BIG tas'TEA Pandan Indah | Masa dapat tahu yang BIG tas'TEA dah buka cawangan baru dekat Pandan Indah, memang terus roger geng blogger Ampang, Nadia & Cici sebab nak ajak try makanan dekat sini...Sally pertama kali kenal BIG tas'TEA masa pergi dekat outlet di Arau, Perlis dalam tahun 2018, masa tu siap ada drive-thru tau dekat sana.
Baca lanjut: BIG tas'TEA, Arau | Big Cup, Western Food dan Drive-Thru Pertama di Perlis!
BIG tas'TEA terkenal sebab menu-menu air dia yang pelbagai dan viral, siap ada cawan Godzilla lagi. Pendek kata korang takkan bosan la dengan pilihan minuman yang ada, cakap je nak kopi, sparkling juice, ice blended...semua ada dekat BIG tas'TEA, bukan tu je ada juga menu Western tau!
Dekat sini nak cari parking memang susah, kalau Sally prefer parking dekat parking Hospital Pantai tu lepas tu jalan sikit ke kedai, tapi kena bayar la tau, kalau nak free, boleh la pusing empat belas kali sampai jumpa...HAHAHAHA
Firstly, ambience dekat kedai ni memang best, cuma Sally rasa dia kekurangan kakitangan, yang serve yang bg menu pun orang yang sama, walaupun kata buka pukul 3pm, masa sampai pukul 3.15pm pun masih belum siap, staf cakap kena tunggu sampai pukul 3.45pm baru boleh masuk. Nasib baik tak lapar, jadinya tak marah sangat la.
Serving time memang ambil masa, dah siap order pun kena bangun pergi ke kaunter sebab kalau tunggu staf datang memang lambat la, tapi ok je sebab faham kedai masih baru dan kekurangan kakitangan. Daripada order sampai ke nak dapat makanan, almost 50 minit juga la, tapi agak kesal sbb espresso masa tu habis, jadinya semua minuman yang berasaskan kopi langsung tiada. Sebagai manusia yang pergi mana-mana minum kopi, rasa stress kejap HAHA.
Dalam menu mostly ayam, kambing dan pasta, ada juga Nasi Kukus. Lagi sekali agak kesal sebab tiada menu daging. Sally order Mix Grill Platter, dah alang-alang cheat day, ehhh makan tak ingat dunia ek. Nadia order Nasi Kukus Chicken Grill dan set kanak-kanak, Cici pula order Fettucine Chicken Grill.
Overall, ok ok sahaja menu dia. Pada Sally perapan dia agak terlalu manis, untuk ayam, kambing semua manis, kuah untuk pasta Fettucine (Carbonara) pun terlalu cair, dah jadi macam makan sup Carbonara pulak. Gulai untuk Nasi Kukus pun ok ok sahaja.
In terms of harga, Sally boleh kata agak affordable untuk menu makanan barat, kalau nak lepak santai dengan keluarga, rakan-rakan sini ok la...tapi masih tengah viral ni, jadi kena tahan la dengan masa menunggu dan rasa yang agak tidak konsisten, tapi personally Sally akan datang lagi kalau berkesempatan.
BIG tas'TEA Pandan IndahAlamat: No 40-AAB, Blok C, Pandan Capital, Persiaran MPAJ, Pandan Indah
(Betul-betul bersebelahan dengan Hospital Pantai Ampang)
Dibuka setiap hari bermula pukul 3:00pm - 11:30pm
WhatsApp untuk sebarang tempahan atau pertanyaan di 011-5691 3157
4 Comments
Aduhaiii terliurrnya tengok hehe...Salam Tahun Baru 2022 Sally :))
ReplyDeleteKedai baru buka tu yang lambat kan.. Harap lebih improve lagi pasni
ReplyDeleteAir boleh tahan, banyak pilihan. Next nak cuba air lain pulak.
ReplyDeleteAda nampak kedai ni kat pekan Taiping semalam. Tapi tak teringin pulak nak menyinggah sebab tekak teringin nak makan yong tau fu 😅
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!