Beko Vacuum Blender dengan Teknologi Vacuum Blending, Bukan Sekadar Pengisar Biasa.

Beko Vacuum Blender | Pernah tak bila korang lalu kedai seperti Tealive, Chatime, CoolBlog perasan dorang punya blender nak buat ice blended ke smoothie tu besar? Sally selalu terfikir kenapa nak kena ada blender yang besar, padahal nak kisar makanan je pun.

Sampai la Sally sebenarnya terjumpa Beko Vacuum Blender, at first nampak macam besarnya macam tak bermotif je nak beli, tapi iyeee...kesudahannya dia sampai juga kat dapur rumah Sally...HAHAHAHA...Honestly Sally memang suka kumpul gadget di dapur, selagi ada benda nak beli la kita cuba termasuk la Beko Vacuum Blender ini.



Beko Vacuum Blender dilengkapi dengan 6 bilah pengisar yang tahan karat, maknanya ia mampu mengisar dengan lebih pantas dan halus. Blender ini dilengkapi dengan jug plastik Tritan berkapasiti 1.7L. Tritan adalah plastik tahan lama yang mempunyai ketahanan pecah jauh lebih besar daripada plastik dan kaca lain. Ia tidak akan melengkung atau memecahkan mesin basuh pinggan mangkuk. Dan, tidak seperti keluli tahan karat, Tritan tidak mudah meninggalkan kesan lekuk.

Beko Vacuum Blender didatangkan dengan 6 fungsi:
1.Smoothie
2. Ice
3. Sauce
4. Vacuum
5. Vacuum+Blend
6. Auto-Clean

 

Teknologi Vacuum Blending
Tanpa pengoksidaan, lebih banyak vitamin
Kalau korang nak tau, sebilangan nutrien boleh hilang semasa kita buat jus. Teknologi Vacuum Blending menghilangkan udara di dalam jug sebelum mengisar, menghilangkan sebarang pengoksidaan bahan di dalamnya. Hasilnya, sebahagian besar vitamin dan nutrien dipelihara, dan jus yang kita buat akan lebih segar serta tahan lebih lama.



Penghancur ais
Minuman ais, dengan satu sentuhan butang
Fungsi IceCrush membolehkan kita mendapatkan ais halus dan hancur dalam beberapa saat, semuanya dengan menekan butang Ice! Silap-silap boleh buka kedai Ice Blended depan rumah.



Kaki Anti Slip
Pegangan tegap & stabil
Pernah tak bila korang guna blender, dia bergerak-gerak sampai kena jaga 24 jam supaya tak jatuh? Bagusnya Beko Vacuum Blender sebab ada dilengkapi dengan anti-slip feet yang akan melindungi pengisar kita, menjadikannya kuat, tegap dan stabil di atas meja. Jangan risau sebab ianya juga mempunyai fungsi safety lock. Jadi takde risau penutup blender terbukak dan sebagainya.



Lagi satu fungsi yang Sally nak enhance, fungsi Auto-Clean. Selalu Sally memang risau bila basuh blender sebab kita tak boleh nak buka bilah dia dan end up akan ada sisa dekat sisi yang kita tak boleh nak capai tapi dengan fungsi Auto-Clean, kita hanya perlu masukkan air dan sedikit cecair sabun pencuci pinggan, dan tekan butang Auto-Clean. Nanti dah selesai, tinggal bilas dengan air paip.

Overall Sally memang suka dan teruja nak teroka lagi fungsi-fungsi yang ada, smoothie dah...lepas ni menu apa pulak ek nak cuba?

Website: BEKO Vacuum Blender

Post a Comment

4 Comments

  1. Best lah fungsi dia tu sally..ada rezeki blh la beli..tapi kena tunggu ada rmh sendiri bru syok beli barang2 mcm ni 🥰

    ReplyDelete
  2. Memng best guna beko ni.. Sedap buat smoothie.. Senang nak basuh

    ReplyDelete
  3. bestnya kalau dapat blender ni confirm hari2 buat smoothie & juice jer lah.

    ReplyDelete
  4. Fungsi auto clean tu memang best lah. senang nak cuci

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!