Semarak Rasa Ramadan @ WTCKL

Sempena bulan Ramadan, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) kembali dengan bufet Ramadan mengikut SOP yang ketat dengan tema SEMARAK RASA RAMADAN @ WTCKL. Kesibukan tidak menghalang kita daripada menikmati sajian citarasa kampung yang mampu menggamit nostalgia berbuka puasa bersama keluarga tercinta di kampung halaman.



Sebanyak 200 jenis juadah akan disajikan kepada para pengunjung sepanjang bufet berlangsung di aras 2, Ruang Legar Putra bermula 15 April 2021 ini. Istimewanya Ramadan kali ini, WTCKL akan berkolaborasi bersama chef terkenal; Chef Anis Nabilah yang akan tampil berkongsi resipi air tangannya. Antara resipi yang bakal dikongsikan ialah Murtabak Lasagna, Laksa Goreng dan Rendang Rusuk Lembu sebagai tarikan utama bufet Semarak Rasa Ramadan tahun ini.



Pasukan chef WTCKL yang diketuai Eksekutif Chef, Suzaini Mohamed Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung yang akan ditukar setiap minggu untuk memberikan variasi pilihan kepada para pelanggan.



Antara menu yang bakal memikat selera pengunjung pada tahun ini ialah Ikan Kerisi Goreng Sambal Hijau, Kambing Rendang Minang, Daging Gulai Kawah, Ikan Patin Tempoyak Daun Kesom, Sotong Masak Kari dengan Nenas dan Ayam Masak Kicap Pedas dengan So Hoon. Selain itu, Bubur Lambuk, Masakan Asam Pedas dan Kambing Goreng Berempah turut dihidangkan.



Antara hidangan lain yang turut bakal dihidangkan adalah pelbagai jenis ulaman, pelbagai jenis keropok, jeruk - jeruk, 3 jenis ikan masin, 7 jenis sambal dan dressing serta 10 jenis kerabu. Kaunter bufet juga turut menyediakan hidangan manisan dan pencuci mulut seperti aneka kuih-muih Melayu, 3 jenis kurma, bubur manis, aneka jeli, ‘mousse & pudding’ dan pelbagai lagi.



Di samping itu, terdapat juga warung minuman sejuk dan panas yang menyediakan Air Tebu, Air Mata Kucing, Air Cincau, Air Barli, Kopi Tarik dan Teh Tarik.



Menjadi tarıkan setiap kali bufet berlangsung adalah “Carving Station” yang menyediakan kambing panggang setiap hari. Daging kambing yang dipanggang lembut dan berjus ini dihidangkan bersama sos lada hitam dan sos cendawan semestinya mampu menambat selera ramai untuk menikmatinya.



Selain itu, para pengunjung boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak di Aras 3 WTCKL. Segala kelengkapan solat seperti telekung bagı kaum muslimah dan sejadah disediakan khas buat para pengunjung.

Pihak pengurusan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) juga menyediakan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga bermula dari RM120.00 seorang untuk tempahan minima 100 orang ke atas. Pakej ini menyediakan hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang solat khas serta kadar parkir tetap bernilai RM5.00 bermula dari jam 6.00 petang.





Pihak WTCKL juga turut menyediakan tawaran baucar pembelian awal ‘Early Bird’, di mana pengunjung yang membeli baucar Ramadan sebelum 15 April 2021 hanya perlu membayar sebanyak RM70.00 setiap satu dan baucar ini boleh digunakan sehingga akhir bufet Ramadan, iaitu sehingga 10 Mei 2021.

Selepas 15 April 2021, bufet Ramadan boleh didapati dengan harga serendah RM80.00 seorang untuk dewasa dan RM45.00 seorang untuk kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun dan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Para pengunjung juga boleh mendapatkan baucer serta pelbagai tawaran menarik atas talian melalui aplikasi Fave, PrestoMall, Shopee, Lazada dan kedai atas talian Riverside Cafe and Restaurant.

Untuk sebarang tempahan atau pembelian baucar bufet Semarak Rasa Ramadan @ WTCKL, para pengunjung boleh datang terus ke kaunter tempahan di Aras 2, Restoran Riverside yang akan dibuka darı jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh terus hubungi Restoran Riverside di talian 03-2614 6701/ 6702 atau hantar mesej di +6019-267 8960.

Instagram: @worldtradecentrekualalumpur
Facebook: www.facebook.com/WorldTradeCentreKualaLumpur

Post a Comment

0 Comments