Haih, tiba-tiba tekak teringin nak makan makanan Western...boleh je nak masak sendiri tapi kadang tu malas sebab nanti renyah...nak marinate laa...nak grill laa....fuhhh....daripada fikir banyak-banyak, buat pening kepala...Sally buka browser, Google je "western food near me", berjela keluar restoran makanan Western yang ada di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya ni.
Daripada review yang Sally baca, ada 5 seleksi makanan barat yang terbaik dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia, tiba-tiba teringin nak cuba. Ini kalau dapat memang ke sorgaaaa la perut Sally, makan makan makan...itu jela kerjanyaa...hahahaha
1. Pizza
Jangan terkejut tau, sebenarnya ada ramai peminat pizza di Malaysia ini, Sally dengan keluarga pun dalam sebulan mesti ada sekali dua akan makan pizza, tapi korang tau tak dekat Malaysia ni ada pelbagai menu pizza, maksud Sally pemilihan topping dia. Teringin pula nak tau pizza kalau di restoran berbeza tak dengan rangkaian restoran makanan segera.
2. Steak
Mengaku jela korang pun sama macam Sally. Sally kadang-kadang teringin betul nak makan steak di hotel ke restoran, kalau buat sendiri feel dia lain, kena pulak kalau masak ikut tekak Melayu ni...elok-elok makanan barat terus jadi lain...Sally sebenarnya nak tau sangat macam mana guna herba-herba tu...fuhh~
Selain daripada herba, Sally pun nak rasa juga kelainan yang ada pada bahagian-bahagian daging dan peratusan masak daging yang paling sesuai. Hah, jangan tak tau, disebabkan semua ini la kenapa steak menjadi pilihan dalam seleksi makanan barat di area KL dan PJ ni tau.
3. Burger
Selalu orang kata burger tepi jalan tu paling sedap, tapi korang tak pernah ke teringin nak makan burger yang patty dia dibuat sendiri, kadang tu ada siap timbang berat patty tu. Sally pernah makan burger yang berharga RM30 seketul, tapi perasaan dia lain betul. Patty tu sangat memainkan peranan yang penting dalam rasa dan kepuasan, tak menyesal la walaupun harga tu tercekik juga masa nak bayar, sekali sekala takpe kan?
4. Pasta
Bohonglah kalau kata tak suka pasta, Sally memang peminat pasta. Lagi-lagi kalau dapat spaghetti. Korang tau tak sebenarnya ada banyak jenis pasta dalam dunia ni dan ada pelbagai resipi yang boleh kita cuba, nak bakar boleh nak rebus, goreng semua pun boleh. Antara pasta yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia termasuklah penne, macaroni, fettucine, linguine, lasagna dan farfalle.
Pasta terbaik yang kena dengan tekak Sally ialah pasta yang tidak terlalu lembut, di masak sesuai dengan jenis pasta tu sendiri, dan masih mengekalkan keaslian rasa Itali walaupun ada sentuhan Malaysia. Pasta sesuai untuk makan pada bila-bila masa, tak kisah untuk makan tengahri atau makan malam.
5. Dessert (Cake, Pastry, Pudding, Cookies etc.)
Sally berani cakap la, dekat Malaysia ini siapa je tak suka makan makanan manis, waima orang yang tengah diet sekali pun benda yang paling dia craving atau termakan (cheat day) mesti dessert. Hahahaha...ada pelbagai jenis dessert yang paling digemari rakyat Malaysia ni antaranya kek, puding, pastri dan coklat!
Kalau selepas menikmati hidangan utama tak disudahi dengan pencuci mulut memang tak lengkap je rasa. Kadang-kadang tu kalau melepak sahaja pun tetap akan ada dessert menemani. So, tepuk dada tanya la selera masing-masing.
Fuhhhh...lepas tengok semua jenis makanan ni, teringin nak makan, tapi malasnya nak kemana-mana restoran, takde mood nak keluar semata-mata nak pergi makan, kan best kalau makanan boleh datang dekat kita?
Hah! Teringat pula dekat kawasan Sally ni FoodPanda Malaysia Delivery ada. Tak payah nak penat keluar rumah, naik Grab ke nak drive, kena fikir nak parking mana lagi. Lepas ni nak order je dekat FoodPanda dan tunggu abang Panda Pink datang hantar makanan kegemaran Sally. Lepas ni tak payah nak fikir nak masak makanan barat lagi..ihikksss...delivery kan ada!
1 Comments
aku lapar eh baca blog ko nihhh hadeii
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!