Dari dua minggu, bersambung lagi dua minggu, entah sampai ke mana la penghujungnya PKP 3.0 kita ini. Bukannya korang tak tau, masa PKP ini la masa yang paling crucial tau sebab kita duduk dekat rumah, bekerja dari rumah, anak-anak PdPR lagi...manjang travel dari dapur ke dapur lagi. Bahaya ok!
Bahaya itu kepada Sally la yang ada je muncul idea nak buat sesuatu, tapi belajar daripada kesilapan PKP 1.0, Sally naik berat badan hampir 10 kilo dalam masa 3 bulan, jadinya PKP 3.0 ini jadi bijak sikit la...buat Intermittent Fasting 16:8, jadinya kurang la makan sikit.
Bahaya itu kepada Sally la yang ada je muncul idea nak buat sesuatu, tapi belajar daripada kesilapan PKP 1.0, Sally naik berat badan hampir 10 kilo dalam masa 3 bulan, jadinya PKP 3.0 ini jadi bijak sikit la...buat Intermittent Fasting 16:8, jadinya kurang la makan sikit.
Berbalik kepada resipi kita, Sally lately mmg suka buat sendiri, sebab rasa beli kadang tak berbaloi...Kuantiti kadang tak selari langsung dengan kualiti dan sebaliknya, jadinya jalan terbaik semestinya buat sendiri. Lagipun kebanyakkan resipi guna benda basic yang selalu ada dekat dapur, supposedly tak menjadi masalah. Macam resipi roti naan ini Sally minta pada kakak Sally.
RESIPI ROTI NAAN (6 keping)
Bahan A (Dicampur sekali)
300g tepung gandum
1½ sudu teh Yis
½ sudu teh garam
1 sudu teh superbake/bread improver
2 sudu teh susu tepung
2 sudu besar gula pasir
Bahan B
90ml - 120ml air suam (masukkan sedikit demi sedikit)
3 sudu besar minyak masak
Bahan C (Jika perlu)
** Keju Mozarella
** Bawang Putih dan Butter
Cara-cara penyediaan:
1. Gaul sebati semua Bahan A
2. Kemudian masukkan air suam dan minyak, uli selama 15 minit. Kalau malas guna la mixer.
3. Selepas diuli, boleh tutup adunan tadi dan biarkan selama satu jam (sampai naik 2 kali ganda)
4. Selepas sejam, boleh la timbang 85g setiap satu adunan (+- akan dapat 6 keping)
5. Canai sedikit, masukkan keju Mozarella (jika mahu) atau kalau nak buat kosong boleh langkau step yang ini.
6. Lengserkan pan dan bolehlah masak roti naan kita sampai garing.
7. Selesai masak, boleh sapukan sedikit butter, atau kalau nak buat Garlic Butter Naan, boleh letak bawang putih cincang.
Senang sangat kan nak buat Roti Naan sendiri? Masa sejam nak tunggu adunan kita kembang, boleh la sediakan Sambal Sardin ke Keema ke...Macam Sally, kebetulan tak ada daging cincang dekat rumah, jadinya Sally buat ke Kari Daging. Sedap juga. 6 keping tu cukup la untuk Sally, ibu dan abang. Kalau korang nak buat banyak, boleh gandakan resipi ok!
4 Comments
oo...simple ja nak buat pun...boleh la cuba nanti
ReplyDeleteSedapp tuu
ReplyDeletennti nk try buat lah.. hehe
ReplyDeletesedapnya...nak buat naan cheese lah nak makan dengan sos pudina
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!