akan mempengaruhi gaya berjalan dan imej diri seseorang?

Sally suka buat treatment dekat sini sebab therapist dia sangat berpengalaman dan buat setiap satu prosedur tu dengan sangat teliti. Sally tukar pakai skirt tu sebab tak nak rasa tak selesa, lagipun Sally pakai seluar jeans jadi lebih baik tukar supaya masa proses nak buat rawatan kaki dan kuku kaki tu tak terganggu.



Mula-mula kaki Sally dibersihkan dulu dan direndam untuk membantu melembutkan serta menghaluskan kulit sebelum kaki Sally nak digosok dan disental secara lembut dengan alat penggosok khas bagi menanggalkan kulit mati dan kotoran degil.

Kuku Sally agak gelap dan kusam sebab Sally memang jenis yang suka pakai kasut bertutup, sebab tu kaki macam terperap. So, kalau korang memang jenis pakai kasut, pastikan beri ruang kaki untuk bernafas sebab kaki juga perlukan lembapan untuk mengelakkannya kering dan kusam.



Penting bagi kita ambil berat, sebelum memulakan apa jua rawatan kaki, terlebih dulu pastikan kaki kita tidak berkulat. Kalau berkulat kang, ada kemungkinan bila buat rawatan boleh merebak ke bahagian lain kaki kita.

Honestly la kan, kenapa Sally buat pedicure sebab bila berbadan besar ni memang payah nak capai kaki...Serius tau, bila buat rawatan pedicure ni, rasa yakin setiap pelusuk kaki kita akan dibersihkan. Kalau korang jenis yang jaga kaki, pedicure ni buat 3 bulan sekali pun dah okay dah.



Last step sebelum habis rawatan, Sally dapat letak mask dan lepas tu dapat urutan lembut lagi...rasa kurang beban dekat labu betis tu lepas kena urut. Selain daripada rawatan pedicure dan manicure, di Toscana Beauty and MediSpa korang juga boleh dapatkan rawatan kecantikkan lain seperti facial treatment (acne, lifting, brightening), waxing face, mekap, hairstyling, rebonding and hair treatment, body slimming, detox, threading dan saree draping pun ada.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi Toscana Beauty and MediSpa.



TOSCANA BEAUTY & MEDISPA
No 384 (1st Floor), Jalan 5/59
46000 Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor
Call: +6019 - 449 0015
Isnin - Sabtu (10:00 pagi - 7:00 malam)
Facebook: Toscana Beauty and Medispa

Post a Comment

4 Comments

  1. Syoknya.. Mmg lama jgk dah nak buat tapi tak terbuat2 lagi

    ReplyDelete
  2. Bestkan buat pedicure and foot spa for some relaxation and pampering

    ReplyDelete
  3. best sangat buat pedicure. dapat jugak rileks kan tubuh ^_^

    ReplyDelete
  4. Mmg bersih nampak kaki.. Tak pernah buat pedicure atau manicure

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!