Pernah dengar LengQuas? Ini bukan lengkuas yang mak-mak kita buat masak tomyam ke rendang tu tau. LengQuas merupakan satu jenama makanan sejuk beku yang mengiktiraf masakan Melayu, dalam bentuk sejuk beku. Semua produk LengQuas diyakini halal dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Bermula 1 April - 30 Jun 2021, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) akan melancarkan peraduan Makan & Menang bagi produk makanan sejuk beku jenama LengQuas. Peraduan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia.
Baca: Malas Masak? Wajib Ada 7 Menu Baharu LengQuas! Jimat Masa, Mudah dan Sedap!
Satu majlis pelancaran telah diadakan dan telah dihadiri oleh Anggota Lembaga KOPETRO, barisan pengurusan, jemputan media dan juga jemputan yang terdiri daripada rakan korporat KOPETRO.
Menurut Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KOPETRO, En. Ahmad Hazil bin Abd Lateff, peraduan ini adalah salah satu langkah KOPETRO untuk memperkasakan lagi jenama LengQuas dalam industri makanan tempatan.
Penyertaan untuk peraduan ini sangat mudah, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana produk jenama LengQuas minimum RM20, imbas kod QR yang disediakan, jawab soalan mudah dan sertakan resit pembelian sebagai bukti penyertaan.

Selain dari penyertaan umum, KOPETRO juga menganjurkan peraduan buat pengedar-pengedar dan ejen-ejen sah LengQuas bagi menggalakkan persaingan mendapat jualan.
Bagi penyertaan umum, pemenang akan diumumkan selepas cabutan bertuah bulanan dijalankan, manakala bagi penyertaan ejen dan juga pengedar, pemenang akan diumumkan berdasarkan hasil jualan tertinggi setiap bulan.
Untuk membuat pembelian produk LengQuas, pelanggan boleh berhubung terus ke talian hotline KOPETRO Food Sdn. Bhd di 60 17-319 5764, atau membuat pembelian melalui ejen-ejen sah LengQuas.
Butiran lanjut mengenai peraduan Kempen Makan & Menang, boleh didapati dengan melayari akaun media sosial LengQuas:
Facebook : www.facebook.com/lengquas.official
Instagram : www.instagram.com/lengquas.official/
PRODUK LENGQUAS
LengQuas, produk makanan sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn. Bhd, menawarkan hidangan segera lauk-pauk tradisional, semestinya seperti "air tangan ibu". LengQuas turut menyajikan dua menu makanan antarabangsa, Beef Stew dan Chicken Herb Glaze.
Kesemua produk LengQuas telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan, Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia.
Kini LengQuas mempunyai 153 orang ejen jualan yang telah dilantik di setiap negeri antaranya, Selangor, Melaka, Terengganu, Johor dan akan melantik lebih ramai lagi ejen di negeri-negeri lain bagi meluaskan pasaran produk LengQuas.
Produk keluaran LengQuas:
1) Beef Stew
2) Chiken Glaze
3) Daging Lemak Kuning
4) Kari Daging
5) Daging Asam Pedas
6) Daging Dendeng
7) Kuah Kacang
8) LengQuas Daging Masak Hitam
9) LengQuas Ayam Masak Hitam
10) LengQuas Rendang Ayam
11) LengQuas Ayam Percik
12) LengQuas Paru Goreng Berlada
13) LengQuas Sambal Ikan Bilis
14) LengQuas Ayam Masak Merah
15) Nasi Briyani Ayam Rendang
16) Nasi Putih Daging Masak Hitam
17) Nasi Minyak Ayam Percik
18) Nasi Hujan Panas Ayam Kurma
19) Nasi Briyani Ayam Masak Merah
20) Nasi Ayam Kukus
21) Nasi Lemak Ikan Bilis
Sally sendiri memang penggemar lauk-pauk daripada LengQuas ini terutamanya Dendeng Daging, Paru Goreng Berlada dan Beef Stew. Setiap satu pek ini sesuai untuk dimakan 2-3 orang, nak panaskan pun mudah sangat. Kalau Sally dekat rumah hanya guna ketuhar gelombang mikro (microwave) sahaja untuk panaskan.
Buat korang yang buntu nak Ramadan ini, Sally sangat la sarankan korang untuk membeli dan simpan stok supaya masa sahur ke atau balik kerja lambat, tak pening nak masak apa. Sambil membeli, boleh juga join peraduan kan? Mana tau ada rezeki nak menang sebahagian daripada hadiah keseluruhan yang bernilai RM100,000 itu!
1 Comments
Ni rasa macam nak beli jgk ni..nk try2 bljr masak..nanti zaza try usha cari agent dia..
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!