‘NEW NORMAL, SAME CANCER’
MENYERU TINDAKAN AWAL SARINGAN KANSER SEMASA COVID-19
Bila cerita pasal COVID-19, memang sedikit sebanyak buat kita takut, sampaikan ada yang takut nak ke hospital sebab takut terdedah kepada jangkitan COVID-19. Jujur kata, Sally sendiri pun ragu-ragu bila nak pergi temujanji dengan pakar masa awal-awal COVID-19 melanda dan akibat daripada pandemik juga, ramai pesakit kanser tidak membuat pengesanan awal dan menyebabkan peningkatan risiko kanser peringkat lanjut yang lagi sukar untuk dirawat.
Walaupun negara kita dilanda pandemik, COVID-19, namun kanser tidak pernah berhenti daripada menyerang manusia. Atas sebab ini, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Persatuan Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (LCNM) telah bekerjasama untuk melancarkan kempen 'New Normal, Same Cancer' dengan sokongan AstraZeneca Malaysia untuk menangani kesan berterusan akibat pandemik COVID-19 mengenai penjagaan kanser sambil menggalakkan orang ramai untuk bertindak awal dengan menjalankan pemeriksaan penjagaan kesihatan yang sesuai.

Dilancarkan sempena bulan kesedaran kanser payudara, paru-paru dan prostat, kempen 'New Normal, Same Cancer’ ini telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan, bersama Dato' Dr. Saunthari Somasundaram, Presiden NCSM, Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM, Dr. Anand Sachithanandan, Pengasas Bersama dan Presiden LCNM, dan Dr. Sanjeev Panchal, Presiden Negara AstraZeneca Malaysia.
‘New Normal, Same Cancer’ campaign was officiated by (from left) Dr. Anand Sachithanandan, Co-founder and President of Lung Cancer Network Malaysia, Dr. Sanjeev Panchal, Country President of AstraZeneca Malaysia, Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali, Deputy Health Minister, Dato’ Dr. Saunthari Somasundaram, President of National Cancer Society Malaysia, and Dr. Murallitharan Munisamy, Managing Director of National Cancer Society Malaysia.
Kanser merupakan satu kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia kerana ia merupakan punca kematian kedua utama di dunia dan di Malaysia. Menurut penyelidikan yang diterbitkan baru-baru ini, COVID-19 Impact on Cancer Care oleh IQVIA, terdapat penurunan drastik sebanyak 74% dalam diagnosis kanser sejak dunia diserang pandemik. Ramai doktor telah berkongsi bahawa mereka mengalami kelewatan dalam susulan untuk pengesanan, pemeriksaan, dan rawatan untuk pesakit kanser dan kumpulan berisiko tinggi.
Dengan penurunan drastik dalam kadar diagnosis dan kadar saringan para pesakit, ketiga-tiga organisasi ini telah bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran di kalangan populasi pesakit yang belum lagi didiagnosis atau dirawat. Selain daripada pendidikan mengenai penjagaan kanser yang betul melalui media sosial dan laman mikro kempen; 'New Normal, Same Cancer' turut bertujuan menggalakkan para pesakit untuk kembali menerima rawatan pada waktu norma baharu ini dengan menyediakan baucar saringan dan konsultasi bagi kanser payudara, paru-paru dan prostat di hospital di seluruh negara yang mengambil bahagian dalam kempen ini.
Senarai hospital yang mengambil bahagian:
➤ Bagan Specialist Centre
➤ Beacon Hospital
➤ Borneo Medical Centre
➤ Darul Makmur Medical Centre
➤ Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
➤ KPJ Puteri Specialist Hospital
➤ Mahkota Medical Centre
➤ National Cancer Society Malaysia Cancer & Health Screening Clinic
➤ Nilai Medical Centre
➤ Pantai Hospital Ayer Keroh
➤ Pantai Hospital Kuala Lumpur
➤ Penang Adventist Hospital
➤ Putra Medical Centre Alor Setar
➤ Putra Specialist Hospital Melaka
➤ SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu
➤ Sri Kota Specialist Medical Centre
➤ Subang Jaya Medical Centre
➤ Sunway Medical Centre
Kempen bersama LCNM yang disokong oleh AstraZeneca ini bertujuan untuk mencapai tiga matlamat: meningkatkan kesedaran kanser di kalangan orang ramai, menyerlahkan kepentingan pengesanan awal, dan menggalakkan orang ramai untuk menjalani saringan.
Kanser paru-paru adalah salah satu kanser yang paling biasa dengan kadar kelangsungan hidup yang paling rendah di Malaysia kerana sebahagian besarnya dikesan terlalu lewat pada peringkat 3 dan 4. Jika dikesan awal, ia adalah penyakit yang boleh disembuhkan dengan hasil yang baik. Wabak dan sekatan COVID-19 telah memburukkan lagi keadaan dengan kelewatan dan gangguan untuk pemeriksaan berjadual dan saringan kanser.
Kelewatan dalam pemeriksaan dan diagnosis kanser telah mengakibatkan pesakit lambat menerima rawatan yang berkesan. Penyelidikan menunjukkan bahawa sebarang gangguan dalam kesinambungan penjagaan kanser boleh memudaratkan hasil rawatan, jadi adalah penting untuk para pesakit kembali mendapatkan rawatan kanser.

Ms. Selvarani A/P Krishnan, seorang cancer survivor yang berkongsi pengalamannya memerangi kanser payudara
Untuk menggalakkan pesakit dan orang ramai meneruskan rawatan berjadual dan saringan awal, baucar saringan boleh dimuat turun dari laman mikro kempen. Untuk kemudahan tambahan, tempahan untuk saringan boleh dilakukan dengan 18 hospital yang mengambil bahagian di pelbagai wilayah di Malaysia.
Kanser tidak menunggu, jadi kita pun jangan berlengah. Bertindak segera jika ada simptom yang ditunjukkan oleh tubuh badan kita. Dapatkan pemeriksaan lanjut kerana kanser tidak menunggu dan tidak akan berhenti daripada menyerang manusia. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘New Normal, Same Cancer’ dan baucar saringan, sila rujuk: www.newnormalsamecancer.org
2 Comments
terkesan pulak dgn tagline tu.. Kanser Tidak Menunggu Walaupun COVID-19 Melanda
ReplyDeletesalam kenal ya sally... kakmim follow
terima kasih sharing. semoga semua org ambil berat kesihatan diri skrg ni :(
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!