#BufetRamadan2022 : Ayuh Berbuka Bersama ZAI Sri Gemilang di Auditorium MBSA, Shah Alam

Warga Shah Alam mesti selalu dengar tentang keenakkan makanan daripada ZAI Sri Gemilang yang sudah mula bertapak sejak tahun 2004. Berita baik untuk semua yang berada berdekatan dengan Shah Alam khususnya, ZAI Sri Gemilang akan mengadakan bufet sempena Ramadan di Auditorium MBSA, Shah Alam.





Secara peribadi, Sally sangat suka dengan lokasi bufet yang dipilih oleh ZAI Sri Gemilang kerana lokasinya luas dan berhawa dingin, ada lebih penjarakan sosial, surau disediakan (berhawa dingin), parking percuma serta ada persembahan sepanjang bufet berlangsung. Antara penyanyi yang bakal mewarnai bufet Ramadan di Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Sabtu termasuklah Lah Ahmad, Ezad Lazim dan ramai lagi.



BUTIRAN BUFET RAMADAN
Ayuh Berbuka Bersama ZAI Sri Gemilang

Tarikh: 4 - 30 April 2022
Lokasi: Auditorium MBSA, Shah Alam
Masa: 6.30 - 9.00pm
Harga:
RM89 (Dewasa)
RM69 (Warga Emas 60 Tahun Keatas)
RM49 (Kanak-Kanak 6-12 Tahun)






Dari segi makanan, Sally memang secara peribadi suka dengan hampir kesemuanya, ada banyak sangat menu yang selalunya memang Sally cari bila bulan Ramadan tiba. Contohnya macam murtabak, roti john dan kuih muih Melayu asli. Kuih-kuih yang disediakan pun semua cukup lemak dan rasa.









Sepanjang bufet berlangsung, lebih daripada 100 lebih juadah akan disediakan oleh pihak ZAI Sri Gemilang antaranya Kambing Bakar, Daging Salai Masak Lemak, Sambal Udang, Roti John, Murtabak, Roti Jala, Soto, Makanan Barat, Apam Balik dan macam-macam lagi. Pendek kata mesti ada yang dapat memikat selera semua peringkat umur. Kepada peminat Kambing Bakar, boleh makan sepuasnya sepanjang bufet!







ZAI Sri Gemilang juga terkenal dengan lauk pauknya yang sedap, di restoran mereka pun memang selalu penuh dengan pelanggan. Jadinya sepanjang bufet, kita akan disajikan dengan pelbagai jenis lauk pauk dan hidangan nasi yang istimewa. Kalau tanya Sally, favorite Sally semasa preview mestilah Sambal Udang dengan Daging Salai Masak Lemak.





Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi 019-2284349

Post a Comment

0 Comments