Promo Ramadan Feast di Just Seafood Sempena Ramadan 2021.

Berbuka puasa dengan bufet Ramadan? Boleh sahaja tapi apa kata kalau sekali sekala kita berbuka dengan makanan laut yang segar? Siapa yang tak kenal dengan Just Seafood yang telah dibuka sejak 7 tahun yang lepas, dan telah menjadi salah satu restoran makanan laut yang menyajikan makanan dengan gaya yang unik yang memenuhi semua kaum dan budaya di Malaysia. Peminat makanan laut yang segar semestinya menjadi pelanggan tetap mereka.


Kalau korang tercari-cari lokasi untuk berbuka puasa dengan rakan-rakan ataupun keluarga, Sally sarankan korang mencuba PROMO RAMADAN FEAST di Just Seafood, bukan hanya kerana harganya yang berbaloi tetapi kesegaran semua makanan laut yang mereka sediakan. Sepanjang Ramadan juga ada promosi BABY LOBSTER tau untuk memberikan kelainan kepada menu iftar korang semua.



SET untuk 2 Orang - RM129
  • (Ketam 350g, Udang, Lala, Kupang, Jagung/Kentang/Lobak Merah)
  • Pilihan Sos - (Original Cajun / Golden Salted Egg / Signature Curry / Butter Cream Milk)
  • Pilihan tahap kepedasan - (Medium/Hot/Super Hot) 
  • 2 PILIHAN MINUMAN
    * Ice Lemon Tea / LemonGrass Cooler
  • 2 PINGGAN NASI KUKUS
  • PERCUMA:
    * Buah Kurma
    * 4pcs Baby Lobster!
    * 2pcs Portuguese Egg Tart Amaris (Pencuci mulut)



Sebenarnya acara makan secara lambak (shellout) ini datang daripada Louisiana, disana kalau nak makan makanan laut, mereka akan lambakkan atas meja dan makan menggunakan tangan. Jadinya semua ahli keluarga dan rakan-rakan akan makan bersama-sama dan sepanjang Ramadan, korang boleh merasai pengalaman yang sama dan rasai kemanisan BABY LOBSTER yang diimport dari Amerika Syarikat.

Di Just Seafood, korang boleh merasai sos ISTIMEWA mereka, ORIGINAL CAJUN, yang merupakan sos pilihan nombor satu pelanggan. Ianya adalah campuran rempah yang berasal dari Louisiana di Amerika, dan telah diolah serba-sedikit sosnya untuk menjadikannya CAJUN ASLI SEAFOOD ASLI agar ia benar-benar enak dan menepati citarasa tempatan.

Jika hendakkan kelainan, boleh mencuba 3 jenis sos yang lain, antaranya:

BUTTER CREAM MILK, yang hanya menggunakan mentega asli.

GOLDEN EGG EGG, di masak menggunakan kuning telur masin, sesuai untuk semua peringkat umur dan tidak muak.

SIGNATURE CURRY, campuran ramuan pelbagai rempah kari yang berbeza agar ianya menjadi satu tarikan istimewa bagi semua.

Seafood Combo in Signature Curry Sauce



NELAYAN PLATTER, antara menu yang memang Sally sarankan korang cuba. Ianya berkonsepkan makanan laut yang dikukus. Nelayan Platter merupakan gabungan beberapa jenis makanan laut segar seperti udang, ketam, sotong, baby octopus dan lain-lain, disusun penuh teliti dan ditaburi hirisan serai, cili, bawang dengan haruman bumbu istimewa yang berasal daripada Bali, Indonesia.

Ini adalah sos tradisional yang digunakan oleh nelayan di sana untuk memasak makanan laut mereka setelah mereka menangkapnya dari laut. Gaya memasak makanan laut budaya khas ini pelajari sendiri ketika pemilik Just Seafood berkunjung ke sana.

Read more: Just Seafood - The Best Seafood Restaurant in Sunway Giza!

BABY LOBSTER CAJUN
Baby Lobster / Crayfish / Crawfish / Lobsters Air Tawar (Dari Amerika Syarikat)
RM80 untuk ½kg (12pcs) | RM150 untuk 1kg (24pcs)
(Disarankan dimasak dalam sos Cajun Asli dengan gabungan Lobak, Kentang & Jagung)



KETAM NIPAH (Dari Indonesia)
350g L saiz RM40
450 XL saiz RM55
550 saiz 2XL RM75
650g-790g 3XL saiz RM100
800g-1kg saiz 4XL RM140



KETAM BUNGA
(Dari Sabah, ditangkap pada waktu pagi dan diterbangkan ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Tidak dibekukan)
½kg RM40 | 1kg RM75

TIRAM HIDUP (Dari Washington State USA. Saiz besar)
1 pc RM18, beli 4 pc dapatkan 1pc lagi secara PERCUMA.



Kerang (Indonesia & Thailand)
Kerang (Dari Jepun)
Kerang (Dari Chile)
Udang & Sotong (Dari Sabah)
Baby Gurita (Jepun)

 

JUST SEAFOOD (Sebaris dengan Brew House) 
No.2 Jalan PJU5/14 PJU5, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Dibuka SETIAP HARI daripada jam 12.00pm sehingga 10.00pm
FACEBOOK: https://www.facebook.com/JustSeafoodMY
INSTAGRAM: www.instagram.com/justseafood_kd
WHATSAPP: wasap.my/+60172295005/justseafood

Post a Comment

3 Comments

  1. Jom la repeat.. Tengah promo murah tu.. Berbaloi. Dahla sedap

    ReplyDelete
  2. Adoiiii sedap2 nyaaaaaa...tak sabar pulak nk tunggu ramadhan..

    ReplyDelete
  3. Wow semua seafood nampak so fresh and the place pun selesa

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!