Cawangan ke-4 LuLu Hypermarket di Malaysia, LuLu Grocer
LuLu Grocer dah ada di Amerin Mall!Sally rasa baru sahaja cawangan ke-3 LuLu Hypermarket di Setia Alam dibuka, diam tak diam sekarang dah ada cawangan ke-4 LuLu Hypermarket Malaysia dibuka di Amerin Mall, Seri Kembangan. Kali ini beza sikit daripada 3 cawangan yg sebelumnya sbb ia dikenali sebagai LuLu Grocer.
Ada pelbagai produk makanan seperti beras, minyak masak, susu tepung dan susu UHT, biskut dan coklat boleh kita dapatkan.Kepada peminat malt drink jenama Barbican, ada promosi juga tau sebotol hanya RM1.99, tapi hanya terhad kepada 2 botol sahaja untuk setiap pembelian/pelanggan.
LuLu Grocer berkonsepkan beli-belah barangan keperluan secara selesa, pantas dan mudah. Istimewa utk semua, ada TAWARAN PEMBUKAAN selama 3 hari bermula 25-27hb Oktober. Terletak bersebelahan dengan Lebuhraya SILK, LuLu Grocer mudah diakses dari arah Serdang, Cheras dan Kajang.
LuLu Grocer mempunyai keluasan 31 ribu kaki persegi dengan bahagian pasar raya, makanan panas, barangan segar dan pelbagai barang keperluan lain. Semua harga mmg tak masuk akal!
Kenapa tak masuk akal? Bayangkan la macam-macam tawaran besar seperti Milo, sabun pencuci baju, barangan segar, makanan sedia dimakan, roti, beras dan lain-lain. Pendek kata semua benda yang kita nak cari ada di LuLu Hypermarket.
Seperti yang kita semua maklum, LuLu memang terkenal dengan kebersihan, ruang membeli-belah yang luas, selesa dan harganya yang terbaik. Sally memang akan ke LuLu jika berkesempatan untuk membeli barangan segar untuk kegunaan di rumah.
Amerin Mall juga turut menyediakan kemudahan lain seperti tempat makan, tempat letak kenderaan serta semua perkara yang akan menjadikannya Lulu Grocer sebagai tempat beli-belah kejiranan kegemaran semua.
Pastikan korang terjah LuLu Grocer di Amerin Mall, Seri Kembangan
untuk dapatkan promosi barangan basah, barangan kelengkapan rumah dan
beras fav Sally...HAHAHAHA...kena mention ok beras basmathi fav Sally
boleh dapat half price!! Siap boleh beli dua.
Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti laman sosial media rasmi Facebook dan Instagram LuLu Hypermarket.
Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti laman sosial media rasmi Facebook dan Instagram LuLu Hypermarket.
11 Comments
Senang kan ada lulu kat kawasan berdekatan
ReplyDeleteBestnyer shopping kt Lulu. Dulu selalu pergi sini
ReplyDeletePergh dh ke 4 ye.. Banyak cawangan dah.. Best ada macam2
ReplyDeleteSeronoknya . Kita belum pernah ke Lulu Market. Hope so one day ada outlet dekat Melaka juga hehe
ReplyDeleteJom la kita shopping lagi kat LuLu.. hehehe.. mcm nak pi rembat curtain laaa
ReplyDeleteUish dah cawangan ke-4 ye. Selalu pergi yang kat Shamelin ni je sebab dekat dengan rumah
ReplyDeleteMemang seronok shopping kat lulu. Semua murah dan berbaloi sangat
ReplyDeleteSayur dan buah dia nampak segar-segar.
ReplyDeleteMakin banyak dah cawangan lulu ni ya. Bila nak sampai Kelantan agaknya?
ReplyDeleteHarap yang ke-5 bukak kat Ipoh. Ha3. Teringin gak nak ber-LULU
ReplyDeleteDah pegi haritu.. Harga blh tahan gak
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!