Tapi itulah antara komen komen/review yang di kongsikan apabila melawat restoran ATSKY di Kota Damansara. Jadinya kita kena dapatkan kepastian **mode Detective Conan on!
Masa sampai tu, Sally pergi waktu malam, terpegun juga dengan rekaan suasana yang pelbagai gabungan; ada ruangan berhawa dingin, ruang terbuka & juga ruang majlis keraian...Jadinya, ATSKY mmg sangat sesuai di kunjungi pelbagai lapisan masyarakat. Nak santai-santai ke sambut ulangtahun atau hari jadi ke atau kenduri kahwin pun boleh! Sally prefer dekat open space!
Kredit: www.afzalsukasuki.com
Apa yang lebih menarik, walaupun dengan rekaan tempat yang eksklusif bertaraf 5 bintang serta khidmat daripada chef-chef berpengalaman yang juga dari hotel terkemuka, ATSKY masih menawarkan pelbagai jenis menu daripada makanan barat ke makanan tempatan pada harga yang sangat berpatutan macam harga 'kedai mamak', jadi kita tak perlu bimbang untuk makan disini. Kira affordable untuk semua lapisan masyakarat, tapi masih lagi dapat merasa hidangan berkualiti dan suasana eksklusif. Bukan itu sahaja, sambil menjamu selera, kita juga akan dihiburkan dengan nyanyian kumpulan buskers Cakial & Friends setiap hari pada waktu malam. Nak karaoke pun boleh, percuma je!
Antara menu signature ATSKY adalah 'YOUYU Beef Steak'. Apa yang istimewanya, YOUYU merupakan daging yang dikatakan hampir sama kualitinya dengan Wagyu; iaitu antara daging paling mahal di dunia.
Sesuai la dengan konsep harga mampu milik, rata-rata komen mereka yang pernah merasai YOUYU Beef Steak di ATSKY mengakui rasa daging ini setanding dengan daging Wagyu, namun dengan harga lima kali ganda lebih murah. Boleh pilih 3 jenis berat untuk YOUYU Beef Steak; 150g (RM49), 200g (RM65) dan 250g (RM79).
Tak nak makan YOUYU Beef Steak?
Tak ada masalah, sebabnya Sally pun order menu yang lain masa makan dekat sini...Hahahaha, gigih dan teruja nak cuba, wajib la order. Sorry YOUYU, next time kita order awak ya!
Sally order Tenderloin Slice Steak, Lamb Chop, Chicken Finger dan juga Spicy Chicken Wing. Overall, kalau nak cakap pasal rasa, portion memang sangat berpuas hati. Tak kedekut dan kualiti masih lagi terjaga walaupun masa Sally pergi tu agak full. Harga bagi Sally mmg berbaloi, sebab basically makanan western kalau dekat restoran fine-dining kan harga mahal, tapi ini ok sangat, tak terlalu mahal.
Masa ini Sally pergi dengan kawan-kawan blogger, boleh la cuba banyak menu...sorang satu order lepas tu boleh share, hahahahaha...sharing is caring kan!
So, kalau korang nak rasa pengalaman makanan eksklusif "Di Langit", boleh la berkunjung ke sini. ATSKY di buka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 12 malam semasa tempoh PKPP dan operasi akan di lanjutkan hingga jam 2 pagi selepas kebenaran di berikan (mari kita berdoa PKPP tak dilanjutkan).
5 Comments
Memang puas hati dining sini. Dating pun best ni!
ReplyDeleteMenarikkan Youyu beef steak tu..setaraf dengan waghyu tapi harga lagi murah :)
ReplyDeleteTeringin la nk try youyu tu. nnt nk gi lagi la
ReplyDeletemenarik...
ReplyDeleteHmmmm
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!