Ciri Baharu Order & Collect untuk Pesan Hidangan McDonald’s Malaysia, Lebih Pantas dan Mudah!

Membesar dengan McDonald’s menjadikan Sally sentiasa menantikan perkara baru yang bakal ditunjukkan oleh McDonald’s Malaysia dari sehari ke sehari. Terbaru, McDonald’s telah melancarkan ciri Order & Collect yang boleh dinikmati daripada aplikasi McDonald’s.

Mula dilancarkan pada April 2018, aplikasi McDonald’s telah dimuat turun oleh sembilan juta pengguna di Apple Store dan Google Play Store, dan menjadikan ianya antara aplikasi paling popular yang memberikan nilai hebat dan penjimatan untuk semua pelanggan dan peminat setia restoran khidmat segera McDonald’s.

Sejak ada aplikasi McDonald’s, Sally memang selalu gunakan untuk menebus baucar dan promosi yang selalunya hanya terdapat di dalam aplikasi. Ciri Order & Collect pula pertama kali diperkenalkan pada Oktober 2021 di restoran-restoran terpilih sekitar Lembah Klang dan kini dikembangkan ke semua restoran McDonald’s di seluruh Malaysia dan lebih membanggakan kerana Malaysia merupakan pasaran pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan ciri ini.



Ciri aplikasi baharu ini menawarkan pengalaman yang lebih pantas serta memudahkan pelanggan, kerana kita boleh memesan, membayar dan memilih bagaimana dan dimana kita ingin mengambil pesanan kita, secara terus melalui telefon pintar. Pesanan akan disediakan serta-merta oleh restoran yang dipilih selepas pembayaran dibuat melalui Visa atau MasterCard. Mudah sangat kan?

Ada empat cara untuk kita ambil pesanan di restoran McDonald’s yang telah kita pilih:

1. Bawa Pulang (Takeaway)




Cara yang pertama kalau kita jenis yang tak suka beratur di restoran. Macam biasa, guna sahaja aplikasi dan selepas membuat pesanan, kita hanya perlu mengambil pesanan di kaunter selepas ianya disediakan. Hanya tunggu nombor pesanan kita naik di skrin.



2. Makan di Restoran (Dine-in)

Ciri ini paling Sally suka sebab sudah tak perlu berbaris menanti nak buat pesanan. Pelanggan boleh duduk bersantai di restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon bimbit. Pesanan yang telah dibuat akan dihantar ke meja kita di restoran. No hassle!

3. Pandu-Lalu (Drive-Thru)



Untuk mereka yang suka buat pesanan secara Pandu-Lalu, boleh buat pesanan awal dan mengambil pesanan di restoran Pandu-Lalu yang dipilih dalam tempoh 2 jam selepas pembayaran.

4. Pandu-Masuk (Drive-In)



Kalau tiba-tiba terasa nak pesan McDonald’s tapi malas untuk masuk ke restoran, boleh juga buat pesanan Pandu-Masuk. Letak kereta di tempat letak kereta yang disediakan di restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon pintar. Selepas membuat bayaran, pesanan akan disediakan serta-merta dan dihantar terus ke kereta kita.



“Di McDonald’s Malaysia, kami sentiasa memikirkan cara baharu dan inovatif untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan. Kita kini berada dalam era dimana semua pengguna saling terhubung antara satu sama lain. Kemahuan dan keperluan mereka telah berubah, dan kemudahan menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian mereka. Dengan ciri Order & Collect, tidak perlu lagi bersusah-payah beratur dan menunggu untuk membuat pesanan. Ini adalah pengalaman yang lancar untuk pelanggan menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.



“Perubahan pantas terhadap permintaan dan apa yang diharapkan pelanggan memerlukan syarikat-syarikat makanan dan minuman (F&B) menjadi lebih tangkas, dan di McDonald’s, kami perlu bergerak pantas setanding dengan perubahan pasaran. Teknologi dan pendigitalan akan terus memainkan peranan penting dalam memacu perniagaan, dan kami akan memberi fokus dalam menyediakan pengalaman yang sentiasa dipertingkatkan dan bersesuaian dengan pelanggan kami, khususnya melalui aplikasi McDonald’s,” kata Melati.



Berita baik untuk semua pengguna aplikasi McDonald’s, bermula sekarang hingga 6 Mac 2022, semua pengguna aplikasi McDonald’s boleh nikmati ganjaran percuma setiap minggu apabila berbelanja minimum RM25 untuk Order & Collect melalui Visa. Kepada yang masih belum muat turun aplikasi McDonald’s, boleh muat turun di Apple Store atau Google Play Store untuk merasai sendiri pengalaman ciri Order & Collect McDonald’s Malaysia.

Sally secara peribadi rasa ciri baharu Order & Collect untuk buat pesanan McDonald’s memang bagus, selain daripada kita dapat mengurangkan interaksi dan juga sentuhan, kita sendiri boleh rancang masa kita, sama ada nak datang selepas pulang bekerja dan sebagainya. Covid-19 masih lagi menghantui kita, jadi lebih baik kita kekalkan jarak dan kekal selamat walaupun semasa membuat pesanan makanan kegemaran kita!

Post a Comment

7 Comments

  1. Wah mudah ek. Aku haritu pun order je pastu dia hantar kat meja

    ReplyDelete
  2. Best sangat.. Semua memudahkan dan tak perlu beratur.. Pesan2 ambik makanan.. Bagus mcd

    ReplyDelete
  3. bagus sangat ni...cukup memudahkan pelanggan kan

    ReplyDelete
  4. Wah.. Macam-macam cara. Thanks for sharing Sally

    ReplyDelete
  5. makin canggih mekdi sekarang..cik nor nk order dengan mesin layan diri pun xlpas lagi..haha

    ReplyDelete
  6. Bagus la dorang buat macam ni. Xdela nak kena beratur bagai kan?

    ReplyDelete
  7. alahai terliurnya dgn McDonald! service mcd always the best! memudahkan customers!!!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!