Selama 30 tahun Sally hidup, tak pernah rasa perlu nak jaga makan, sebab Allah tak pernah tarik nikmat kesihatan daripada Sally sampai la Sally diserang Psoriatic Arthritis. Sally sbnrnya sampai la skrg mcm belum boleh terima kenyataan yg Sally boleh terkena Psoriatic Arthritis secara tiba-tiba di usia 30 tahun. Sampai langsung tak boleh berjalan dan guna kerusi roda hampir 2 bulan.
Kalau nak terangkan dekat sini mmg panjangnya boleh buat drama bersiri 36 episod (boleh baca dekat ➡️ bit.ly/PsoriaticArthritisxGarciPro), mana tak nya daripada cerita kata gout la kejap alergi dan entah pape la sampai la kena admit ke hospital. Macam-macam drama.
Tapi benda dah jadi kan, daripada kita nak menyesal, lebih baik kita berubah. Bermula daripada rutin makanan Sally tukar, kerapkan diri bersenam (paksa diri), buat Intermittent Fasting sehingga la Sally cuba buat GM Diet. Alhamdulillah dalam setengah tahun 2021 ini Sally dah berjaya kurangkan 20kg (138kg - 118kg). Banyak lagi yang perlu Sally kurangkan.
Perihal GM Diet ini Sally jumpa di Facebook hasil perkongsian daripada Rita Kyelin, yang diambil daripada penulisan asal Mied Majid. Sally kongsikan semula kalau ada yang nak mencuba buat GM Diet juga.
Apa itu GM DIET?
GM = General Motors
GM Diet mula diperkenalkan dan diasaskan khusus untuk para pegawai di perusahaan General Motors, Amerika Syarikat. Yang mana diet ini merupakan program diet 7 hari yang diuji oleh John Hopkins Research Center. Fokus utama program diet ini ialah untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan pekerja pengurusan General Motors, sekali gus menaikkan daya saing produk di perusahaan General Motors.
GM Diet ini sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan secara cepat tanpa rasa lapar. Diet ini mampu menurunkan berat badan sekitar 5-8kg dalam tempoh seminggu. Diet GM juga bersifat detoksifikasi serta mampu memperbaiki pola makan seseorang. Diet ni dilakukan dengan menu yang telah ditetapkan. Selama diet ini berlangsung, WAJIB minum air kosong minimum 8-12 gelas setiap hari dan tidak boleh minum minuman manis dan bergula.
MENU SEPANJANG GM DIET (7 HARI)
HARI PERTAMA
• Semua jenis buah-buahan kecuali pisang (durian pun jangan)
Di hari pertama ini hanya dibolehkan makan buah-buahan. Semua buah kecuali pisang. Digalakkan makan lebih buah tembikai sebab tembikai ada kandungan air yang banyak. Boleh makan kerap hingga kenyang.
Sally beli buah-buahan potong dekat AEON Big je, lebihkan buah macam buah tembikai, tembikai susu, buah naga, epal, oren dan belimbing. Maaf takde gambar sebab kelaparan HAHAHA
HARI KEDUA
• Sayur-sayuran
Hari kedua hanya dibolehkan makan sayur-sayuran. Apa saja jenis sayur baik mentah ataupun dimasak. Boleh dimasak tumis, sup ataupun rebus. Boleh juga dibuat pecal cuma hadkan kekacang dan kuah.
Digalakkan sarapan dengan kentang rebus. Tiada had jumlah ataupun jenis sayuran. Boleh makan kerap hingga kenyang.
Hari kedua Sally termakan tauhu dan tempe, sepatutnya hanya sayur sahaja tapi takpe la nak bagi sedap makan pecal. Kuah tu Sally beli yang dah siap je, by the way...portion tu untuk satu family ya...bukan sekali hadap.

HARI KETIGA
• Sayur-sayuran kecuali kentang.
• Buah-buahan kecuali pisang.
Di hari ketiga boleh mencampur menu sayur-sayuran dan buah-buahan. Tiada had jumlah dan boleh makan sebanyak yang diinginkan.
