Nostalgia Desa di The Venue, Shah Alam

Masih mencari lokasi berbuka puasa di sekitar Shah Alam? Kalau jawapan korang ya, Sally sangat sarankan korang untuk mencuba bufet Ramadan di The Venue Shah Alam (The Venue) yang bertemakan NOSTALGIA DESA. Bufet akan berlangsung bermula 13 April - 9 Mei 2021.

The Venue adalah Event Space yang agak terkenal di Shah Alam yang menawarkan ruang untuk majlis perkahwinan, hari lahir, nikah, tunang, pelancaran produk, reunion, seminar, majlis graduasi, majlis makan malam dan sebagainya.



Dengan situasi kita yang masih belum boleh merentas negeri untuk pulang ke kampung, The Venue Shah Alam membawakan juadah-juadah terkenal dan yang dirindui daripada setiap pelusuk negeri di Malaysia.





Antara masakan yang bakal disajikan antaranya ialah Daging Salai Masak Lemak CIli Padi, Ayam Berlado, Sambal Udang Petai, Kerabu Taugeh Kerang, dan sebagainya. Selain menu utama, The Venue juga menyediakan 13 gerai yang terdiri daripada :
- Nasi Arab Morocco (Kambing & Ayam)
- Sup Mamu Penang
  (Sup Tulang, Isnin - Khamis, Sup Gear Box Kambing, Jumaat – Ahad)
- Kambing Golek Menangis
- Ikan Bakar Pantai Remis
- Steamed Dim Sum
- Aneka Mee Kak Mas
- Shell Out Seafood
- Cucuk Cucuk Steamboat
- Apam Balik Abang Zam
- Pencuci Mulut & Buah-buahan
- Aneka Jeruk – Jeruk
- Aneka Keropok
- Ulam-ulaman Kampung dan Pelbagai Sambal






Menu akan dirombak setiap minggu, supaya pelanggan tidak mudah bosan dan akan kembali berbuka di The Venue, Shah Alam. Selain itu, The Venue juga menawarkan khidmat Live Band yang akan menghiburkan para pengunjung sepanjang bufet berlangsung.

BERITA BAIK!! Kunjungi Bufet Ramadan The Venue untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM10,000.00 dan hadiah utama adalah penginapan PERCUMA 2D1N di Avani Gold Coast Sepang. Setiap pelanggan yang berkunjung boleh menyertai pertandingan ini.

Promosi Harga Tawaran Awal (Early Bird)
RM 65/orang (Dewasa)
RM 35/orang (Kanak-kanak 7 – 12 tahun)
RM 45/orang (Warga Emas 60 tahun ke atas)
RM 500/meja (Grup 8 orang dewasa)
Promosi ini sah sehingga 12 April 2021 sahaja.

Harga Normal:
RM 75/orang (Dewasa)
RM 40/orang (Kanak-kanak 7 – 12 tahun)
RM 50/orang (Warga emas 60 tahun ke atas)
RM 580/meja (Grup 8 orang dewasa).

Untuk pakej Bufet Ramadan terbuka, ianya akan diadakan di Grand Ballroom, yang boleh memuatkan sehingga 400 orang pada satu-satu masa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Grand Ballroom berhawa dingin sepenuhnya.

Kemudahan lain yang disediakan oleh The Venue adalah seperti surau untuk lelaki dan perempuan (berada di Tingkat 1), tandas, parking yang luas dan diuruskan oleh pihak RELA, tempat khas untuk merokok, dan terdapat juga lif untuk memudahkan urusan pelanggan, warga tua dan OKU jika perlu ke tingkat satu.



Jika ada yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup, dan tidak bercampur dengan pelanggan yang lain, boleh menempah dewan di tingkat satu. Pakej ini bermula daripada
RM95/orang (Min. 80 orang).

Dan untuk tempahan Bufet Hari Raya, pakej bermula serendah RM 75/pax untuk minimum 100 orang.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan pelanggan boleh terus lawati laman sesawang mereka di www.thevenue.com.my/buffet-ramadhan atau hubungi mereka di talian 018-3884845 / 018-386 4845 (WhatsApp).

Post a Comment

0 Comments