3 Lokasi Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur.

3 Lokasi Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur (Edisi #DiningInTheRiver | #SkyDining | #KopitiamHipster)



1. BBQ LAMB KL Kemensah (Belakang Zoo Negara)

Rasanya ramai sangat dah cuba dan semuanya bg feedback yang baik. Bayangkan, air sungai yang sejuk mengalir sambil kita makan, ada ikan kecil yang bermain dekat kaki...memang layan. Tambahan lagi dapat makan Mix Meat Platter yg ada gabungan daging lembu, itik, ayam dan kambing yang dah diasapkan beberapa jam, kemudian di gril pula dengan arang sebelum hidangkan, memang puas hati!



Set ini sesuai utk 4 org, didatangkan bersama 4 jenis sos pencicah, nasi berempah, pencuci mulut, buah tembikai, sup dan minuman (free flow). Harga RM150 sahaja! Tak makan daging? Jangan risau sebab boleh cuba Seafood Platter atau menu a la carte mereka, tapi kalau tak cuba seleksi pilihan daging dr smoke-house mereka ni mmg rugi!



By the way, Sally tak sarankan korang walk-in, better buat reservation awal supaya tak hampa atau tak perlu tunggu lama! Boleh hubungi BBQ LAMB KL Kemensah di 019-9631657/012-2114100 untuk membuat tempahan awal.


2. Fuego at Troika Sky Dining



Nak kelainan dengan makan sambil melayan melihat panorama pencakar langit di Kuala Lumpur dari tingkat 24 bangunan The Troika; boleh cuba ke Restoran Amerika Selatan; Fuego at Troika Sky Dining!

Antara menu wajib cuba:
1️⃣ Guacamole (Fuego & Pickled Prawn)
2️⃣ Ceviche (Fuego & Salmon)
3️⃣ Argentinian Squid
4️⃣ Argentinian Angus Striploin (Make it Medium Rare for better taste)
5️⃣ Chermoula Chicken
6️⃣ The Famous Fuego Churros





Mcm biasa, kalau nak dtg... Sally advised better buat early reservation, lagi-lagi kalau dtg by group. Menu ada ala carte & set juga. Average range RM100/pax.




3. Quan's Kitchen @ Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown

Chinatown atau kawasan Petaling Street memang terkenal dengan pelbagai pilihan kedai kopi atau restoran yang hipster dan tak lupa juga yang memang Instagrammable. Tak pelik la kalau ada je peminat nak datang ke kedai untuk sekeping gambar.

Kalau rasa tak nak beratur di Luckin Kopi, Kafe Kleptokrat, Merchant’s Lane, Mingle Cafe, Malaya Garden atau kafe-kafe yang seakannya, Sally cadangkan korang cuba ke Quan's Kitchen @ Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown.





Dekat sini ada Sally sempat makan breakfast, ada pelbagai jenis pilihan makanan...yang paling favorite mestilah ada dimsum, pau, nasi lemak, mee goreng dan semestinya menu kopitiam macam kopi (guna kopi Hang Tuah), roti Hainan bakar, telur separuh masak...fuhhh memang complete la semua ada. Berbaloi!



Quan's Kitchen dibuka untuk sarapan pagi, makan tengahari dengan makan malam.
Phone: +60 3-2035 7333 ext. 3055
Reservation: https://www.tableapp.com/partner/quans-kitchen-four-points-by-sheraton-kl/

Post a Comment

2 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!