HARI KEEMPAT
• Pisang
• Susu rendah lemak
Di hari keempat, perlu makan 6-8 biji pisang serta 3 - 4 gelas susu rendah lemak (1 liter susu rendah lemak). Tidak boleh makan makanan lain pada hari ini. Sekiranya alergi terhadap susu lembu (Lactose Intolerance), boleh gantikan susu rendah lemak dengan susu kacang soya. Bagi yang tidak suka atau tidak boleh makan pisang, boleh digantikan dengan jambu batu, buah kiwi ataupun tembikai.
Pada Sally, hari keempat ini hari yang paling strunggle, rasa nak gila makan pisang daripada celik mata sampai malam, tapi Sally variasikan cara makan pisang. Pagi Sally blend 2 biji pisang dengan segelas susu rendah lemak, tengahari dan petang makan lagi 2 biji pisang dengan 1 cawan susu, malam Sally grill 2 biji pisang dalam air-fryer dengan susu. Jadinya genap la 8 biji pisang dengan 1 liter susu rendah lemak.
HARI KELIMA
• Makanan dari sumber protein
• 6 biji tomato (untuk sehari)
Pada hari ini, kita boleh ambil 560g sumber protein seperti daging lembu, ikan ataupun ayam tanpa kulit. Dimakan bersama dengan 6 biji tomato. Daging burger atau meatball dibolehkan. Tingkatkan pengambilan air putih untuk memudahkan sistem pencernaan. Bagi yang vegetarian, daging boleh digantikan dengan tempe. Pada yang tidak suka tomato, boleh gantikan dengan belimbing.
Sally ambil protein ayam untuk meal yang pertama, kulit ayam tu ada sebab abang Sally nak...HAHAHA...Sally makan sebiji tomato besar dan campuran tomato ceri sbb masa ni belum beli groceries lagi.
Lepas tu petang Sally snacking tomato dengan kimchi, dan akhir sekali malam Sally makan salmon dengan tomato. Total berat protein sebelum dimasak (AYAM = 300g, SALMON = 275g), pecahan tomato pagi (1 biji), snek (2 biji), makan malam (3 biji - dalam gambar dua sbb dah ratah awal)
HARI KEENAM
• Makanan dari sumber protein
• Sayur-sayuran
Di hari keenam ini, boleh makan kombinasi daging, ayam tanpa kulit atau ikan bersama sayur-sayuran. Tiada had jumlah. Boleh makan hingga kenyang.
Sally makan 2 kali sahaja sepanjang hari, serius kenyang bila dah ambil protein.
HARI KETUJUH
• Nasi beras perang / parboiled / basmathi
• Jus buah
• Sayur-sayuran
Merupakan hari terakhir dalam GM diet. Hari ketujuh merupakan hari kembali pada pola makan yang biasa. Mulai dengan satu mangkuk nasi beras perang (sebesar penumbuk), dimakan bersama sayur serta jus buah.
Hari terakhir, Sally makan Bibimbap (tapi nasi dia menggunakan Konjac), ada sedikit protein ayam dan telur. Untuk tengahri sampai malam pulak Sally buat Kimchi-jjigae 김치찌개, tapi tak makan dengan nasi. Hanya ratah sup dan sayuran. Jus buah tak buat sebab buah dah habis 😂
Haaaa...senang sangat kan diet GM ni? Sally rasa cuma agak susah sikit sebab Sally tak ambil kafein sepanjang minggu walaupun kopi kosong but overall masih lagi okay kalau nak buat sekali sekala kan? Untuk berat badan, Sally berjaya kurangkan 5kg sahaja sepanjang minggu, daripada 123kg ke 118kg. Semoga lebih istiqomah la lepas ni.
NOTA TAMBAHAN : GM diet ini cukup dilakukan sebulan sekali. Jangan ambil minuman & makanan bergula sepanjang GM diet. Selesai 7 hari GM diet, teruskan dengan memilih diet suku suku separuh, atkins fasa 4, eat clean ataupun Intermittent Fasting untuk kekalkan berat badan.
1 Comments
wahh cam menarik je tp tuk yg ade DM cam x boleh la kot ni nak try.,.sbb buah pun ade portion yg blh diambil...
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!